Nov 16, 2009

Pemuda Umno Kelantan Tak Cerdik

Pemuda Umno Kelantan tak Cerdik bila hantar memo kepada SPRM di Wisma Persekutuan semalam.
Kenapa tak cerdik, sebab SPRM sendiri dah buka fail untuk siasat penajaan haji kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Mengambil kata-kata Tok Guru Haji Abdul Hadi bahawa SPRM sangat peka dengan kerajaan PAS ni bila ada laporan maka mereka sangat cepat bertindak hingga 'terjun tak bertangga'.

Malahan Tok Guru Nik Ab Aziz sendiri secara tegas mengalu-ngalukan supaya penyiasatan disegerakan.

Mengimbau kejadian di Terengganu tahun 2003, ketika itu Tok Guru Haji Hadi jadi MB, satu laporan juga telah dibuat oleh Pemuda Umno Terengganu kononya ada penyelewengan pemberian konsensi balak oleh kerajaan Terengganu pada masa itu, pagi lapor petang terus siasat, akhirnya kosong dan BPR pohon maaf.

Pemuda Umno Kelantan kena fikir benda-benda yang cerdik sikit lah kalau tak ada kerja pun.Elok juga kalau Pemuda Umno Kelantan fikir macamana nak tolong Anuar Musa dan KAFA cari duit nak bayar denda kepada Perbadanan Stadium Bukit Jalil akibat penyokong Kelantan merusuh tempoh hari, itu kan nampak lebih efisyen.


3 comments:

Anonymous said...

Begitula....pemuda UmNOOO cari makan

alifauzi said...

EMM KALAU TAK ADER ALAPURAN UNTUK SIASA SPRM TIDAK SIASAT,JADI PEMUDA UMNO BETULAH TU BUAT LAPURA,YANG MUSKIL KENAPA NIK AZIZ TU BATALKAN?
KLAU BETUL BUAT BENDA BAIK TERUSSKAN LAH PG HAJI TU........
NAMPAK SANGAT TAKUT KENA SIASAT KAT SPRM....
TERUSKAN SIASA NIK AJIS NI....

Anonymous said...

ah cari makan..... upah RM50.00 sorang pun cukuplah......