Nov 1, 2009

Piala Malaysia- Kelantan menuju juara

Tahniah diucapkan kepada pasukan Kelantan Darul Naim yang telah berjaya menempah tiket keperlawan akhir piala Malaysia,setelah berjaya menyingkirkan Perlis dengan kemenangan 3-1 di Stadium Utama, Kangar dan layak dengan agregat 5-1.

Seperti yang dijanjikan dulu saya tetap menyokong Kelantan dalam perlawanan akhir ini sekiranya Kelantan bertemu Terengganu.Namun keputusan telah diketahui bahawa Terengganu kecundang jua akhirnya.

Kenapa saya tetap menyokong Kelantan dan tidak Terengganu? itu hak saya , siapa pun tidak boleh menghalang sokongan saya kepada Kelantan.

Sejarah telah membuktikan bahawa Terengganu hanya mampu membawa pulang piala Malaysia pada tahun 2001 semasa MB nya ketika itu ada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, sebelum dan selepas itu Terengganu masih belum mampu untuk berbuat demikian.Ini adalah fakta, siapapun tidak boleh menafikannya.Rekod belum pecah setakat ini.

Kali ini juga saya mengharapkan agar Piala Malaysia akan di bawa pulang ke Kelantan ketika MB nya adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. itu lah harapan dan doa saya.

Sokongan saya tiada kena mengena dengan Presiden KAFA DS Anuar Musa.Juga sokongan ini tiada kaitan dengan cadangan Exco Kelantan untuk melantik adun dari Umno untuk memegang jawatan timbalan exco Kelantan.Tok Guru Nik Aziz dengan tegas menjelaskan bahawa sudah serik dan tak hingin lagi bekerjasama dengan Umno.

7 comments:

Anonymous said...

Dalam sejarah belum ada pengurus dari PAS yang berjaya sebarang persatuan sukan. Jadi hentikanlah mempolitikkan isu tersebut.

Adakah anda bermaksud karamah TG Hadi atau NA yang membolehkan pasukan bola anda menang? Bagaimana dengan MB umno yang pasukan bola mereka menang bertahun2?

penawarrindu said...

Saya rasa bahasa yang saya sangat mudah, tapi ada yang KURANG Faham.Saya tak bicara soal Karamah, saya tak bicara soal pengurus pasukan, saya juga tidak bicara dengan negeri-negeri lain yang menjadi juara Piala Malaysia.

Sejarah telah terpahat bahawa Piala Malaysia Dibawa pulang ke Terengganu pada tahun 2001, MB Terengganu pada masa tersebut adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang..Ada ke orang nak nafi Fakta ini?

Anonymous said...

putar belitlah mu ni..nak sokong ..sokong ajerlah..jgn campur aduk kepartian...

PUTRA CAKNA said...

Tahniah untuk pasukan Kelantan kerana berjaya ke perlawanan akhir piala Malaysia. Bersyukur kita kepada Ilahi kerana dengan keberkatan yang diberiNya dan ditambah dengan kegigihan para pemainnya dan kebijaksanaan pengurusnya mengurus pasukan Kelantan, Kelantan dapat menjejakkan kaki ke perlawanan akhir piala Malaysia.
Kejayaan ini adalah hasil daripada satu pengurusan yang berkesan yang mana dapat menambah keyakinan para pemain untuk bermain dengan penuh yakin dan bersungguh-sungguh sehingga membuahkan kejayaan.
Hampir 40 tahun Kelantan mengimpikan suasana seperti ini dan kini baru tercapai.
Tahniah untuk pasukan bolasepak Kelantan dan
Syabas untuk Annuar Musa.

D'Shahrul said...

bila saya google 'kelantan piala malaysia', link ke blog saudari yang keluar dulu.

Namun sedikit kecewa bila saudari mengaitkan peristiwa penampilan final PM ini dengan politik.

Kami tak tuduh saudari memutar-belit fakta. memang Terengganu menang PM ketika DS Hadi jd MB. Tp kenapa perlu sebut sebegitu? Naturally org (dan saya) akan menganggap bahawa saudari cuba mengilas sedikit kredit dr pencapaian skuad Kelantan kali ini.

Sudah-sudahlah...

Anonymous said...

janji n9 dh menang...
hahaha....

Anonymous said...

Kelantan kalah. semua pemin ewek. 60,000 penyokog hing sbar, pitih abih, pemain bermmain macam orang mabuk lampu.