Nov 15, 2009

Bandingkan Lapuran Utusan Malaysia dan yang sebenar

Pengunjung diminta membuat perbandingan antara apa yang diucap oleh Tuan Guru Presiden dipetik dari blog trgkini dan yang dilapur oleh Utusan malaysia.
Sila buat pernilaian sendiri.

Rakaman Video blog trgkini




Lapuran Utusan Malaysia 14/11/2009Bai'ah tidak bercanggah ajaran Islam - Hadi
MARANG 13 Nov. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan sumpah taat setia atau bai'ah sebagaimana diamalkan oleh ahli dan pemimpin parti itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Beliau berkata, bai'ah talak tiga tidak pernah menjadi dasar atau konsep Pas sebaliknya parti itu mengamalkan bai'ah sumpah laknat.

''Dalam sumpah laknat ini, ia macam akad jual beli. Mereka yang menjadi calon atau pemimpin Pas perlu melakukan bai'ah untuk tidak mengkhianati perjuangan Islam selagi Pas tidak terpesong daripada ajaran Islam.

''Jika tidak, kita sendiri akan tolak Pas," jelasnya kepada pemberita pada majlis Dialog Bersama Presiden Pas di sini hari ini.

Mengenai kedudukannya dalam Pas, Abdul Hadi berkata, sebagai pemimpin nombor satu parti itu, beliau 'tidak goyah' meskipun terdapat pihak tertentu cuba menggambarkan sebaliknya.

Katanya, semua peringkat bermula daripada akar umbi hinggalah kepada barisan pimpinan Pas termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih memberikan sokongan padu kepada beliau untuk memimpin parti tersebut.

''Saya mendapat sokongan daripada semua kawasan kecuali satu (dalam Muktamar Pas di Shah Alam baru-baru ini), kalau ada calon lain yang mendapat pencalonan lebih besar tak (akan) jadi masalah.

''Yang menjadi masalah kepada saya ialah semua kawasan calon saya," katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi mengakui walaupun berlaku perbezaan pendapat dengan Menteri Besar Kelantan itu, namun beliau mengibaratkan hubungan mereka sebagai isi dan kuku.

''Kami memang berbeza pendapat, itu perkara biasa, tetapi kami tetap bersatu, lebih-lebih lagi bila beliau (Nik Aziz) terima resolusi yang dibuat dalam seminar parti baru-baru ini," ujarnya

1 comment:

al-brangi Online said...

kalau tak menipu tak sah