Nov 20, 2009

Mencari Fikiran Dr Asri yang sebenar

Sebelum ini saya tidaklah mengambil tahu sangat tentang Dr Asri Mohd Zainul, tetiba ada satu artikel masuk kedalam email saya.

Email itu bukanlah dikirim oleh Dr Asri kepada saya, tapi dikirim oleh seorang penjenguk laman ini.

Pada saya tulisan awalnya hanyalah luahan biasa sahaja, maksudnya seperti mereka-mereka yang memberi pandangan dalam situasi semasa PAS.

Tetapi apabila melihat dan membaca bait-bait akhir tulisan mebuatkan saya berfikir panjang dan masih mencari-mencari kearah mana pemikiran beliau dan juga mencari-cari jawapan kepada persoalan yang beliau lontarkan.

Bersama ini disertakan persoalan yang dikemukakan diakhir tulisan tersebut:-

Akhirnya, PAS hendaklah benar-benar tahu siapakah musuhnya yang sebenar.

Beberapa perkara berikut patut difikirkan oleh PAS;

1.Siapakah yang boleh mengheret PAS melanggar prinsip-prinsip Islam yang holistik yang bukan sekadar isu tahalluf siyasi semata?


2.Siapakah yang ‘sebenarnya’ mencetuskan permusuhan dalaman secara langsung dan tidak langsung dalam PAS selama ini?

3.Jika PAS berfikir ada pemimpinnya yang patut disingkirkan, maka penyingkiran itu adakah atas alasan pelanggar prinsip, atau sekadar pelanggaran pendekatan?

4.Antara mengerat ‘orang dalam’ dan mengerat ‘orang menumpang’ yang menyusahkan; manakah yang patut diutamakan?

5.Adakah PAS yang memerlukan PR atau PR memerlukan PAS?

6.Adakah agenda Islamik itu yang lebih besar dalam PAS atau agenda politik PR?

7.Apa beza dari masa depan Islam antara kerjasama dengan DAP dan PKR dan kerjasama dengan UMNO?

Apa sebenarnya yang hendak dinyatakan Oleh Dr.Asri?

tulisan asal beliau disini

5 comments:

al-brangi said...

PAS perlu berada dalam PR untuk menentang UMNO/BN

PAS,PKR dan DAP saling lengkap melengkapi

Anonymous said...

apa nak jadi negeri Terengganu...... zaman mat said macam2 hal berlaku....... lepas stadium runtuh... wabak taun plak melanda... memalukan betul.... pelancong pun takut dah nak datang terengganu,. kite tengok apa tindakan mat said...

Mat Saud said...

Mat Said tak dok....dia gi Mekah

aku said...

anuar kata malaysia bukan utk melayu lah...

Anonymous said...

Tok Guru Nik Aziz kata Anwar tak perlu bersumpah.

Dr Asri kata Anwar perlu bersumpah.

Anwar kata tak perlu bersumpah, tapi Anwar terima sumpah PI Bala (hindu), tapi tak terima sumpah laknat Saipul (Muslim).

Eloklah tu PAS jadi pelengkap kepada PKR ni....ikut belakang