Nov 12, 2009

Satu Penjelasan Dari Dato' Husam Musa, begitulah adanya...

KOTA BHARU, 11 Nov: Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa menjelaskan berita mengenai Adun pembangkang mempunyai peluang dilantik sebagai timbalan Exco seperti disiarkan Siasah sebelum ini ada sedikit kekeliruan.

Katanya, apa yang dimaksudkan ada peluang tersebut apabila mereka meninggalkan parti lama dan menyertai PAS.

“Ini yang saya maksudkan biar pun perkataan itu tidak disebut semasa menggulung perbahasan pada persidangan Dun baru-baru ini.

“Ekoran itu menyebabkan beberapa penulis blog mengulas lanjut isu tersebut sehingga menimbulkan kekeliruan ramai apabila cuba dikaitkan pula dengan unity government,” katanya di sini.

Sebelum ini akhbar oposisi berkenaan melaporkan Husam sebagai berkata, tiga Adun pembangkang mempunyai peluang dilantik sebagai timbalan Exco kerajaan negeri.

Malah katanya, beliau sedia membincangkan cadangan melantik Adun pembangkang sebagai timbalan Exco dengan Menteri Besar (nada seloroh).

“Mungkin tiga daripada enam wakil rakyat pembangkang ada peluang menjadi timbalan Exco sekiranya perkara itu dibolehkan,” katanya ketika menggulung perbahasan Enakmen Saraan Adun (pindaan) 2009 pada persidangan Dun.

Oleh itu, kata Husam, peluang yang dimaksudkan tersebut apabila mereka menyertai PAS, biar pun perkataan itu tidak disebut secara terus terang ketika menggulung perbahasan.

Katanya, peluang yang dimaksudkan tersebut tidak ada sekarang kalau mereka masih lagi Adun Barisan Nasional tanpa menyertai PAS.

Berita berkaitan

KOTA BHARU:Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa mencetus idea baru apabila bersedia menerima wakil rakyat pembangkang di Kelantan sebagai timbalan Exco sekiranya ia tidak menyalahi peraturan. (kalau dah masuk masuk nak salah apa lagi?)

Husam berkata, beliau sedia membincangkan cadangan melantik Adun pembangkang sebagai timbalan Exco sekiranya mendapat restu daripada Menteri Besar.

“Mungkin tiga daripada enam wakil rakyat pembangkang ada peluang menjadi timbalan Exco sekiranya perkara itu dibolehkan,”(Kalau dah masuk Pas Mestilah boleh) katanya ketika menggulung perbahasan Enakmen Saraan Adun (pindaan) 2009 pada persidangan Dun hari ini.

Ketika ini Kelantan yang ditadbir oleh PAS mempunyai enam Wakil Rakyat pembangkang, semuanya daripada Umno daripada jumlah keseluruhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu.

Menurut Husam, pelantikan timbalan kepada anggota Exco daripada Adun yang mempunyai kelayakan profesional dapat membantu kerajaan bagi merancang lebih banyak lagi program untuk manfaat rakyat.

“Ini satu keperluan dan bukan sekadar mengisi mereka ke jawatan yang baru. Mereka akan menerima elaun tetap bulanan sebanyak RM1,500 dan kuasa untuk menjalankan tugas.

“Mereka boleh melawat jabatan-jabatan kerajaan sebagai menggantikan Exco yang kesibukan dengan pelbagai tugasan lain,” katanya.Bagaimanapun Timbalan Exco tidak mempunyai kemudahan lain seperti kereta dan pejabat. Kelantan sekarang mempunyai 10 anggota Exco termasuk Timbalan Menteri Besar.

Sebelum ini kerajaan Kelantan mempunyai timbalan Exco, namun tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan tugas.

Fikir-fikirlah, renubg-renunglah.....

6 comments:

uminas said...

Pas ni sentiasa bersifat terbuka..Jangan jadi duri dalam daging dah lah..

Anonymous said...

Hebat sungguh erdogan pas menawarkan "rasuah" dalam bentuk teknikal supaya adun BN lompat. Belajar dari tokguru Anwar ke ni? Aduh, dalam Pas semua yang haram boleh halal dalam sekelip mata shj. Adun2 Pas yang lain tak layak jadi timbalan exco ke? Erdogan ini sudah mengesahkan bahawa di Kelantan adun2 BN adalah lebih layak dari kebanyakan adun2 Pas.

Baguih la tu. Bai'ah bai'ah

Anonymous said...

X abih nak label melabel.bosan sungguh. Mcmana pas nak maju. Dengki la tu

Anonymous said...

Tu le erdogan tak amik selipar tokguru untuk dapat berkat

Budak Pondok Lubuk Tapah said...

Kata orang cakap siang pandang-pandang, cakap malam bisik-bisik. Bila nak nyatakan sesuatu kena jelas dan tepat, bila media lapor baru tak lari maksud.

Nasib baik Siasah yang buat laporan, macm mana kalau utusan atau yang sekategori dengannya. Tentu akan dinaggap putar belik dan ada agenda untuk burukkan Pas.

Anonymous said...

kumpulan UG sprt Hassan Ali and the geng terkilan x dpt lompat parti sebab dah terikat baiah kesetiaan. justeru jadikan orang lain sebagai sasaran.