Mar 7, 2010

E-book , Indah Khabar dari rupa.


Pemberiaan E-book oleh kerajaan Terengganu dibawah pimpinan Ahmad Said telah dibesar-besarkan kononnya ianya projek besar yang sangat dimanafaat oleh pelajar.



Tinjauan yang dibuat kepada guru dan pelajar yang terlibat dengan e-book sebenarnya tiada apa yang hendak dibanggakan sekadar hanya berbelanja dengan kos yang besar.



Mungkin akan menganggap bahawa memang kerja penulis menghentam kerajaan, mari kita renung sejenak apakah pulangan yang dapat hasil pengeluaran percuma e-book untuk 25,000 pelajar itu.

Mulanya saya sendiri tidak mengetahui akan apa isi kandung ebook yang diusahakan melalui anak syarikat Kerajaan Terengganu Top It yang pernah ditutup operasinya seketika dulu dizaman Idris Jusoh.

Semasa saya melawati pesta buku di TTC YPU Kuala Terengganu baru-baru ini maka jelas kepada saya bahawa e-b00k itu hanyalah sebuah retorik untuk berbelanja dan kemudianya kerajaan akan mengistiharkan bahawa Kerajaan pandai berniaga dan Top It mendapat keuntungan yang besar.

Semasa menghadiri satu gerai pesta buku saya berkesempatan melawat satu gerai yang menjual perisian komputer untuk pembelajaran pelajar rendah dan menengah. Kebetulan ramai yang hadir pada ketika itu, ibubapa dan para guru yang membawa rombongan pelajar.

Semasa jurujual oerisian tersebut memberi penerangan tentang perisian yang jual saya berbincang dengan beberapa guru yang terlibat mengajar darjah 6 dan bertanyakan tentang perisian yang ada didalam e-book, beliau memaklumkan bahawa tiada perisian pembelajaran tambahan didalam e-book yang bekalkan secara percuma itu melainkan hanya buku teks dan dicovert dalam format pdf semata-mata. Saya amat terkejut dengan penjelasan guru tersebut dan lebih parah dari itu seorang ibu yang kebetulan berada disitu memaklumkan bahawa anak beliau hanya meningglakan ebook dirumah dan tidak dibawa kesekolah kerana guru masih selesa dan sesuai menggunakan buku teks.


Sesampai dirumah saya terus menghubungi saudara saya yang kebetulan anak beliau telah menerima e-book. Sah memang hanya buku teks yang ditukar dalam format pdf dan sedikit perisian bacaan Quraan( Bukan Kaedah pelajaran membaca Quraan).



Dengan kos yang begitu besar(25 Juta) dan ditambah dengan perisian menyekat muatturun perisian lain yang berjumlah RM30 juta dilihat tidak mendatangkan manafaat yang besar kepada pelajar.

Samada tahu atau tidak sebenarnya projek ini juga telah ditentang oleh beberapa orang wakil rakyat BN yang ada pengalaman dengan pendidikan.

Bagi saya adalah lebih baik seandainya kerajaan membekalkan perisian sistem pembelajaran yang tersusun seperti yang pamerkan pada pesta buku tempoh hari. Perisian tersebut dibekalkan oleh kerajaan negeri sekolah-sekolah melalui makmal komputer yang sudah tersedia dan dapat dimanafaat oleh semua pelajar dari tahun 1 hingga tahun 6 kerana perisian yang dijual oleh syarikat tersebut mengikut darjah .

Bagi saya, ini adalah agenda politik Ahmad said untuk menunjukkan bahawa wang dana khas yang disalurkan itu telah turun kebawah dan dirasai oleh rakyat, malahan ini juga projek mega Ahmad said untuk menyaingi idris Jusoh berbangga kononya dengan pelajar tadika khatam Quraan. Lalu Ahmad menurunkan panpantanda gergasi jumlah pelajar Khatam Quraan dan diganti dengan papantanda baru 25,000 pelajar dapat e-book.


Akhirnya persepsi saya bahawa sudah tentu ada teman rapat yang mendapat keuntungan besar dari projek e-book ini, siapa geranganya.?




