Nov 16, 2009

Ketua Wanita Umno Terengganu kena Taubat

DPPNT desak Fatimah segera bertaubat

Kejahilan membawa Padah.

Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) mendesak Ketua Pergerakan Wanita UMNO Terengganu, Senator Fatimah Hamat bertaubat dan menarik balik ucapan beliau berhubung pemimpin tidak patut mencampuradukkan agama serta politik.

Ketuanya, Mohd Nor Hamzah menyifatkan, pandangan berkenaan sebagai berfikiran sempit dalam memahami Islam yang syumul terutama pemimpin politik.

“Ini adalah fahaman sekularisme, setahu kami sepanjang pemerintahan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar, beliau tidak pernah mengucapkan perkataan seumpama itu.

“Kami merasa sangat kesal kerana masih lagi ada rakyat Terengganu yang berfikiran sempit memahami Islam yang syumul terutamanya pemimpin politik. Ini boleh menyesatkan akidah umat Islam,” katanya memetik dalam blog DPNNT.

Selain itu, DPPNT turut mendesak Majlis Fatwa Negeri Terengganu supaya bersuara bagi membetulkan keadaan.

Ia bagi memastikan masyarakat tidak terus terpesong.


* Apa Khabar Cik Gu Zali????

6 comments:

Budak Pondok Lubok Tapah said...

Islam dengan politik memag tidak boleh dipisahkan, yang kena dipisahkan ialah parti politik dengan islam. Kalau ada pandangan kata parti politik tetentu Islam dan Islam adalah parti politik tertentu boleh punanh akidah.

Antara politik dengan parti politik sangat jauh berbeza dan sangat tidak serupa walaupun sebutannya hampir sama.

penawarrindu said...

Politik itu mesti ditadbir oleh Islam.Bukan spt umno, politik yang mentadbir agama.

Salim Bkt Gemuroh said...

senator anak ustaz mesti dia faham ajaran agama kita! atau dia buat2 tak faham?

uminas said...

skalipun anak ustaz tak mesti paham agama..
Kan ke anak ustaz gak yg klua slogan Islam hadhari..
Iman tak boleh diwarisi..

kamal kk said...

saya nak tanya puan ct... yang menganggap PAS itu islam gane pulak? rosak x aqidah?

SiamangBukit said...

Saya rasa penawar rindu tak paham ape definisi politik. Dalam Islam ada tak Hadis atau Surah yang menyatakan bagaimana nak berpolitik?