Nov 9, 2009

Pesuruhjaya PAS Selangor Boleh Dilucut Jawatan Jika Didapati Bersalah


Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali bakal berhadapan dengan tindakan digugurkan daripada jawatannya itu jika beliau didapati bersalah melanggar perlembagaan parti.

Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada mStar Online.

"Tindakan yang boleh kita ambil ialah sama ada kita gantung keahlian, kita gugurkan keahlian ataupun kita akan gugurkan jawatannya...itu adalah mengikut peraturan dalam parti," katanya.

Beliau juga mengesahkan bahawa pihaknya telah pun menghantar surat tunjuk sebab kepada Hassan dan beberapa pemimpin PAS negeri itu minggu lalu dan kini siasatan sudahpun dimulakan.

“Dan saya nak tegaskan bukan Hassan Ali sahaja, ada beberapa orang lagi yang turut disiasat," katanya tanpa mahu menyebut lain-lain nama pemimpin PAS Selangor yang turut disiasat.

Bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa mereka yang disiasat itu akan dibicarakan seadil-adilnya mengikut saluran dan peraturan parti.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan terkini siasatan yang dijalankan pihaknya keatas beberapa pemimpin PAS Selangor.

Ditanya sama ada memang terdapat kes terhadap Hassan, Tuan Ibrahim berkata: "Pertuduhan ada, tapi hanya diperingkat ini ialah pertuduhan. Jadi kita beri masa kepada dia untuk buktikan bahawa apa yang dituduh itu tak betul...lepas tu kita akan teliti, kalau ada kes kita akan panggil dia."

Naib Presiden PAS itu enggan mengulas lanjut kepada soalan sama ada siasatan itu turut melibatkan pemimpin tertinggi lain di peringkat negeri Selangor.

"Saya ingat nanti sampai masa anda akan tahu juga bila tindakan akan kita buat," katanya.

Tambah Tuan Ibrahim, pihak yang disiasat itu perlu mengemukakan penjelasan secara bertulis termasuk mengemukakan dokumen-dokumen sokongan dalam masa 14 hari selepas menerima surat tunjuk sebab.

"Mereka akan kemukakan secara bertulis dalam bentuk dokumen,” ujar Tuan Ibrahim lagi.

Sumber : Mstar

10 comments:

al-brangi said...

Yg bersalah tetap bersalah, yang benar tetap benar,siapa saja dilantik jadi PJ Selangor, tetap ditaat dan patuh selama mana ia tidak langgar syariat.

Haji Kopiah Hijau Kuala Brang said...

Nampak sangat Dato' Dr Hassa Mohd. Ali diperlakukan umpama hidung tak macung pipi tesorong-sorng dalam Pas. Pada saya apa pun keputusan yang dibuat oleh pihak berkaitan berhubung tuduhan terhadapnya, beliau sudah hilang kewajaran untuk terus berada dalam Pas, beliau kena mufarakah dari parti itu,

Bukan hanya melalui Pas sahaja boleh berdakwah, banyak saluran lain lagi. Melalui Umno pun beliau boleh berdakwah, malah ruang untuk itu lebih terbuka luas.

Beliau tidak akan kebulur tanpa menjadi exco, wakil rakyat, pesuruhjaya atau ahli Pas. Malah beliau tidak akan jadi kafir kerana keluar dari Pas untuk menjadi individu tanpa parti atau kalau beliau jadi ahli Umno, asalkan jangan jadi ahli DAP.

Punca beliau diperhinakan adalah kerana beliau menyuarakan kebenaran Islam sebagai orang islam dan sebagai aktivis parti yang di dalamnya ada nama Islam apabilakerajan Pakatan Selanor didapati tidak Islamik sebagaimana yang diharapkan oleh para pengundi.

Kalau beliau kekal sebagai anggota exco pun hanya setakat pilihanraa umum ke-13 sahaja, selepas itu kerajan PR Selangor akan lebur. Kalau beliau mahu sertai kabinet, saya yakin Najib sedia senatrkan beliau, malahkalau Datuk Dr Hassan sertai kabinet, orang Umno akan lu-alukan kerana tenaga dan buah fikira serta pengalaman dan keilmuan sangat-sangat diperlukan oleh negara.

Anonymous said...

Orang yang mahu membuat perubahan diperlakukan sedemikian rupa. Tak reti la nak kata apa lagi?...aperr lagii.....

Anonymous said...

Beginilah jadinya bila perjuangan untuk menumbangkan ( benci ) kepada UMNO melebehi perjuangan untuk menegakkan Islam.......

Anonymous said...

Blog sebelum inipun Puan Siti menyatakan kebencian yang amat sangat dengan UMNO....cuba Puan Siti cek balik dan tanya orang2 yang lebeh alim......

---UMNO Tegar----

Belia Bukit To' Bat said...

Begitulah sifat UMNO, menangguk di air yang keruh

persatuan merepit said...

kami mat repit felda bukit bading, jerangau,ajil, 200 org akang masuk PAS, duk dalam UMNO, mane die ajok kite semayang.

kite merempit pun nok jugak semayang

bye2 umno. byk sangat palsapoh dlm umno, siang malang duk kire pitih je

MatRempik Bukit Kapah said...

Bagus lah Mat Rempit Bukit Bading, Kami Mat Rempit Felcra Bukit Kapah Juga seramai 35 orang nak masuk PAS. Umno suruh main bola sampai pukul 7.30 petang, masjid kosong umno suka.... tak kebuloq keluar umano pun.

Anonymous said...

Buat masjid tapi suka tengok masjid kosong...ye ke dok mung ning....ke mung mmg jenih malah semayang....dok pah preksa kata cikgu dok berapa cerdik nok ajor orang cerdik mcm mung....buat jalan molek kata kerajaan suruh merempit...mok beri muto kata galakan suruh merempit.......dok ajor merempit pun pandar sdiri belajor merempit..doh sapa ceroh salohkan orang.....cerdik dokleh nok ikut bodo dokleh nok ajor...Apeerr lagihh...

remaja_umah muroh bt 24 said...

kami semua remaja rumah murah ,kuala berang, kami trpaksa masuk umno, klu tidak kena boikot, tapi undi bui ke PAS. wang ehsan buleh gok huhuhuhuhu