Jun 24, 2009

Rosol Sudah berpatah Arang?

Melihat kepada suasana politik Terengganu, jalan amat sukar bagi ketua Perhubungan impot Terengganu, Hisyamuddin Husin untuk menemui jalan damai.

Seperti yang disebut sebelum ini selesai bagi puak deris adalah apabila Ahmad Said digugur dari menjadi MB dan damai bagi puak Ahmad Said apabila puak Idris mengakui dan menghormati bahawa beliau adalah MB Terengganu.

Bagi penduduk Hulu Terengganu keretakan antara Rosol Wahid, bekas SU Perhubungan Umno Negeri, bekas timbalan Ketua Umno Hulu Terengganu, yang juga bekas exco amat nyata dan sangat jelas.Sebagai Pengerusi Kelab penyokong, mana mungkin tidak dapat bersama-sama MB apabila MB turun di DUN kita sendiri, malah lebih dari itu MB Ahmad Said telah turun ke kampung asal beliau.

Kelibat Rosol tidak dilihat oleh pengundi beliau bersama MB di dua majlis didalam Dun Ajil.Pertama ketika Ahmad Said merasmikan mesyuarat Agung tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan Bukit Diman dan di sempurnakan di kg Bukit Diman itu sendiri. Dimana adalah merupakan kampung asal Rosol Wahid, walaupun kini beliau tidak tinggal didalam dun tetapi menetap di Dun Kuala Berang.

Tidak menjadi pelik sekiranya ketidakhadiran Adun itu berlaku di Bukit Payung atau di Dun Sura.

Majlis pemberian e-Book untuk pelajar sebuah sekolah di Dun Ajil minggu lepas juga tidak dihadiri oleh Rosol WAhid.Kelibat beliau tidak kelihatan, beliau dijemput, namun atas rasa "Dok Leh temu bulu" maka beliau tidak hadir dalam majlis itu.
Kalau beginilah sikap beliau dengan sasama umno, tak tahulah bagaimana perasaan beliau dengan orang-orang pembangkang?
Kejujuran, keikhlasan bukan sesuatu yang boleh disebut atau dicoret-coret, akan tetapi ianya terletak pada hati.
Adakah Rosol Wahid sudah berpatah Arang ? Tunggu episod seterusnya.

Dua majlis di Dun Ajil ini tanpa Rosol.

4 comments:

Anonymous said...

Menjaga lisan bisa dilakukan dengan 2 cara, yaitu dengan berkata baik atau kalau tidak mampu maka diam. Dengan demikian diam kedudukannya lebih rendah dari pada berkata baik, namun masih lebih baik dibandingkan dengan berkata yang tidak baik.
Berkata baik terkait dengan 3 hal, seperti tersebut dalam surat An-Nisa’: 114, yaitu perintah bershadaqoh, perintah kepada yang makruf atau berkata yang membawa perbaikan pada manusia. Perkataan yang di luar ketiga hal tersebut bukan termasuk kebaikan, namun hanya sesuatu yang mubah atau bahkan suatu kejelekan. Pada menjaga lisan ada isyarat menjaga seluruh anggota badan yang lain, karena menjaga lisan adalah yang paling berat.

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Kalau ayah jid ( TGNA ) dgn ayah cik ( TGHH ) tak sependapat dakperr..kalu org umno tak sampai pon peringkat mengeluar kenyataan pon sudah dianggap tidak sebulu...saloh orang demo napok....apa cerita ni......bagi komen sikek....

Anonymous said...

Krisis dalam PAS: Siapa yang Gembira?
21 June 2009

Nuffnang Ads
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Tulisan ini bukan untuk UMNO. Bukan untuk Najib, Muhyiddin mahupun Hishamuddin. Tulisan ini untuk PAS, untuk Tuan Guru Presiden, untuk Timbalan Presiden. Tulisan ini juga untuk Tuan Guru Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am. Juga untuk semua AJK PAS Pusat, AJK Perhubungan Negeri dan AJK Peringkat Kawasan. Tidak lupa untuk semua kepimpinan di peringkat cawangan. Pendek kata, tulisan ini untuk semua ahli PAS, penyokong dan pendokongnya.

Tulisan ini bukan mahu mencari siapa benar dalam isu yang melanda pimpinan. Tulisan ini juga bukan mahu membuka siapa benar dan siapa salah. Tapi tulisan ini mahu mengingatkan samada yang benar, mahupun yang salah, apa yang kita sedang hadapi ini perlu diinsafi dan perlu dimuhasabah kembali.

Aku percaya sesiapa sahaja yang mengikuti tarbiyyah, memahami PAS dan bersama dalam PAS dengan ikhlas akan merasa sedih dengan apa yang berlaku. Tidak kira dia berada di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor mahupun berada di Selangor. Tidak terlepas di Kedah, Perak, Penang dan seluruhnya di Malaysia ini sewajarnya berasa sedih dengan apa yang sedang dihadapi dalam jemaah kini.

Namun, di sana ada satu pihak yang bernama UMNO sedang bergembira dengan apa yang berlaku dalam PAS ini. Gembira UMNO mungkin gembira sepertimana syaitan berjaya menyesatkan manusia. Mungkin UMNO merasa suatu kemenangan dengan isu dan permasalahan ini berjaya dibelit-belit di kalangan pimpinan PAS.

Kita tidak pelik dengan gembiranya UMNO. Kita tidak pelik jika UMNO merasakan mereka tiba-tiba mendapat suatu kemenangan dalam memecah-belahkan pimpinan PAS. Kita tidak pelik kerana UMNO adalah musuh PAS. UMNO gembira PAS berpecah dan dilihat lemah.

Apa yang pelik, selain UMNO dan sekutunya, ada pihak di dalam PAS merasakan krisis yang berlaku ini suatu KEMENANGAN juga buat mereka. Mereka tidak melihat apa yang berlaku ini sebagai sesuatu yang menyedihkan, tetapi adalah sebaliknya! Pada mereka, ini suatu kegembiraan, suatu kemenangan dan suatu perjuangan.

Malapetaka yang besar bagi PAS jika wujudnya golongan sebegitu. Jika ianya wujud di peringkat penyokong kecil dan ahli biasa-biasa, mungkin ianya tidak terlalu teruk. Jika ianya wujud pada peringkat pimpinan pertengahan, pimpinan negeri dan pimpinan Pusat, maka marilah sama-sama kita doakan agar pimpinan-pimpinan kita itu diberi kesedaran.

Wallahua'lam.

p/s: Ada yang mengatakan ada rakan-rakan blogger yang menyampaikan 'kegembiraan' pimpinan tertentu. Malang lah rakan blogger tersebut dan marilah kita juga doakan mereka kesedaran.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Krisis kepimpinan mmg melanda dunia dewasa ini. Sama juga dengan krisis ekonomi dunia tapi kita masih bersyukur kerana tidak seteruk apa yang berlaku waima dinegara jiran kita sendiri.Tidak hairanlah tempias sedikit sebanyak berlaku didalam negara kita....Alhamdulillah Allah masih menyayangi kita.....Alhamdulillah...