1. PAS menetapkan sasaran untuk meningkatkan semula sokongan golongan muda terutamanya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
2. Selain itu PAS juga akan mengukuhkan Pakatan Rakyat dan meningkatkan persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 secara lebih proaktif.
3. PAS juga berusaha untuk meningkatkan sokongan bukan Muslim dengan bertindak aktif menubuhkan Kelab Penyokong PAS di kawasan masing-masing.
4. Memantapkan pendirian parti berdasarkan maklumat, informasi serta menguatkan parti di peringkat akar umbi seluruh negara.
5. Membuat pelan tindakan antaranya menguatkan kempen nasional yang bertemakan 'PAS Untuk Semua'.
8 comments:
Assalam...
...matlamat perjuangan PAS sejak dulukala lagi ialah nak tegak negara Islam sampai ada ahli yang sanggup mati kerana perjuangan ini...itu dulu, zaman Ibrahim Libya...adakah sekarang ini semangat untuk menegakkan negara Islam itu masih ada...kalau masih ada semangat atau matlamat nak tegak negara Islam, adakah Anuwar Ibrahim (PKR) dan Lim Kit Siang (DAP) merestui matlamat ini...kalau tidak tak usahlah lagi PAS bercakap tentang nak tegak negara Islam...nampak sangat penipu atas darat, tipu orang melayu kampung yang percaya dan taksub bulat2 kepada pemimpin yang pakai serbang dan jubah...
...perjuangan mesti jelas, ini tidak sekejap nak buat negara kebajikan, sekejap kata kita PAS nak kepada Islam...UMNO pula tolak Islam sebab itu itu PAS lawan UMNO...
...sebenarnya saya dah fed up dengan perjuangan PAS yang dah hilang punca dan kompas perjuangan hingga 2 TOK GURU dah berlaga sama sendiri...dulu kata UMNO tak betul tapi sekarang dua-dua TOK GURU pula masing2 kata TOK GURU yang satu lagi tak betul...kalau dah jadi macam ni, mestilah perjuangan UMNO yang betul....
waklong
mu beljor matematik duane. mesti mu dok pas matematik.
mu blajor mane, persamaan "dulu kata UMNO tak betul tapi sekarang dua-dua TOK GURU pula masing2 kata TOK GURU yang satu lagi tak betul...kalau dah jadi macam ni, mestilah perjuangan UMNO yang betul....".
korok mu.
kesian tgk pimpinan PAS, terutama yg maghi dari Terengganu. dok leh nak di tegur, meleinting sokmo.
yang bersandarkan fakta pun tak nak di terima.
lepas tu serang pembentang/tetamu.
macam "kill the messenger" sebab tak suka dengar mesej yang di bawa.
sian, sian....
1. Ungkapan ‘tidak mahu tengok muka’ oleh seorang AJK Pusat sebuah parti Islam terhadap seorang tetamu, bukan sahaja kurang manis, malah boleh dikatakan kurang ajar. Apapun, aku tidak hairan kerana dikhabarkan orang yang sama juga sanggup berkurang ajar dengan orang tua bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat. Biarkanlah, semakin hari kita semakin kenal siapa mereka.
2. Bila Prof Aziz Bari tidak mahu menulis lagi tentang PAS, siapa yang rugi?
3. Sila baca: Seminar Memperkasakan Parti – Beberapa Mulahazah dan Bukan bakaq saja yang tak dak akhlaq
4. Kepada yang belum melihat data-data yang dibentangkan oleh Dr Abu Hassan Hasbullah semalam, boleh lihat di sini (jangan klik jika anda termasuk dalam golongan primitif).
http://mudin001.com/2009/11/08/kecek-kecek-ringkas-seputar-pas/
salam, kalau matlamat satu organisasi itu untuk tegakkan negara islam, maka susahlah nak berjaya sebab tak ikut sunnah. Nabi Muhammad bukan berjuang nak tegakkan negara Islam, tapi dia berdakwah untuk manusia mentauhidkan Allah, suruh individually menjalankan cara hidup Islam. Bila dah dapat kumpul ummat yg semuanya practice Islam secara syumul, maka Allah bagi bonus..Allah bagi negara, kuasa dsbnya. Kalau kejar kuasa dan negara dulu maka terjadilah manusia2 punya perangai yg tidak mengikut cara Islam hatta semasa memperjuangkan utk tegakkan negara ISlam. Kalau tak ikut cara Islam, mcmana Allah nak bagi restu. jzkh
puak ni memang suka tabur fitnah. mu tanya sendirilah TGNA betul ke tidak Ust.ABC menjerkah TGNA. Mu tanggunglah dosa kalau ramai yang percaya.
