Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini mengesahkan bahawa Datuk M kayveas - dan bukannya bekas ketua Pemudanya, Datuk T Murugiah - sebagai presiden PPP yang sah.
Ini bermakna Timbalan Menteri di Jabatan najib adalah seorang ahli parlimen BN tetapi tidak ada keahlian dalam mana-mana parti gabungan BN.
Ini bermakna BN sudah ada menteri yang juga senator bebas.
Ini berlaku selepas pendaftar pertubuhan juga mengesahkan bahawa pemecatan Murugiah dari PPP oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh kayveas adalah sah dan berkuatkuasa.
Dalam mereka membesar-besarkan sedikit selilih faham antara anggota parti pakatan di Selangor, tetiba ahli dewan negara yang juga timbalan menteri telah terpelanting dari parti PPP dan sekaligus juga sudah tidak menjadi ahli mana-mana parti.
Mungkin Umno boleh selamatkan T-Murugiah dengan mempelawa beliau untuk menyertai mana-mana parti gabungan, tapi macamana pula nanti tindakan Datuk M kayveas yang merupakan presiden PPP yang sah.Sudah pasti beliau akan membuat bantahan kerana kerusi tersebut sememangnya diperuntukkan kepada PPP.
Taufan melanda di sebelah pantai, tapi rumah di gunung yang runtuh....Malangnya.
1 comment:
iyer ker lagu tue, bukan ker mr muru gie..ah tue senator ker...dia memang dah kener buang di Parti Pusing Pusing,yang pastinya dia juga bukan wakil mana-mana kawasan parlimen...hmnnn...ahli berkecuali laa kot..kekeke
Post a Comment