Perumpaan yang sangat tidak waras dan menggunakan akal semata-mata didalam membuat perumpamaan dengan membandingkan Perjuangan Islam PAS adalah sama dengan Tun Teja, anak Dato Bendahara Negeri Pahang.
Suci sangatkah Tun Teja sehingga ada yang merampu-rampu menyamakan wanita lagenda itu dengan perjuangan PAS untuk memartabatkan Islam di Bumi malaysia ini.
Ini satu penghinaan kepada pejuang Islam, tidak waras samasekali bila perjuangan yang berpandukan Al-Quraan dan Hadith ini disamakan dengan seorang gadis yang sanggup meninggalkan keluarga dan sanggup mengikuti jantan lain meredah lautan , malam berganti siang, siang berganti malam.
Sementara bagi jantan itu pula, apa hukum apakah panduan apabila sanggup melarikan tunangan orang. Haram hukum nya melarikan tunangan orang samada untuk diri sendiri atau orang lain. Saya tidak pasti pula apa ugama Hang Tuah. Menurut satu sejarah pula Hang Tuah telah mengunakan ubat guna-guna untuk memikat Tun Teja.
Suci sangatkah Tun Teja sehingga ada yang merampu-rampu menyamakan wanita lagenda itu dengan perjuangan PAS untuk memartabatkan Islam di Bumi malaysia ini.
Ini satu penghinaan kepada pejuang Islam, tidak waras samasekali bila perjuangan yang berpandukan Al-Quraan dan Hadith ini disamakan dengan seorang gadis yang sanggup meninggalkan keluarga dan sanggup mengikuti jantan lain meredah lautan , malam berganti siang, siang berganti malam.
Sementara bagi jantan itu pula, apa hukum apakah panduan apabila sanggup melarikan tunangan orang. Haram hukum nya melarikan tunangan orang samada untuk diri sendiri atau orang lain. Saya tidak pasti pula apa ugama Hang Tuah. Menurut satu sejarah pula Hang Tuah telah mengunakan ubat guna-guna untuk memikat Tun Teja.
Inilah akibatnya sekiranya penulis hanya menggunakan akal dan nafsu semata-mata. Saya yakin penulis ini jauh sudah meninggalkan amal jamaei, walaupun dia mengaku pernah bersama Jamaah seketika dulu.
Penulis yang membuat perumpamaan ini juga sepatutnya mengetahui cerita yang berlaku semasa Tun Teja dan Hang Tuah sampai di Melaka. Apa jadinya? Selepas bermalam malam meredah lauatan , hujan dan panas [ ]akhirnya mereka berdua tiba di Melaka dengan baju dan kain yang di pakai oleh Tun Teja habis koyak rabak dek terkena ribut di lautan maka tercompang campenglah pakaiannya , terbuka sana terbuka sini, bercalar-calar tubuh beliau, akhirnya sultan Murka dengan hang Tuah bila melihat keadaan itu.
Pengajarannya, Hang Tuah sanggup membuat apa sahaja kerana 'ketaatan kepada Makhluk'
Hang Tuah sanggup melarikan tunangan orang walau berdosa
Hang Tuah sanggup meredah lautan meskipun pakaian Tun Teja Koyak Rabak
Hang Tuah membawa Tun Teja menempuh ribut dilautan walaupun sampai tercalar-calar tubuh Tun Teja.
Ye betul, Hang Tuah bertindak menghalalkan cara. Nauzubillah.
Dimanakah Kuburnya...sedangkan Nabi Muhammad pun ada Makamnya.
Dimanakah Kuburnya...sedangkan Nabi Muhammad pun ada Makamnya.
Diakhiri dengan serangkap Pantun:
Tangkap Ikan Haruan
Dapat si Ikan Keli
Kalau salah haluan
Cari Tok Guru, belajar lah lagi.
.
.
.
.
8 comments:
Dipetik dari laman http://www.malayahistory.blogspot.com
Derhakakah Engkau Jebat?
