Jun 2, 2009

Runtuhan Stadium vs runtuhan Masjid Bujal.

26 Mei 2005, rakyat seluruh dunia meratapi diatas runtuhan Masjid Desa Makmur, Bujal,Kemaman.
Sebuah masjid yang dibina atas tapak tanah masjid, menggunakan wang hasil derma rakyat telah diranapkan oleh tangan-tangan jahat krakusan Umno/Barisan Nasional Terengganu yang dipimpin oleh Idris bin Jusoh.

Dengan menggunakan segala bentuk jentera/mesin milik kerajaan bagi memuaskan nafsu Umno/BN supaya Masjid tersebut diranapkan.

Robohnya Masjid Bujal kerana nafsu ganas Umno/BN


Roboh Stadium Tengku Mizan juga kerana ganas dan buasnya nafsu UBN

Kini selepas empat tahun keganasan, kezaliman, kerakusan dan nafsu jahat terhadap rumah Allah itu, sekali lagi rakyat dunia melihat satu bagunan yang berdiri megah, tersergam indah, menjadi kemegahan, segala impian menjadi realiti,kita tak cakap kita buat, sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh rakyat.Sebuah Stadium yang tercanggih dan terbaik di Asia Tenggara, satu-satunya stadium di Asia yang bumbung tidak menggunkan tiang tunduk menyembah bumi.Tidak dengan jentolak, malah tukul dan pahat yang kecil juga tidak digunakan.Kuasa Allah boleh melakukan segala-galanya.

Terfikirkah Idris Jusoh. Ahmad Said, Rosol Wahid, Khazan c Mat termasuk Omar Mat bahawa Allah maha berkuasa.

Sebuah Masjid yang menggunakan simen dan kayu diderma oleh rakyat dirobohkan dengan Jentolak Kerajaan, sedangkan sebuah bangunan di begitu kukuh dan gagah yang menjadi kebangaan, roboh menyembah bumi tanpa apa-apa tindakan dan usaha tangan manusia.Kalau Umno/BN nak tahu itulah kekuasaan Allah.Kekuasaan dan ilmu Allah itu jauh mengatasi kebijaksaan manusia, walau mereka ini mempunyai Ph.D dalam bidang pembinaan sekalipun.
-Fikir-fikir dan renung-renunglah...

6 comments:

Anonymous said...

owoss banyoknya posting ttg stadium rutuhh.....

Anonymous said...

wak okk lain jerr....apa masalah.....http://www.youtube.com/watch?v=lwtbhqt9L84&feature=related

putrarahman said...

Assalamualaikum

Terima kasih kerana kunjungi blog saya. Sekadar catatan untuk tatapan anak cucu dimasa datang.

Pasal Masjid Bujal yang diruntuhkan itu, boleh tak ceritakan serba sedikit sejarah pembinaannya dan sebab ianya diruntuhkan.

Pasal Stadium runtuh tu, saya fikir disebabkan mungkin kegagalan rekabentuk dan kecuaian dalam proses pembinaan bumbung tersebut.

al-brangi Online said...

itu baru bumbung runtuh, belum lagi akhlak rakyatnya

Anonymous said...

utk DHOM IRKUS : zaman pas ngetah mana sempat buat masjid jika ada masjid pengadang baru yg siap dlm PAs ngetah. Masjid bujal bukan sebenarnya masjid. ia adalah markas pas. Markas ini dibuat di kawasan yg tiada penduduk dan jauh drp jalan besar terletak di kijal. Di roboh kerana dibina ditanah orang lain. Siapa sanggup nak runtuh rumah Allah?..Tak baik fitnah kat orang..dosa tau buat cerita tak betul. Sebab saya ada sendiri masa kejadian.

Anonymous said...

hoi anonymous (9/6/09), ko ada ditempat kejadian? kahkahkahkah. nk kelentong agak2 ler. takkan la bodo sgt, mesjid dibuat kt tanah org lain secara menceroboh, logic la sket. kalau dibuat solat 5waktu bjemaah,, solat jumaat, tu bkn dipanggil mesjid ke? mesjid tu hasil derma org ramai, dan diimarahkn org2 pas, ape masalahnya? sbb ia menjadi tmpt org2 pas brkumpul je tros declare sbg markas. kalau markas sekalipun, tmpat tu ialah mesjid sbb org buat solat frdhu brjemaah, wat solat jumaat. jd yg dirobohkan ni ialah mesjid!!! bila nk gnti balik woi? nk tnggu smua bgunan kt ganu roboh ke bru nk phm?