12 comments:

Anonymous said...

iskkk serba dok kena semek sorang ni......

Anonymous said...

jenis dok syukur dengan kerajaan

uminas said...

Nak syukur guana kalau buat pembaziran..25 juta bukan sikit..
tuu pitih rakyat..

anak kawe yg duk tahun 6 bagitahu ramai yang tak bawa ebook ke sekolah..kalau bawakpun duk main game ..yang pasang lagu dalam kelaspun ada..

bendanya molek kalau wat betul betul...

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Ibarat sebilah pisau..kalau diberi dimanfaatkan. Kalau tidak jadilah benda yang tak sepatutnya. Pisau boleh dibuat untuk sembelih. Kalau bijak gunalah untuk mendapat redha allah. Antaranya sembelih binatang piliharaan untuk kita mencapai redha allah. Boleh juga sembelih untuk ibadah kurban dan akikah. Sungguh mulia dan suci pisau tersebut bila digunakan untuk beribadat. Kalau tidak boleh juga digunakan untuk mencederakan orang sampai ke tahap boleh digunakan untuk mengapak dan membunuh orang yang tidak berdosa. Meja murid-murid pon boleh ditoreh yang akhirnya menjadi rosak dan buruk. Maka malanglah pisau tersebut dan tuannya. Sekonyang-konyang dipersalahkan pula orang yang terlibat dengan pisau tersebut. Antara yang terlibat adalah penjual pisau tersebut, pengilang, perekacipta pisau tersebut waima batu pengasah pisau tersebut pun turut dipersalahkan kerana berupaya membuat pisau tersebut tersangat tajam. Begitu juga dengan benda2 lain yang ada dalam dunia ini. kalau niatnya untuk beribadat dan mencapai redha allah, alhamdulillah capailah matlamatnya untuk membantu kita melayari kehidupan kita didunia ini seterusnya berjaya pula diakhirat nanti. Blogpun tidak terkecuali, kalau digunakan untuk memporak perandakan ummah, fitnah, menghasut dan sebagainya hingga menghuru harakan ummah dan berpecah belah jadilah benda itu hina sehinanya dengan benda2 lain yang ada diatas muka bumi kita. Wallahhualam.

Anonymous said...

kerajaan beri saje... kenap guru dok guna.. guru tu bengong..

Anonymous said...

nasib baik puan ct kays ni berhenti dah jadi guru.. kalau tak jadilah ctkays ni seorang guru yang bengong...

Anonymous said...

Lagi bengong sebab kerjaan bui ke murid sahaja tanpa diberi pada guru..bengong sungguh kerjaang sebab....

Penjual Ikang Kula Berang said...

guru buwi wat menatang mendo, ado gaji doh, beli sendirilah. jangan pulok sampai seluar dalang, modeh, coli pun nok kena kerajaang tanggung belako, guru hak mamba pula nok keno kerajaan belanja beli serbuk kopi campurang tongkat ali.

Anonymous said...

doh anak exco dan anak YB tu bui wat jaddah apa? pitis belabok doh....budus

Anonymous said...

wahai guru guru.. tunaikan lah amanah yang diberi.. semasa kamu belajar dulu.. mengunaka duit kami.. takkanlah sekarang kamu masih nak makan duit kami dengan cara yang salah..

anakjati Trg said...

sape yang cakap penulis "bengong" tu memang dia sendiri yang bengong..... betul kata puan ctkays tu.... tak tau lah apa ke faedahnya ebook nie... banyak lagik benda lain bleh buat, belum masa yang sesuai lagik pelajar nak guna ebook di terengganu. membazir wang rakyat jer...... SAYA SOKONG KALO TUKAR MB BARU.... cepat2 lah tukar MB sebelum terengganu nie tergadai...

Law (LLB) Center said...

Dah moleh kerajaan beri tu. molek dari buat taman tamadun islam zaman deris dulu.

e book buleh direct ke rakyat. taman tamadun islam buleh ke sapa? nak masuk pun kena bayar