mu baca sini betul ke tidak Ust.ABC 'buat' macam tu ke TGNA.
sila baca korok kering
http://misabah.blogspot.com/2009/11/dakwaan-palsu-penulis-blog.html.
dok hairan kalau prof ternama boleh merajuk, tak nak menulis lagi tentang PAS. Apa, kalau dia menulis orang berbondong-bondong masuk PAS. Jenis korok kering mu nih.
jgn kalah bola nak lepas geram kat sini, main tak guna otak. penonton jenis primitif macam yg Dr. Abu Hassan tu kata, nak bakar stadium konon, di kelantan mu bolehlah tunjuk gedebe.
...he he he..mu ni korok tak reti2 lagi ko, tak payah pas ilmu hisab setakat nak faham perjuangan PAS sejak dulu hingga kini...dulu kalau nak dengar ceramah TGHH kena berjalan kaki hampir 1 km sebab kereta tak dapat masuk ke tempat ceramah PAS...begitulah hebatnya aura TGHH, Mawi pun kalah...tapi semenjak PAS berkendak dengan Anuwar PKR dan LKS DAP, aura tu dah hilang...sebab apa ????
...dulu PAS kata UMNO kapir kerana berkerjasama dengan parti bukan Islam...habis punah ranah masyarakat Melayu Islam seluruh cerak rantau...sekarang PAS pula buat perkara yang sama...bukan setakat bekerjasama, malah pemimpin pula berpeluk sakan diatas pentas nak tunjuk betapa kasih dan sayangnya mereka dalam PR...UMNO yang Melayu Islam pula disumpah seranah pergi JAHANAN!!! ...ini dah masuk bab cakap tak serupa bikin...perkara yang sama, orang lain buat kita kata salah, kita buat, tak pe...pakai hukum mana ni...
...kalau setakat bertanding 60 kerusi ( belum tentu menang 100% )tak usah cakap berdegar2 nak tegak negara Islam di Malaysia ni...nanti orang kata kita nak tipu orang kampung pula ...umpama buat roket dengan buluh dan bagi tahu orang kita nak pergi ke bulan..tak pasal2 dapat dosa kering... melainkan kalau PAS dapat tunjuk bukti secara bertulis yang abang Nuar dan uncle Lim Kit Siang pun sangat2 setuju dan menyokong penuh cita2 PAS sejak dulukala nak tegak negara Islam tu...kalau tidak, berak lekat celah gelegar je le...
...kalau persetujuan itu dapat ditunjukkan, isyaAllah PRU 13 milik PR...kalau tidak, tak usahlah cakap lagi...jangan tipu rakyat...berdosa... jangan jadi macam Pak Mat tu, dok cerita ke orang dia hebat, lepas kahwin seminggu isteri lari... rupa2nya #$%&*# ...
...jangan sampai rakyat kata PAS ni peralatkan Islam untuk politik, UMNO pula peralatkan politik untuk Islam...fikir-fikirkan
waklong
Masalah terbesar PAS ialah orang Islam di Malaysia masih belum faham Islam.
400 tahun penjajahan Inggeris menjadikan orang Melayu mengamalkan Islam sekadar 5 rukun shj. Bila pergi haji, maka selesailah tanggungjawab sebagai muslim.
Satu contoh kejahilan ialah berkenaan demontrasi kuil di SUK Selangor dan tindakan JAIS keatas Dr MAZA dan AJK Masjid Andalas.
Ini wajah kefahaman Islam orang Melayu yang membolehkan UBN terus menipu untuk memerintah.
PAS wajar bergerak laju mendidik orang Melayu dgn kefahaman Islam yang syumul serta dapat mewujudkan ikatan murni dengan bukan Islam atas dasar keadilan dan kesejahteraan untuk semua.
Hari ini-UBN telah berjaya menipu rakyat Melayu dan bukan Melayu. Kepada orang Melayu-dicukupkan dengan rukun 5 shj maka kpd orang bukan Islam ditakutkan dengan undang2 syariah Islam.
Jadi-akhirnya negara menuju kearah kemusnahan apabila dipimpin oleh pemimpin pengalam rasuah yang tidak segan silu membelanjakan wang negara untuk memenuhi nafsu diri,keluarga dan kroni.
Hutang makin bertambah dikala hasil makin mengucup. kelam masa depan anak cucu.
Post a Comment