Hang Tuah bersaing dengan Hang Jebat untuk jawatan laksamana. Hang Jebat berketurunan sama dengan Sultan Mansur Syah dan juga Bendahara Seri Nara Di Raja bin Raja Benua Keling Mani Purindam. Setelah Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang berkuasa, kedudukan Hang Tuah menjadi semakin penting. Hang Tuah berketurunan Melayu daripada sebuah negeri di utara Semenanjung. Tun Perak juga telah meletakkan Raja Muhammad, putera sulung Sultan menjadi Raja Pahang tetapi bukan sebagai Raja Melaka. Keputusan itu dibuat berikutan peristiwa Raja Muhammad membunuh Tun Besar, anak Tun Perak dalam satu permainan sepak raga. Beliau melantik Sultan Alauddin Riayat Shah menjadi sultan kerana Sultan Alauddin Riayat Shah ialah anak saudara Tun Perak. Raja Munawar yang sepatutnya menjadi sultan tidak dilantik walaupun ia beribukan seorang Melayu tulen dan pewaris takhta yang lebih berhak. Sebaliknya, dia menjadi raja di Kampar.
Hang Jebat cuba melakukan rampasan kuasa namun percubaan itu gagal. Hang Tuah yang dibantu oleh Tun Perak serta pasukan-pasukan tentera dari negeri-negeri Melayu di utara semenanjung termasuk Selangor, Kedah dan Kelantan menggagalkan percubaan itu. Hang Jebat dihukum bunuh walaupun ia adik Sultan Mansur. Hang Jebat memilih untuk mati di tangan Hang Tuah.
Puak Tun Perak dan Hang Tuah terus berkuasa di Melaka sehingga zaman Sultan Mahmud Shah. Setelah Tun Perak meninggal dunia, jawatan bendahara berpindah kepada adik Tun Perak iaitu Tun Perpatih Putih bin Tun Perpatih Sedang.
Apabila Bendahara Seri Tun Mutahir bin Tun Ali, atau terkenal dengan gelaran Temenggung Seri Maharaja berkuasa, politik Melaka dikuasai oleh penyokong Hang Jebat. Penyokong Hang Jebat terus berkuasa sehingga kedatangan Portugis.
Penyokong Tun Perak dan Hang Tuah tidak berpuas hati. Mereka bersekongkol dengan Alfonso de Albuquerque untuk menguasai Melaka. Panglima Awang membantu Alfonso de Albuquerque dengan meriam, kapal perang dan pasukan tentera. Beliau dibantu oleh Panglima Hitam. Pembesar Melaka lain yang membantu Panglima Awang ialah Raja Abdullah iaitu anak kepada Sultan Munawar Shah, Sultan Kampar. 16 Julai 1511 ialah tarikh yang amat bersejarah. Ini kerana pada tarikh inilah Panglima Awang menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Alfonso de Albuquerque. Alfonso de Albuquerque membawa pasukan marinnya memasuki kota Melaka pada 24 Ogos 1511 setelah sekurang-kurangnya 25,000 buah bangunan dimusnahkan dan lebih daripada 130,000 orang terbunuh. Raja Abdullah menjadi Bendahara Melaka pertama di bawah pentadbiran Portugis.
sdri ini perlu masuk kelas "Critical Thinking" - subjek ini ada diajar di mana-mana univrsiti.
di dalam mentafsir sesuatu kisah, kita utarakan pentafsiran kita tanpa perlu menyalahkan dan merendahkan pntafsiran dan buah fikiran orang lain.
Pokoknya perumpamaan yang bercanggah dengan realiti serta jauh tersasar.
Puan tidak perlu masuk kelas kerana perkara tersebut sangat asas, teruskan...
tak payah masuk kelas critikal thinking pun, maksud dan perumpaan yg dipakai oleh org yg menulis tu tak leh pakai langsung, ini le dasar asabiyah yg tertanam dalam diri penulis perumpamaan tersebut, dendam yg tidak terpadam walaupun ada dimekah, semoga api dendam tidak membakar diri penulis ini
Satu article yang manthop. Mempunyai sindiran yang sinis bagi memahami maksud yang tersirat dan tersurat
Hang Tuah : Takkan Melayu hilang di dunia.
Najib : 1 Malaysia
PAS : PAS For All
Hang Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi tu adalah cite dongeng.
Yg betul & x dongeng ialah cite Nabi Muhammad, Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali bin Abi Talib.
Abd Hadi berjuang untuk Islam atau Melayu bila meminta SPR buat persempanan semula untuk negeri2 majoriti Melayu?
Saya dari Kelab Penyokong PAS India tidak percaya kepada Abdul Hadi. Saya lebih yakin dengan Nik Aziz.
Post a Comment