Nov 23, 2009

TG Nik Abd Aziz mengambil Langkah Bijak

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bersetuju untuk menasihati Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Ekselutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Persetujuan itu diumum Nik Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 pagi ini.

Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, Naib Presiden Salahudin Ayub dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.

Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan.

Menurut Nik Aziz, keputusan itu dibuat bagi menjaga nama baik pimpinan islam khasnya pas sendiri sekaligus menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri itu.

"Semua (yang hadir) menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihat menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar (PKMB),"

"Fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah," katanya.

Beliau dalam pada itu memberitahu akan meminta Ariffahmi yang juga menantunya berbuat demikian.

Bagaimanapun, terserah kepada Ariffahmi bila dia mahu meletakkan jawatan tersebut.

"Tarikh tu terserah kepada dia," katanya lagi.

Nasihat peletakan jawatan itu juga tegasnya adalah disebabkan oleh fitnah dan kecaman yang terlalu banyak diterima Ariffahmi.

"Masalah sekarang ini menantu saya tu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab,"

Dalam pada itu, Ariffahmi yang turut hadir pada sidang media tersebut menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka memandangkan ianya dilakukan untuk menjaga nama baik banyak pihak.

"Saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk jaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik PAS, dan juga nama baik kerajan negeri Kelantan," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada Nik Aziz yang memberikan kepercayaan penuh kepada kepadanya sepanjang berada di PMBK.

"Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya,".katanya.

- Itulah kelebihan perjuangan Islam-

15 comments:

Ross Safina Hor said...

Salam semua,

Berita menyedihkan penduduk Malaysia hari ini.

Kes Penyakit Taun Terkini : 185 Kes Disahkan Di Terengganu, 18 Di Sabah

AWAS! TAUN TELAH MEREBAK KE SABAH. LINDUNGI DIRI DAN ORANG TERSAYANG DENGAN PROTECUR-100.

http://www.rosssafinahor.blogspot.com/

Wasalam.

Anonymous said...

PUKUL ANAK SINDIR MENANTU.....

HUSAM PUKUL MENANTU SIDIR NIK AJIS

MASA LANTIK MENANTU...SEBAB MENANTU MEMPUNYAI KELAYAKAN....

SURUH MENANTU LETAK JAWATAN SEBAB
KRITIKAN JAMAAH KE?...MANA PERGI KELAYAKAN MENANTU KESAYANGAN.

Anonymous said...

TG Nik Aziz lebih flip-flop daripada Pak Lah.

Hari itu TGNA mengatakan menantunya pemuda paling layak dan berkebolehan untuk menjadi CEO PMBK.

Kelmarin TGNA memberi penghargaan kepada menantunya kerana banyak menyumbang kepada pembangunan negeri Kelantan (misalnya, Bazar Tok Guru lah, katakan).

hari ini pula TGNA meminta menantu nya yang hebat tu meletak jawatan.

Bukan kah flip, flop dan flup!!!

Mengapa disuruh letak jawatan kalau menganggapnya fitnah semata2!!!!

Bukankah tindakan ini mengundang persepsi bahawa TGNA memang silap pilih, menantunya memang bersalah salahlaku di PMBK.

Jika di pihak yang benar, mengapa melakukan "langkah bijak" ini kononnya.

Jika khuatirkan persepsi rakyat bahawa TGNA sudah silap, masalahnya imej beliau sudahpun tercemar.

Sudah dibongkar perlantikan menantunya, baru sekarang mahu mengambil tindakan bijak???

Ini belum terdedahnya nepotisma dan kronisma di Perak yang tidak kurang hebatnya

Anonymous said...

Husam sedang bergembira sakit belakang....tidak lama lagi TGNA akan dinasihatkan supaya meletak jawatan sebagai menteri besar dan jawatannya diambil alih oleh.....tanya kickdefella.

Ada yang sedang sakit tapi gembira, ada pula yang tidak sakit apa2 tapi sedang merana....

tindakan bijak lah konon....

Anonymous said...

Demi Husam...Nik Aziz 'tendang' menantu

Ekoran tekanan yang semakin memuncak, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya Isnin tunduk kepada rasa cinta dan kasihnya kepada Datuk Husam Musa apabila membuat keputusan mengarahkan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman (gambar atas-kanan sekali) meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berkuatkuasa serta merta. Malah keputusan tersebut dilihat sebagai usaha untuk memulihkan maruahnya yang tercalar kerana dilihat terlalu melindungi menantunya yang pernah disifatkan sebagai orang paling berkelayakan untuk menjadi CEO PMBK. Mengulas keputusan terbaru Nik Aziz itu, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Mursyidul Am PAS itu tidak konsisten. “Dulu semasa melantik Ariffahmi, Nik Aziz guna pelbagai hujah termasuk menyamakan tindakannya dengan beberapa tindakan baginda Rasulullah yang turut melantik ahli keluarga Baginda memegang jawatan. “Malah dalam beberapa isu lain, Nik Aziz sering menggunakan hujah tindakannya adalah sesuai dengan tuntutan Allah dan sama dengan tindakan Nabi Muhammad tetapi kini kenapa Nik Aziz tidak mempertahankan hujahnya itu apabila mengarahkan menantunya meletakkan jawatan,”

belia bt. tok bat said...

sabar puan. Itulah malaun yg cuba nak melemahkan semangat puan

penawarrindu said...

Itulah kehebatan Tok Guru

Anonymous said...

