Aug 2, 2009

Wakil Rakyat Yang Tak Cukup Makan


SPRM Tahan Adun Terengganu Kerana Disyaki Terima Rasuah

Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu Ahad ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.

Adun berkenaan dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur.

Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada Adun berkenaan.

Ketika ditahan, Adun berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan Adun terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.


- Tak sangka masih ada Adun Terengganu yang kelaparan dan kedarah pitis Haram

12 comments:

Anonymous said...

macam dato anwar jgak... belum g mahkamah belum tahu salah ke tidak...
jangan cepat sangat menghukum.. kita bukan Allah...

Anonymous said...

yalahhh...kalu balik dia tak sampai 24 jam berita ok buruk2 kluor ikut blog...kalu betul...ini menunjukkan sprm buat kerja dgn betul...tak kira laa dia tu parti kerajaan ataupun pembangkang. Dok gittu....

al-brangi Online said...

berlakon je tu. Bile cara, bebaslah dia, dok cukup bukti konon

Ramli Abdul Halim (Melikapakjangak) said...

Dari mana Ustazah dapat gambar real dalam posting Ustazah ni. Jarang orang ada duit lambak atas lembek macam ni. Saya rasa untuk posting-posting akan datang Ustazah kena catatkan sumber gambar real begitu kerana ianya boleh mendatangkan syak dan membahayakan Ustazah sendiri.
Salam perjuangan. - Ramli Abdul Halim

Anonymous said...

Betul jugak tu en.ramli....nak kata duit hantaran takkan sampai banyak tu...duit yg dikutip dari ceramah kot...(ok kutik dalam supik rokrak kot masa ceramah)

orghulutrg said...

Duit lobi projek di Kuala Lumpur lah tu....

Anonymous said...

Hahaha.....itu dok peretoh seluroh malaysia lagi..kalu peretoh seluroh malaysia bukang takak ambik gambor pitih atah katil..ambik gambor atah lori kot?berguni2........huhuhu.........

Pembela said...

Agak-agsk buleh muat ko duit komisyen kapal selam C4 atas katil tuh?

Anonymous said...

Apakehal pulak kapal selam dengan blog dari hulu teganu...tak faham la....dah lari dari jadual dah nii...Alhamdulillah terima kasih sebab tuduh pencacai..semoga Allah membuka pintu hati kalian untuk buat perkara yang lebih memberi pahala dari dok kutuk ke orang.Alamakkkkkkkkkkk...kena tukar perkataan tu sebab tak layak..satu lagi yaa nak ajar alamakkk nii...bila rasa nak marah ambil wuduk ya...itu yang nabi ajarkan.....huhuhu.......

Anonymous said...

Ini ke yang diasuh oleh alamakkkkk....tataula nak kata apa...Jommm kita semua membanyakkkan amal sempena nisfu syaaban sebagai persediaan untuk menyambut ramadhan....jangan dilayan sangat alamakkk nii...tahun depan belum tentu lagi dapat berjumpa dengan ramadhan...meh2 jomm.........

Anonymous said...

Rasa-rasanya pembela maksudkan duit komisen kapal selam yang najib altantuya belasah dulu

Duit tuh rasanya dah habis jadi taik najib la

tak ikut perkembangan dunia sekitar la tuh,sebab tuh tak tau apa-apa pasal kapal selam

pencacai macam katak bawah tempurung la tu

Gedong Lalang said...

Salam sejahtera pembaca budiman.

SPRM maseh menahan reman ADUN BN bersama rakannya selama 5hari lagi. Siapakah ADUN tersebut beliau orang Mat Said atau Idris Jusoh.

Jika beliau orang BN SPRM akan membebaskannya atau melewatkan pendakwaan di Mahkamah sekurang kurangnya hampir dengan PRU13. Jadi jika beliau didapati bersalah tiadalah diadakan PRK. Jika ADUN Pakatan Rakyat SPRM akan membuat dakwaan secepat mungkin untuk mengosongkan kerusi tersebut.