Jun 3, 2009

Menjelang Muktamar 55 (5)

Calon calon Jawatan PAS, hindarkan kempen Melampau

Muktamar Pas ke-55 sudah terlalu hampir.
Tumpuan banyak ditujukan kepada pemilihan jawatan timbalan Presiden yang menyaksikan 3 calon menawarkan diri untuk berkhidmat kepada Parti.
Selain itu jawatan Naib Presiden juga menampilkan 5 calon juga menawarkan perkhidmatan kepada jamaah ini.

Jawatan ketua Dewan Muslaimat juga seperti tradisinya setiap penggal ada perlawanan dan setiap penggal itu juga ada perubahan dan pertukaran saf kepimpinan.

Kepada semua calon, ingatlah akan tradisi pemiliahan Pas.Kebanyakan calon-calon yang bertanding ini adalah bergiat aktiv semasa di kolej dan universiti, ingatlah semasa itu bagaimana kita menghadiri muktamar pemilihan, kita benci kepada kempen yang melampau, kita kutuk umno yang menggunakan surat-surat layang dalam kempen mereka.Masa sudah berlalu, suasana sudah berubah, kini kempen sudah beralih kaedah tiada lagi surat layang, tiada lagi bisik-bisik, tiada lagi sok sek sok sek.Kini sms, kini laman blog, kini menggunakan bilik-bilik berhawa dingin.

Sebagai calon kepada kepimpinan sebuah gerakan islam hindarkan, jauh kan lah dari berkempen yang melampau :

1. Hindarkan dari mengumpul perwakilan menjamua mereka, lalu memburuk-burukan calon lawan.
2. Hindarkan menggunakan media arus perdana[ yang sah milik musuh] untuk menonjolkan diri dan memburukan calon lain.
3. Jauh sama sekali menggunakan mana-mana blogger yang tidak diketahui hujung pangkal penglibatan dalam Jamaah.
4. Jauhkan juga menggunakan nama Pimpinan tertinggi samada Mursyidul Am atau Presiden.
5. Haramkan lah menggunakan wang untuk menarik perwakilan memilih kita.
7.Jauhkan sekali-kali bangga diri , angkuh, ego.
8.Hindarkan sama sekali memburukkan calon-calon lain yang bertanding.

Bukan kah kita adalah Jamaah islam, ada akhlaknya, ada saksiyahnya, ada uslubnya, ada panduanya , ada kaedah dan adat-adat dalam Jamaah.

-Selamat Bermuktamar-
Berhati-hati dijalan Raya.

3 comments:

shimara said...
This comment has been removed by the author.
shimara said...

Siapa sudari sebenarnya. Saya ingin mengenali saudari dengan lebih dekat lagi, itupun kalau saudari sudi menerimanya.

shimara said...

Saya telah baca lapan perkara berkaitan dengan pemilihan pimpinan PAS seperti yang saudari jadikan panduan didalam pemilihan pimpinan. Namun begitu seperkara yang perlu dijadikan ingatan adalah kita jangan sesekali memilih pimpinan yang tidak punya hala tuju dan perjuangan yang tidak memberikan impak dan kelansungan perjuangan kearah perubahan yang drastik yang sedang melanda Malaysia kini. Generasi muda kini menjadikan latar belakang kepada perunbahan nyang berlaku. Semoga Perwakilan PAS dapat memilih pimpinan yang benar-benar memahami matlamat tersebut.