Nov 23, 2009

Ustaz Nasaruddin Stabil di IJN



Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bachok, YB Ust Nasharudin Mat Isa kini dilaporkan stabil dan sedang mendapat rawatan lanjut di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Menurut doktor yang merawat beliau, keadaannya tidak begitu membimbangkan. Beliau tidak mengalami masalah serangan jantung. Mungkin keletihan disebabkan tidak cukup rehat menyebabkan otot di bahagian dada beliau mengalami kesakitan.

Nasharudin kini ditahan di IJN untuk mendapat rawatan lanjut. Pagi tadi beliau dilaporkan mengalami kesakitan di bahagian dada ketika mengikuti sidang Parlimen dan di bawa ke IJN oleh ambulan kira-kira pada pukul 11:45 pagi.

8 comments:

Anonymous said...

Ustaq Nasharudin, moga cepat semboh agar terus berjuang menyatukan umat Islam dan bangsa Melayu yang kini berpecah belah angkara politik pakatan haram dan Islam Liberal anwar ibrahim.

Ustaq Salehuddin Ayub, kenapa nak buat referendum untuk decide sama ada nak benarkan Chin Peng si pembunuh untuk pulang ke Malaysia?

Apa pendirian kamu dan pendirian PAS. Mohon maaf dan terus kau ampunkan kominis tu. kalau nak suruh rakyat tentukan, kau sebagai pemimpin bagi lah dulu pendirian kau.

Malaysia nak jadi negara Islam atau negara Kominis, parti Pas nak suruh buat referundum ke?

Nanti jatuh merudum.


Make your stand brother.

Anonymous said...

bila nak mati pemimpin UG ni?
orang UG sibuk tanya bila TGNA nak mati, tup tup pemimpin mereka yang kena kejar IJN.

Anonymous said...

Demi Husam...Nik Aziz 'tendang' menantu

Ekoran tekanan yang semakin memuncak, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya Isnin tunduk kepada rasa cinta dan kasihnya kepada Datuk Husam Musa apabila membuat keputusan mengarahkan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman (gambar atas-kanan sekali) meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berkuatkuasa serta merta. Malah keputusan tersebut dilihat sebagai usaha untuk memulihkan maruahnya yang tercalar kerana dilihat terlalu melindungi menantunya yang pernah disifatkan sebagai orang paling berkelayakan untuk menjadi CEO PMBK. Mengulas keputusan terbaru Nik Aziz itu, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Mursyidul Am PAS itu tidak konsisten. “Dulu semasa melantik Ariffahmi, Nik Aziz guna pelbagai hujah termasuk menyamakan tindakannya dengan beberapa tindakan baginda Rasulullah yang turut melantik ahli keluarga Baginda memegang jawatan. “Malah dalam beberapa isu lain, Nik Aziz sering menggunakan hujah tindakannya adalah sesuai dengan tuntutan Allah dan sama dengan tindakan Nabi Muhammad tetapi kini kenapa Nik Aziz tidak mempertahankan hujahnya itu apabila mengarahkan menantunya meletakkan jawatan,”

Anonymous said...

Nik Aziz Akan Letak Jawatan ?


Semasa sidang media mengenai perlucutan jawatan Arrifahmi Abdul Rahman, menantu Nik Aziz Nik Mat, Nik Aziz masih mahu berdolak-dalih dan menyalahkan pihak lain yang menyebabkan menantu beliau perlu dilucutkan jawatan beliau.

"Fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah," katanya.

Nasihat peletakan jawatan itu juga tegasnya adalah disebabkan oleh fitnah dan kecaman yang terlalu banyak diterima Ariffahmi.

"Masalah sekarang ini menantu saya tu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab," - seterusnya

Jika merujuk kepada kenyataan Nik Aziz di atas, Arrifahmi nampak seperti mangsa keadaan dan bersih daripada segala perkara yang telah didedahkan tentang beliau. Nik Aziz masih mahu mempertahankan menantu beliau walau pun Arrifahmi telah 'dilondehkan' dan segala aktiviti buruk beliau telah diketahui umum.

Dan jawapan Nik Aziz sangat meragukan dan tidak munasabah langsung!

Ini adalah kerana jika beliau benar-benar berpegang kepada kenyataan beliau itu, beliau sudah lama meletakkan jawatan kerana beliau lebih banyak menerima kecaman daripada pihak lawan dan juga rakan politik yang lain!

Dan jika beliau dengan 'senang hati' melucutkan jawatan menantu beliau, beliau sepatutnya juga dengan senang hati meletakkan jawatan beliau di dalam politik untuk 'jaga (elak) fitnah' seperti yang beliau dakwa!

Dan jika Nik Aziz tidak melakukannya, segala kenyataan akhbar yang beliau buat hanyalah sekadar sandiwara seorang ahli politik yang mementingkan diri sendiri.

Anonymous said...

Sama lah juga dgn kes paklah dgn KJ dulu....apa bezanya.....

manikurai said...

Semoga Allah panjangkan usia Ustaz Nas.....TGNA tak berkenan pun tak pe sabarlah....sebab TGNA juga diuji oleh Allah dengan masalah yang besar sekarang.

Ustaz pilihan ramai.....jangan bimbang walaupun TGNA tak suka dengan Ustaz. Cuma ustaz hati2 lah ular bisa disekeliling ustaz yang tak mahu ustaz berada di kedudukan sekarang.

Begitulah manusia bila merasakan dah kuat.....lupa diri dan lupa Allah.

Anonymous said...

Ini bezanya Nik Azis dengan Pak Lah:

Bapa Mertua = Menantu Kesayangan Ku
Pak Lah = KJ
Tok Guru = Ariffahmi

kehebatan Tok Guru ialah dia suruh (tak paksa) Ariffahmi letak jawatan sebab menantunya itu telah difitnah oleh seorang blogger (maksudnya blogger tu pembohong lah, kan gitu).

ketidakhebatan Pak lah pulak ialah dia tak suruh KJ letak jawatan, sebab sebab SEBAB si menantu malaun ini TAK ADA JAWATAN dalam kerajaan.

itulah kehebatan Tok Guru dan Pak Lah.

kau memang terror husam...your kickdefella dah cabar ariffahmi supaya jumpa di mahkamah....maka makin terserlahlah kepincangan tok guru, bijak kau husam, MB in waiting

Anonymous said...

blogger pemfitnah. ini salah satunya.