Itulah kehebatan tok guru, selipar pun jadi berkat....

Anonymous said...

Menantu terhebat dah jadi menantu keparat, akibah fitnah dan angkara mudharat....itulah kehebatan Tok Guru. Nasharudin dan Tok Pa, berapa lama lagi Tok Guru nak tunggu tuk letak jawatan?

Syabas Husam...

Anonymous said...

Bapa Mertua = Menantu Kesayangan Ku
Pak Lah = KJ
Tok Guru = Ariffahmi

kehebatan Tok Guru ialah dia suruh (tak paksa) Ariffahmi letak jawatan sebab menantunya itu telah difitnah oleh seorang blogger (maksudnya blogger tu pembohong lah, kan gitu).

ketidakhebatan Pak lah pulak ialah dia tak suruh KJ letak jawatan, sebab sebab SEBAB si menantu malaun ini TAK ADA JAWATAN dalam kerajaan.

itulah kehebatan Tok Guru dan Pak Lah.

kau memang terror husam...your kickdefella dah cabar ariffahmi supaya jumpa di mahkamah....maka makin terserlahlah kepincangan tok guru, bijak kau husam, MB in waiting

Anonymous said...

Ariffahmi, klo ko tak saman Kickdefella kat mahkamah, aku kira kau mengaku salah le tu, bukan kene fitnah. Malu nanti Tok Guru

Tapi kalau kau bawa kes ni ke mahkamah, maka suka benor si Husam tu, ini yang dia nak supaya cherita ini berpanjangan, akhirnya nama tok guru tercemar dan lamo2 dinasihat letak jawatan sahaja.

buat macammana pun, dalca dah jadi kari....

Tajuk Utusan tahun depan:

HUSAM MB BARU?

Anonymous said...

Ramai pengkomen dari UG di sini yang tak suka TGNA.

Semakin jelas. Mereka hentam TGNA cukup2, tapi bila orang kritik Hadi mereka melenting setinggi langit.

Anonymous said...

Nik Aziz Akan Letak Jawatan ?

(Menurut firasat Husam, ini Langkah Bijak Tok Guru)

Semasa sidang media mengenai perlucutan jawatan Arrifahmi Abdul Rahman, menantu Nik Aziz Nik Mat, Nik Aziz masih mahu berdolak-dalih dan menyalahkan pihak lain yang menyebabkan menantu beliau perlu dilucutkan jawatan beliau.

"Fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah," katanya.

Nasihat peletakan jawatan itu juga tegasnya adalah disebabkan oleh fitnah dan kecaman yang terlalu banyak diterima Ariffahmi.

"Masalah sekarang ini menantu saya tu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab," - seterusnya

Jika merujuk kepada kenyataan Nik Aziz di atas, Arrifahmi nampak seperti mangsa keadaan dan bersih daripada segala perkara yang telah didedahkan tentang beliau. Nik Aziz masih mahu mempertahankan menantu beliau walau pun Arrifahmi telah 'dilondehkan' dan segala aktiviti buruk beliau telah diketahui umum.

Dan jawapan Nik Aziz sangat meragukan dan tidak munasabah langsung!

Ini adalah kerana jika beliau benar-benar berpegang kepada kenyataan beliau itu, beliau sudah lama meletakkan jawatan kerana beliau lebih banyak menerima kecaman daripada pihak lawan dan juga rakan politik yang lain!

Dan jika beliau dengan 'senang hati' melucutkan jawatan menantu beliau, beliau sepatutnya juga dengan senang hati meletakkan jawatan beliau di dalam politik untuk 'jaga (elak) fitnah' seperti yang beliau dakwa!

Dan jika Nik Aziz tidak melakukannya, segala kenyataan akhbar yang beliau buat hanyalah sekadar sandiwara seorang ahli politik yang mementingkan diri sendiri.

Anonymous said...

Husam sudah main peranan di belakang tabir.

Kickdefella sudah cabar Ariffahmi supaya jumpa di mahkamah.

Keep the water hot lah, nak cabar tok guru tak leh, cabar menantu le...


hehehe, ini politik tak susah nak baca firasat politikus.


yang muslimah2 ni, terjunlah dengan labu2 bijak kamu, biarkan2...tak gheti2 lagi ke.

sumber ku pintas dan langsung

Anonymous said...

MAKIN TERSERLAH MAINAN HUSAM NAK JADI MB..

BIJAK KAMU HUSAM....TGNA PUN AKUI KAMU BIJAK...

CUMA CARA KAMU YANG KOTOR DAN TERAMAT KOTOR

DARI MANA KAMU BELAJAR HUSAM?

MASUKKAN BLOGERS DALAM PMB....BUAT KACAU SIKIT..JOLOK MENANTU....MENANTU MELENTING...BUANG AYAM SABUNG HUSAM

BLOGERS DEDAH PASAL SPONSER PI HAJI

TGNA TERPERANGKAP....MENANTU NAK KENA SIASAT...

HUSAM TEKAN LAGI TGNA... NAK LETAK JAWATAN.....TGNA MENGELABAH....MINTA MENANTU KESAYANGAN LETAK JAWATAN KERANA HUSAM.....

TAHNIAH HUSAM U ARE THE NEW MENTERI BESAR KELANTAN SEDIKIT MASA LAGI....

BIJAK KAMU HUSAM TAK SIA2 PAK MUSA ANTAR SEKOLAH