Jun 30, 2009

Melancung ke Utara - 10 Budak Hitam

Beberapa hari tidak update laman kerana menghantar anak sulong kami yang dapat menyambung pelajaran sebuah IPTA di Utara tanahair.
Kami bertolak seawal pagi jumaat menuju ke utara melalui jalan Kenyir- Gua Musang.Jalan agak teruk berlubang-lubang.Mungkin akibat hujan dan dilalui oleh lori Balak.
Sengaja kami melalui jalan tersebut kerana kami berniat untuk bermalam di Gua Musang dan mendengar ceramah 2 tok Guru di Manik Urai Lama, sempena pengisytiharan calon PRK Manik Urai.

Selepas solat maghrib di hotel yang didiami kami menuju ke Manik Urai.Ceramah di adakan di sebuah padang bola sebelahan Markas PAS dan di depanya bilik gerakan UBN.Jalan menuju ke tempat ceramah sangat sempit, ye jalan kampung, seperti juga jalan jalan pertanian di kampung kami di Kuala Berang.

Kebetulan semasa kami tiba, kedua-dua tok guru baru saja naik ke pentas dan ketika itu kalau tak silap YB Fatah Harun dari Rantau Panjang sedang berucap. Suasana ceria bercampur hiba bila kedua-dua Tok Guru berpeluk di pentas dan dipenuhi dengan jurugambar. Ini lah kali pertama saya dapat melihat secara live 2 orang tok guru ini berpelukan. Tanpa saya sedari saya sendiri merasa hiba dan beberapa titik airmata saya menitis. Inilah hebatnya 2 tokoh ulama' ini. Mereka tidak lama berselisih pandangan, mereka tidak boleh terus menerus biarkan ruang untuk iblis dan syaitan menyusuk masuk. Mereka memimpin gerakan Islam. Dibahu mereka diletakan harapan ummah.
Beberapa pemimpin PAS Kelantan dan pemimpin Pusat nampak sayu dengan kejadian tersebut.
Diharapakan selepas ini tiada lagi sengketa ini, tiada lagi tuduh menuduh antara pimpinan dan ahli.Sungguh-sungguh juga diharapkan juga suapaya tiada lagi budak-budak nakal seperti 10 budak Hitam di parlimen tempoh hari.
Apajua alasan, apajua hujjah, tidakan 10 budak hitam itu sangat tidak syari'e. Sengaja untuk mengeruhkan suasana, sengaja untuk memalukan Jamaah, sengaja untuk menonjol diri. Mereka meraka ini perlu dipanggil oleh pimpinan untuk dinasihati, mungkin mereka merasa mereka sangat hebat sebab mereka ini ahli Parlimen. Hinggakan mereka boleh hilang pertimbangan .Yang doktor-doktor ni pula nasib baik dah tak duduk klinik atau hospital.Kalau beginilah cara berfikir dan bertindak, oh....pesakit mana lah yang malang akan menjadi mangsa.



Insaflah....

17 comments:

al-brangi Online said...

tahniah kerana anak dpt masuk univ

Anonymous said...

Di bhau Dato' Najib juga ada tanggungjawab membela ummah. Anda mahu nafikannya?

View Profile: Rantong™

Anonymous said...

watpe x g hntar darul taqwa atau kudqi ke? cakap tak serupa bikin o...

Anonymous said...

Nak juga masuk ke universiti berpendidikan sekular, torut dan macam-macam lagi....akhirnya ke universiti di bawah kepimpinan BN juga....kalau sayalah rasa malu juga.....lepas hentam macam-macam dengan sistem pendidikan kerajaan, akhirnya ke universiti kerajaan juga...Tak takut ke dipengaruhi oleh sistem pendidikan sekular,kapir laknat dan sebagainya yang di tohmahkan oleh pembangkang?...jawab cik siti jawabb........Sabarjer lah dengan perangai cik siti ni.....

penawarrindu said...

Terima Kasih buat pengomen semua...
Itulah orang mengaji kamu tak mahu.
Ingat tak hadith nabi yang bermaksud
"Tuntutlah ilmu hingga ke Negeri Cina" Ingat? kalau tak ingat cari Ramli Noh atau Khazan Che Mat.Masa nabi suruh belajar di Cina tu belum pun ada masjid lagi di negeri itu.Sementara soal membetulkan sistem pendidikan yang salah pula adalah kewajipan.Perlukah nak ceritakan di sini ada anak kami yang belajar di D.Taqwa ke? D.Quraan ke Kudqi? perlu ke?

