Apr 19, 2010

Bila Nafsu Mengusai Akal

Bila nafsu mengusai akal, maka akan hilanglah kewarasan dan kewajaran.

Atas gambar asal sementara yang bawah gambar ....
Di Buka kepada yang gatal-gatal untuk komen
Lihat siapa kena...sendiri mau fikir (dengan akal bukan nafsu)

14 comments:

Anonymous said...

Puan CT, jangan terperangkap dengan gambar tu.

Mereka akan keluarkan gambar yang betul. Dah beberapa kali mereka acah dengan gambar superimpose kemudian disusuli gambar yang betul.

Soal gambar ini pun Puan CT jangan salahkan sesiapa. Puan CT pun siarkan juga gambar2 berkaitan.


Pasal gambar super-impose, Puan CT lupa kah gambar Najib dengan Altantuya yang dicipta oleh Tian Chua?

Dah lupa ke? Ada ingat? Nak saya linkkan gambar itu? Apa pandangan Puan CT tentang gambar palsu yang direka oleh seorang Ahli Parlimen dan Pemimpin PR dokongan PAS sokongan Puan CT?

Puan buta sebelah hati ke?

Lu pikir le sendiri.

Anonymous said...

"Saya sudah insaf dan mohon keampunan tuhan," - Zaid Ibrahim


1) Maka benarlah selama ini tuduhan yang dilemparkan keatas Zaid bukannya fitnah tapi tuduhan benar.

2) Maka benarlah semenjak 14 April lalu Puan CT telah membuat tuduhan benar ke atas Zaid, lebih buruk lagi puan telah mengumpat keburukan Zaid dengan menyiarkan kata2 Zaid Ibrahim seorang Peminum Arak Tegar.

3) Adakah Puan CT telah memohon maaf secara langsung kepada Zaid Ibrahim kerana mengumpat?

4) Jika belum, Puan CT belum benar2 insaf tetapi hipokrit dan lebih busuk hati berbanding Zaid yang sekurang2nya sudah mengaku dan mengatakan kekesalan/keinsafan beliau.

Pohon maaf harus kepada tuan tubuh badan terus, bukan secara umum dalam blog, kerana umpatan puan telah tersebar luas.

Anonymous said...

ada 8 keping gambar dan satu video 8 minit melibatkan '3 pemimpin pkr' dalam keadaan yang cukup 'memalukan' sudah ada dalam tangan mereka.hanya menunggu masa untuk diserahkan kepada gap.salah seorang daripadanya pernah terbang ke taiwan sewaktu insiden pembohongan 16 september !


tunggu masa puan, jadi jangan jump the gun. biar sahaja didedahkan dulu. Lagipun tak salah sebab puan pun sama melakukannya!


Saya takut, lihat siapa kena, terkena balik ke batang hidung puan.

Anonymous said...

Kenapa lah sebelum Puan bangkitkan isu Zaid peminum arak tegar dulu, puan fikir dengan nafsu bukan akal?

sendiri mau pikir puan...dengan akal bukan nafsu.


Saya bukan gatal-gatal nak komen, tapi dijemput oleh puan untuk beri komen la makanya saya komen.


terima kasih puan, gatal pun gatal lah.

Anonymous said...

Ek eleh.....mamat GAP tu suka buat gempaq saja. Ko dapet false alarm info laa, mamat GAP!!!!

Rileks T...

Anonymous said...

Yang pun gempaq?

1. Di laman web BloodHorse.com, Zaid Botol telah bertaruh sebanyak US7847.00 pada 28hb Januari 2009 untuk lumba kuda di New Zealand.

Anonymous said...

Tak, tak, yang pun tak gempaq?

2. Zaid Botol yang memiliki kuda lumba 'kelantan' telah memenangi satu perlumbaan dengan wang tunainya bernilai US450,000.00 pada 25hb Ogos 2006, kuda tersenut telah dibeli oleh Zaid Botol dengan harga NZ135,000.00 - untuk maklumat lanjut layari www.stephengrayracing.com

Anonymous said...

Ish, ish, takkan lah gempaq?


3. Kalau dilihat dalam Lot 1262, Zaid Ibrahim telah membayar US11,000.00 untuk kuda lumba pada tahun 2009, untuk maklumat lanjut, sila layari www.stallions.com.au


Biasalah bagi Zaid, tak kanlah main kuda judi pun gempaq, kita kan Islam liberal dan sekular. Tak caya, tanya Puan Ctkay, dia boleh confirm kepada yang tak gempaq. Ish, ish, ish.

Puan CTkay yang kata, bukan aku kata!

Anonymous said...

Aku jamin seratus persen, kalau Brother Botol ini kalah kat Hulu Selangor nanti, geng2 pencacai Pas akan kondem habis2 PKR kerana silap bubuh calon cap Jack Daniels.

rbf said...

Dua hari selepas penamaan calon PRK Permatang Pasir dengan bangganya badut sarkas PAS iaitu Mahfuz Omar meminta Rohaizat menarik diri kerana dikatakan menghadapi masalah moral.

Katanya, jika Rohaizat tidak menarik diri, banyak lagi kes moral Rohaizat akan didedahkan. Rohaizat tidak berganjak, akhirnya kisah Rohaizat berbini dua pula dijaja oleh PAS. Hasilnya, punah ranah rumahtangga Rohaizat. Begitulah kejamnya PAS menyerang peribadi lawannya sampai rosak sebuah rumahtangga.

Sekarang apabila kisah peribadi Zaid didendangkan, PAS tiba-tiba pula jadi alim dan membela Zaid habis-habisan.

Oleh yang demikian dengan sukacitanya disini saya hendak mencadangkan agar Zaid menarik diri dari bertanding di Hulu Selangor

Jika beliau tidak menarik diri, banyak lagi kes moral beliau akan dibongkarkan. Semuanya sudah berada ditangan rakan-rakan blogger.

Oleh yang demikian, jika tidak mahu malu lebih baik Zaid tarik diri.

RUANG BICARA FAISAL

Anonymous said...

Ek eleh.....tiba2 aje ko orang umno/bn jadi juara/hero arak dan judi. Ada makna tu.... kot2 ko orang dah tak dak confident dgan calon ko rang Kamal-Alan-Nathan!!!!

Anonymous said...

woiii tak kan nak memang free minta zaid tarik diri...berlawan lah dulu

Anonymous said...

salam Puan CTKay

Minta laluan sikit.... sudi-sudilah lawat link ini http://zaiduntukrakyat.com/

terimakasih.

kamal atan
kerling

aziz shahrin, btg kali said...

bro pezal (rbf),

senarionnya begini : kebetulannya katalah masuk waktu solat asar, DzaidIbrahim akan singgah untok solat di masjid kg. sentosa, batang kali atau masjid ar rahimah, kuala kubu baharu. kebetulannya juga kamal-alan-nathan juga lalu di situ, dia cuma singgah untok buang air kecil/besar di tandas masjid tersebut.

for sure, aku bagi undi aku kepada DzaidIbrahim comes this sunday.