Mar 29, 2010

Terengganuku Runtuh dan Runtuh lagi.....

KUALA TERENGGANU, 29 Mac — Seorang buruh warga Bangladesh maut, manakala empat lagi rakannya cedera apabila para besi bagi pembinaan bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) runtuh dalam satu kejadian petang ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Pauzan Ahmad berkata buruh terbabit tertimbus dalam konkrit simen yang masih basah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya empat rakan mangsa dilaporkan cedera termasuk seorang cedera parah akibat dihempap dan terjatuh dari para besi yang runtuh ketika kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan konkrit tangki air dan membancuh konkrit di bangunan itu pada kira-kira pukul 5.10 petang.

Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa belum diperolehi, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

“Ketika sedang melakukan kerja-kerja menyiapkan tangki air di tingkat empat bangunan itu iaitu di ketinggian lapan meter, para besi yang diduduki oleh beberapa pekerja tiba-tiba runtuh bersama konkrit tangki air yang masih belum keras.

“Konkrit bersama para besi itu kemudian menimpa beberapa orang lagi pekerja Bangladesh yang sedang melakukan kerja-kerja membancuh simen di bawah,” katanya.

Pauzan berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Anggota penyelamat terdiri daripada polis, bomba, dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) masih berada di tempat kejadian sehingga pukul 8 malam ini untuk menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat jika terdapat mangsa yang masih tertimbus ekoran kejadian itu.

Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur UMT setinggi empat tingkat itu mula dibina pada 15 Dis 2008 dan dijangka siap 18 Oktober tahun ini.

Seorang saksi yang juga juruperunding untuk projek berkenaan Sharif Dollah, 30-an berkata beliau berada di kawasan berhampiran apabila tiba-tiba terdengar bunyi runtuhan.

“Saya nampak beberapa orang pekerja Bangladesh terjatuh dari para besi yang runtuh itu, dan apabila menghampiri tempat kejadian saya dapati mereka telah berlumuran dengan simen yang masih basah dan ada yang berdarah,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian terdapat kira-kira lapan orang pekerja Bangladesh sedang melakukan kerja-kerja di situ.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said turut melawat tempat kejadian sejurus selepas menerima maklumat tentang kejadian itu.

Beliau melahirkan rasa sedih terhadap kejadian itu dan menyifatkan ia berpunca daripada kecuaian pekerja itu sendiri.

Sehubungan itu, beliau menasihati pekerja-pekerja pembinaan supaya mengutamakan aspek keselamatan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kejadian hari ini. — Bernama

6 comments:

SiamangBukit said...

Ini lah bahana ambil wang ehsan. Sebenarny Tganu dan kelantan jangan tuntut wang ehsan ini. Kerana kalau tak layak, haram namanya untuk membelanjakannya.

Anonymous said...

Sebenarnya lagi orang luar macam siamang ni tak yah lah nak sibuk2...haram bejadah namanya....

Bharu Ghani said...

Kalau tak runtuh, bukan terengganu namanya....Masih tak insaf2...Buat projek tak ikut spec nak untung banyak...rasuah ....tak berkat...Anda tahu apa itu BERKAT?

chegarMD said...

selagi tindakan drastik tidak diambil terhadap pengkhianat hakiki
terhadap harta rakyat maka selama itu lah keruntuhan akan berlaku di terangganu,jangan terkejut ini adalah sesumpah rakyat marhin yg mengalami penderitaan dari kezaliman pihak berkuasa,sudah tentu allah makbul doa orang yg di zalimi.terangganu kaya tapi rakyat di zalimi.

GanuKi said...

bangunan semua runtuh di bawah pentadbiran MB Datuk Ahmad Said. MB mat said selalu menyalahkan owg lain tuk mengelakkan dia dipersalahkan. keruntuhan yg terbaru, meletakkan atas kecuaian individu itu atas berlakunya runtuhan bangunan tu.. Cuba Gok Siasat Dulu... jangan pertaruhkan nyawa rakyat terengganu semua atas kepentingan peribadi.

duluPas said...

Maaf Puan CT, menyimpang jauh tajuk tapi ini cerita berkenaan RUNTUH yang menjadi kegemaran puan, adakah puan ingin menulis tentang nya nanti?

KELAKAR!!! Siling DUN PPinang roboh semalam
***********************************
Ayo yo ... ha ha ha ... tapi jangan salahkan Samy Velu la. Kontraktor kroni LGE mana yang makan pula?

Sebahagian dari siling dalam bilik persidangan DUN Pulau Pinang runtuh semalam. Punca keruntuhan itu masih belum dapat disahkan lagi.

Persidangan Dewan Pulau Pinang dijadualkan perasmian pada Isnin Mei 3hb 2010 oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri terpaksa ditangguhkan. Persidangan sepatut diadakan pada April 19hb tetapi tertangguh kerana TYT Yang Dipertua sakit dan sedang mendapat rawatan hospital. TYT hanya discharge pada 29/4/10.

Sehingga kini kerajaan negeri masih belum membuat keputusan berkaitan persidangan DUN. Ada ura-ura untuk diadakan persidangan di bangunan Dewan Sri Pinang yang terletak berhampiran tetapi perubahan tempat mesti diwartakan terlebih dahulu.

Pihak pengurusn memaklumkan CM akan datang melihat keadaan dan buat keputusan.

Kerja pemulihan ditaksirkan terpaksa dibuat dalam tempoh 2 hari cuti untuk persidangan atau ditangguhkan sehingga kerja baikpulih siap. Untuk makluman, projek pemasangan siling ini baru selesai kira-kira setahun yang lepas di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Kalau dahulu DAP khususnya Lim Kit Siang membuat pelbagai tuduhan, andaian dan menjenakan Samy Velu, JKR dan kerajaan semasa berlaku siling roboh di Parlimen, kini kita pulangkan buah keras kepada Lim Kit Siang.

You are no better, racist Chingkie!!!

Kami menuntut satu Surahanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat samada pemberiaan kontrak telah dibuat dengan telus dan samada ada campurtangan pihak ahli politik dalam proses tender.

Setahu kami, Ketua Menteri adalah penentu dalam Jawatankuasa Tender, satu amalan yang tidak dibuat di zaman BN. Dipercayai Ketua Menteri mengamalkan banyak kesalahan dalam proses tender apabila kroninya tidak menang tender dan delay keputusan setiap kali kroninya kalah.

DUN ini baru saja siap dibuat renovation oleh kerajaan PR DAP PPinang dan telah menelan belanja RM500,000.

Kami menuntut satu laporan SPRM dibuat ke atas Jawatankuasa Tender kerana amalan rasuah di peringkat Jawantankuasa sudah lama jadi bualan ramai.

Kami percayai ada pihak tertentu dalam kerajaan bawah telunjuk kerajaan DAP telah tidak mengikut spec, ada ketirisan hingga bawah standard, kemungkinan amalan rasuah, dll.

Sila hebahkan.

Nampaknya suratkhabar mainstream termasuk NST dan The Star sudah mula cuba pro Pakatan dengan menutup kes ini.

Sumber: the Unspinners