Apr 28, 2010

Tanah : Masih dengan lagu lama.

" Satu tapak rumah untuk setiap rakyat " BN Terengganu terus mendodoikan lagu retorik ini, semenjak zaman MB Wan Mokhtar lagi.
Malahan selepas mengambil alih dari Pas pada tahun 2004, Idris Jusoh juga mendendangkan lagu ini juga. Sayang-seribu kali sayang, mulut manis bagaikan gula, ungkapan hipokrit ini di jaja ke seluruh pelusuk negeri. Namun hakikatnya, dunia dan isi-isinya tahu, betapa rakus dan gelojohnya bila Idris Jusoh melalui agensi di bawah kerajaan bertindak merampas semua tanah untuk rakyat yang dianugerahkan oleh kerajaan Pas, lebih bernafsu lagi, rumah rumah yang didirikan dengan titik peluh dan wang ringgit sendiri tumbang menyembah bumi, bukan sebuah tapi berpuluh puluh buah. Apa salah mereka? adakah kerana mereka menceroboh secara haram, tafsiran mana yang diambilkira? undang-undang rimba mana yang di gunapakai? Kalau pun mungkin ada yang pernah dianugerah tanah sebelum itu, kenapa dirampas semua? pilihlah mengikut keperluan, ini tidak. Itulah akibat bila nafsu mengusai akal.

Kini Ahmad Said yang mengambil alih tugas MB dari Idris Jusoh menyanyikan lagi lagu yang sama, macam burong tiong bunyinya. Walaupun Ahmad seawal menjadi Mb dulu pernah berjanji akan menkaji semula tanah-tanah yang pernah di rampas dizaman Idirs untuk diberi semula kepada yang hak. Mana mungkin Ahmad tidak tahu, sekarang pejabat tanah pun sedang giat mengagihkan tanah kepada rakyat umno melalui ukuran jurukur berlesen. Tanah-tanah tersebut kebanyakan yang telah diberi milik dizaman Kerajaan pas. Layout telah diubah dan dibahagikan kepada rakyat umno tanpa menawarkan kepada peserta di anugerah tanah dizaman pas dahulu. Walaupun ada yang terlibat itu memang tidak memiliki tanah walau sejengkal kecuali tanah kubur yang masih diberi percuma, itu delepas nyawa sudah tiada pada jasad.


Sudah-sudahlah, jujurlah kita dengan diri, dengan rakyat dan paling penting jujurlah dengan Allah. Penasihat MB Mat said sepatutnya mencari irama dan melodi baru sepatutnya, kami sudah muak dengan lagu lama yang agak berirama keroncong itu. Kalau mahu naikkan imej Mat Said di mata Idris sekalipun , gunalah lagu baru yang berirama semasa yang segar dan melunakkan. Ciptalah lagu irama versi Mat Said, kerana yang dimainkan itu adalah lagu versi Wan Mokhtar lagi. Sudah-sudah lah tu rentikan.

3 comments:

Ultromeng Cosmos said...

Masa PAS dapat kuasa di Trg dulu, mereka terkejut beruk kerana tak sangka. Itu pasal, keesokannya mereka umum cuti. BN menang pun tak ada le sampai macam tu sekali.

Dalam kepala pemimpin mereka bagaimana nak laksanakan hukum Hudud sebab dah janji dengan para penyokong mereka.Kerja-kerja pentadbiran diserahkan kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri. Mana-mana yang tak dengar cakap, akan ditukar ikut suka.

PRU13 nanti kalau bercadang nak ambil alih Tranung, aku mintalah supaya carilah calon-calon yang 'baga' sikit, yang hebat-hebat sikit yang tidak tunduk kepada DAP.

Mie Lawit said...

Terengganu mana ada DAP ?

Anonymous said...

SAYA NAK PESAN KAT PUAN CT KAY SUPAYA BAGITAU KAT PETUGAS YANG KONONNYA PEJUANG ISLAM KAT KUALA BERANG .. JANGAN TAMPAL POSTER CERAMAH MERATA RATA.. MINTAK DENGAN TUANPUNYA BANGUNAN DULU.. BARU LAH ISLAM NAMANYA.. KE TOK GURU TAK AJAR???