Jun 21, 2009

Email dari pengunjung, luahan perasaan.

Satu email yang saya terima tengahari tadi, penilaiannya terserahlah pada tafsiran masing-masing.Saya sebenarnya cuba sedaya upaya saya untuk tidak lagi terlibat dalam mengulas kekecohan yang berlaku sehari dua ini, namun oleh kerana bidang cyber telah menjadi sebahagian hidup saya, hakikatnya saya tidak mampu untuk berbuat demikian.

Bacalah petikan email ini:-

"Walau apa pun yang berlaku selepas ini, orang ramai sudah tidak kisah. Personaliti Ust.Nasa sudah tercalar. Maruah dia juga telah tercabar kerana menjadi MP Bachok. Perasaannya telah terguris sebelum ini telah ditambah pulak dengan tindakan Geng MP 10 PAS yang boleh dianggap 'kebodohan'.Apa sangat jasa mereka kpd PAS? Mereka boleh dianggap VIP dalam PAS. Pernahkah mereka merasa kepenatan membersihkan kawasan sblm ceramah dibuat? Dimanakah mereka semasa kami terpaksa kutip duit untuk mengadakan kenduri meraikan pemimpin PAS selepas ceramah? Berbanding ceramah mereka, kami lebih memahami isipati ceramah yang dibuat oleh arwah Ust. Bunyamin."

"Bermulanya kekalutan dlm PAS sejak ada orang yg gilakan jawatan Timb.Presiden PAS. Mengapa 'dia' berdiam diri skrg? Gembirakah dia? Saya sebagai rakyat Kelantan dan bekerja dgn sebuah anak syarikat Kerajaan Kelantan amat mengenali perangai orang berkenaan. Semasa duduk di KL dulu saya amat meminati EXCO berkenaan, tetapi sejak balik Kelantan dan bekerja dgn syarikat kerajaan negeri, saya tak pernah lagi mengkagumi 'dia'. Ramai sahabat2 saya bersimpati dgn Ust.Nasha kerana memahami keikhlasan hatinya berjuang utk PAS."

-Bersabarlah-

5 comments:

DIHAW DBA said...

ana juga setuju dgn penulis email ini... simpati pd Ust Nasha, dan kenapalah tiba2 je wujud 'geng 10' tu. ana berpendapat isu ttg kerajaan perpaduan ni telah dihangatkan oleh media2 yg kita mmg tahu cuba dan akan terus cuba utk memecahkan PAS, PR dan tak salah klu nak kata media inilah yg akan merosakan pemimpin2 PAS yg kita agungkan. Tapi... penulis email terfikirkah dgn menulis email ini, penulis juga cuba menjadi 'geng 10', cuba memihak atau cuba menunjuk simpati terhadap ust Nasha?. Dalam parti yg cukup gah sekarang ni, Pemimpin2 yg mmegang kuasa dan kedudukan tertinggi parti seharusnya tau apa yg nak diutarakan dan apa yg boleh dimasukkan dlm teks ucapan. Ust Nasha tak bersalah melontar idea, TGHH pun tak salah mencetus idea, tapi idea sebesar itu, yg melibatkan satu pakatan dr sebelah yg menentang dan ada satu pakatan lain cuba dibentuk memerlukan kata putus dr semua org. TGHH cuma mencetus idea, kesilapannya adalah Ust Nasha pula cuba bercakap diluar parti, diluar muktamar seolah2 sbg hero utk 'kerajaan Perpaduan'.... sedarkah beliau itu cuma idea, tp dia bercakap seolah2 perpaduan itu akan wujud dan telah dipersetujui semua ahli PAS. Jadi jgn tnujkan simpati pd Ust Nasha, jgn menyebelahi TGNA, TGHH dan mana2 pehak, tggu saja perjumpaan ahli tertinggi parti memutuskannya. Kita semua sayangkan PAS, sayang Ust Nasha, TGHH, TGNA - bersama2 kita cuba selamatkan PAS, selamat semua -

Mohamed Ali said...

Saya bersetuju dengan pandangan YB Dato Mahfuz Omar supaya Ust Nasharudin berjumpa dengan Tuan guru Nik Aziz untuk memberi penjelasan yang jelas kepada Tuan guru supaya isu ini tidak berpanjangan yang akan mudah diputarbelitkan oleh media pro umno supaya pimpinan dan ahli-ahli pas berpecah.t.kasih

dperantauan said...

Mereka cuma memberi sokongan kepada Mursyidul Am. Tak benar kalau nak label mereka sebagai VIP. Mereka juga banyak sumbangan pada PAS. Mereka sering turun padang terutama dalam demo menentang kemungkaran.

Mereka juga bertanggungjawab dalam memberi imej PAS yang mesra dengan pelbagai lapisan masyarakat, terutama dalam menjayakan PAS For All.

Mereka inilah yg menjadi harapan Al Marhum Ust Fadzil Nor - memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional

Anonymous said...

mengarut ler email tuh, nampak sgt masih nak menyerang husam lagi dan nak naikkan mereka yg promosikan UG.

Anonymous said...

aku pun seperti mu...aku tahu semua pimpnan yang di angkat bukanya orang bodoh...tp pimpinan yang pentingkan poketnya dan kuasa kini telah hilang akhirnya dia menjadi gila kuasa