Tangkap Ikan Haruan, dapat si ikan Keli, Kalau salah haluan, cari tok guru belajarlah lagi".

Anonymous said...

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته...:)(salam sejahtera kepada kamu)....Terima kasih yang tak terhingga juga kepada cik siti...Ingat tak cik siti hadith nabi yang bermaksud
"Tidaklah berterima kasih kepada Allah jika kita tak berterima kasih sesama manusia"...Cik siti sedikit pun tak berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi ruang dan peluang untuk cik siti dan anak2...malahan terus mengutuk kerajaan..Saya ni tak setinggi mana ilmu agama kalau nak dibandingkan dengan cik siti...Insyalaallah saya akan terus belajar dan belajar lagi..Terima kasih sekali lagi kepada cik siti sebab saya dapat menggunakan blog cik siti.....walaupun logo cik siti dan logo saya tak sama...Semoga cik siti sentiasa dilindungi Allah hendaknya....

Anonymous said...

Cik siti memang seorang yang kuat mengaji..( mungkin di kuala berang cik siti yg paling kuat mengaji )taklah macam org yang logo bertentangan dengan cik siti ( pada firasat cik siti la saya rasa )...tapi apa guna ilmu tanpa amal.. Lagi parah jika ilmu itu tidak dapat menjaga kita dari mengata orang lain. tak sekuat cik siti mengaji....

Anonymous said...

puan CT
tuntutlah ilmu hingga negeri cina tu hadis ke?

Anonymous said...

Tangkap Ikan Haruan, dapat si ikan Keli, Kalau salah haluan, cari tok guru belajarlah lagi".

pakai umpan lipas teruslah lontar
kalau tok guru PAS tobat aku tamboh belajar..

mengarut..

Nor Nadirhah said...

Salam kak siti,
Mengena juga ye perangkap kak ct, sebaris kak ct Komen berterabur pulak mengomen.

Ingat kak Ct, Mashitah pun makan Gaji Dengan Firaun....
Tapi beliau tentang firaun.
Soalan saya, mana jahat Firaun dengan Kerajaan BN?

Mamatkeling said...

Biar pun tak mahu belajar Agama dengan Tok Guru PAS.
Namun kalau untuk menjadi imam solat, aku lebih redha berada di belakang Harun Taib daripada belakang Ahmad Said, aku lebih redha menjadi makmun kepada hj hadi daripada belakang Najib atau Muhyiddin.
Aku lebih rela berada belakang Us Nasrudin Tantawi dari belakang Khairi Jamaluddin.
ahhhh.....

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Ada ke nabi kutuk kerajaan negeri cina?....(larangan makan babi ada lah)....Macam firaun ke kerajaan sekarang ni? Berapa ramai anak-anak lelaki rakyat malaysia yang dibunuh ketika masih bayi lagi? supaya tak muncul pemimpin yang boleh menggugat kerajaan BN. Saya lihat tadika PASTI masih berjalan seperti biasa..yang ada cuma berita tadika yang dibakar serta dikunci macam kes tadika KEMAS....Sapa yang lebeh darjah kefiraunan ( saya tak kata tapi cuba fikir? )Kalau dapat tadbir malaysia tak tahulah jadi macammana? Bakar hidup-hidup kot budak2 tadika tadi....Bila masa pulak khairil Jamaluddin jadi Imam Bilal? Kalau ya Masjid mana? Sapa-sapa pun boleh jadi imam bilal kalau cukup syarat dan rukunnya....?Tak paham la saya blog awk nii...Belajar lagi ya...Saya pun nak pegi belajar nii( Rukun2 dan syarat2 menjadi Imam bilal sembahyang jumaat )Apa kata awak terbitkan artikel Syarat-syarat serta rukun2 menjadi Imam dalam blog ni..ada jugak pekdahnya...wassalam

Anonymous said...

PS: puratanya tiap-tiap minggu solat jumaat di masjid Mahmoodiah Kuala Berang...Alhamdulillah..tak ada masalahpon....:).....

JlnPusarak.berang said...

purata apa pulak tuan? solat jumaat ada purata ke?

Anonymous said...

Maksudnya kadang2 aja solat jumaat dimasjid lain..:)...maaflah kalau tersalah pemahaman...mungkin saya silap dan mungkin juga pembaca yang yang tak faham.....Takbirrrrrrrrrrrrrrrr.......:)....

Anonymous said...

orang tanya tu kat ct weh... hadis ke apa tuntutlah ilmu ke negeri cina tu?

mamatcina said...

Kak Ct tuls hadith ke apa?