Aug 23, 2009

Dah lah abaikan Isteri, berbohong pulak

Siakap senohong, gelama Ikan duri
Dengan isteri cakap bohong, duit koperasi dikebas lari

- Ketua Pemuda PAS sekali lagi membangkitkan kezaliman Rohaizat terhadap isterinya. Nasrudin menegaskan kenyataannya itu melalui blog pribadinya http://episodeperjuangan.blogspot.com. Sebelum ini beliau pernah mendedahkan perkara ini ketika sidang media di Kg Pelek, Permatang Pasir.

"Dengan segala kerendahan diri dan berat hati , saya tegaskan kenyataan saya di sini demi membela insan lemah yang bergelar muslimah sekalipun terpaksa merempuh dinding kebal keegoan seorang insan yang bergelar lelaki," kata beliau

Menurut beliau, kezaliman adalah suatu jenayah dan kesalahan yang besar terutamanya apabila ia dilakukan oleh seorang yang mengaku muslim dan merupakan seorang pemimpin.

Tambah beliau, peribadi pemimpin pula mestilah mulia, berakhlak tinggi, moral yang terpelihara, bertanggungjawab, adil dan hatinya bersih, kerana akan menjadi ikutan ramai.

Ustaz Nasrudin menjelaskan bahawa Isu yang beliau dedahkan baru-baru ini adalah berkait kes penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan oleh calon BN di N.11 Permatang Pasir ke atas seorang muslimah yang dikahwininya sebagai isteri kedua beliau, dan ia bukanlah bermotifkan politik tetapi melibatkan nafsu buas orang politik yang tidak kenal dosa dan pahala .

"Isu yang saya timbulkan ini bukanlah bersifat peribadi tetapi melibatkan peribadi seorang pemimpin yang cuba melindungi kejahatan dan kezalimannya disebalik aksi berhemah seorang ahli politik yang ingin memenangi kerusi dalam pilihanraya untuk memimpin rakyat dan masyarakat," jelas Nasrudin yang juga menetap di Pahang negeri asal Hafizah.

Nasrudin juga turut menceritakan bahawa Hafizah sendiri telah mengadu hal nasib malang yang menimpanya kepada Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sejak setahun yang lalu.

Walaubagaimanapun Dato' Tuan Ibrahim yang juga naib presiden PAS tidak mengetahui siapakah suami Rafizah itu dan hanya menasihati Hafizah supaya bersabar.

Sehinggalah beberapa hari yang lalu , Puan Rafizah memberitahu Dato' Tuan Ibrahim bahawa calon BN, Rohaizat Othman itulah suaminya.

Selepas itu Nasrudin terus bertemu dengan kedua ibubapa Hafizah bagi mendapat gambaran yang lebih jelas . "Ya ! hanya linangan air mata dari sang ibu yang sangat memahami betapa derita yang ditanggung oleh anaknya sejak bertahun yang lalu." kata nasrudin menggambarkan penderitaan yang dialami Hafizah.

Meskipun telah dikahwini secara sah oleh Rohaizat, Hafizah digantung tidak bertali malah diperlakukan tidak ubah seperti perempuan simpanan selain tidak diberikan nafkah zahir dan batin selama 7 bulan berturut-turut, cerita Nasrudin.

Ibu Hafizah berkata kepada Nasrudin bahawa anaknya hanya dikunjungi suaminya sebanyak 2 kali dan itupun hanya sekadar beberapa jam , kemudian terus bergegas pergi meninggalkan isterinya.

"Isu besar yang saya bawa ini ialah isu kezaliman dan penginayaan ke atas seorang wanita muslimah yang lemah tidak berdaya oleh seorang lelaki (bergelar suami) yang sepatutnya memberikan keadilan, kasih sayang dan haknya sebagai seorang isteri yang sah," jelas Nasrudin.

Menurut Nasrudin apa yang dikehendaki oleh Rafizah ialah supaya suaminya mengakui beliau sebagai isteri yang sah dan kembali berlaku adil serta memberikan haknya sebagai seorang isteri, tetapi malangnya, Rohaizat berkali - kali menafikan Rafizah sebagai isterinya.

Menurut pengakuan Puan Hafizah (diceritakan oleh Nasrudin), betapa beliau telah menanggung derita ini sejak lebih 3 tahun yang lalu. Beliau dipandang serong oleh masyarakat sekitar dan teman - teman rapat yang mengetahui kedudukannya.

Puan Hafizah turut berdepan dengan fitnah ke atas dirinya yang dipandang serong oleh masyarakat gara - gara Rohaizat enggan mengakui dirinya sebagai isteri yang sah meskipun Rohaizat mengahwininya dan tidak pula mendokumenkan perkahwinan mereka .

Hafizah juga tidak menikmati kebahagiaan seperti ibu-ibu yang lain yang mempunyai suami dan anak-anak di sisi.

Hafizah dikatakan pernah bertugas sebagai ketua kerani di pejabat Rohaizat selama 8 tahun dan mendirikan rumahtangga bersama Rohaizat dengan harapan kebahagiaan dan keharmonian serta kesempurnaan hidup akan dapat dikecapi sebagaimana insan yang lain .

Ustaz Nasrudin juga mengatakan bahawa beliau telah mendapat keizinan Hafizah untuk mendedahkan perkara ini turut mempersoalkan peranan Sharizat Jalil sebagai Menteri yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap masalah-masalah seperti ini.

"Saya nasihatkan supaya Rohaizat sebagai orang tahu agama dan tahu hukum hakam agar tidak menzalimi isteri sendiri.
"Kembalilah kepangkuan isterimu dengan damai dan penuh kasih sayang," tambahnya.

Akhir sekali Ustaz Nasrudin memperingatkan bahawa kezaliman seorang suami ke atas isterinya samalah dosa kezaliman kerajaan mengISAkan (tahan tanpa bicara) seorang insan tanpa bukti yang ditentang beramai-ramai.

"Zalim tetap zalim dan ianya mesti ditentang," tegas beliau mengakhiri pendedahan tersebut.

TOLAK CALON UMNO , TOLAK BN

2 comments:

Anonymous said...

keturunan UBN mana ada rasa simpati atau berdosa , kalau ada dah tentu ISA dah dimansuhkah, THB masih hidup, Aminah tak berkecai dll.

Penegak said...

Kalau nak tau cerita sebenar tentang pompuan yang mendakwa "isteri kedua" Rohaizat, di sini penerangannya...

Erotomania: also known as De Clerambaults' syndrome is usually described as a rare delusional syndrome that characteristically involves a woman who believes that a man, typically of a higher social, economic or political status, is in love with her.

that Rafizah is one crazy woman....apa orang Melayu cakap…'GILA BAYANG'…hakikatnya Rafizah itu pengacau rumah tangga orang dan mempergunakan gelanggang politik PAS untuk membalas dendam akibat godaannya ditolak lepas tu perasan pulak Rohaizat ada hati nak kawin dengan dia sebab dia terlalu tergila-gilakan Rohaizat... siap ajak mak bapak dia bersubahat sekali…saya kenal benar dengan mereka ni…mentah-mentah pemimpin PAS percaya tanpa usul-periksa, tanpa bukti yang sah... rumah tangga Rohaizat aman damai kerana kedua-dua suami-isteri telah masak benar dengan sikap pengacau yang bernama Rafizah ini yang telah bertahun-tahun mengganggu mereka berdua... yang saya tak faham kenapa orang pecaya cakap si rafizah tapi tak pecaya penafian rohaizat dan ibu-bapanya…Itu fitnah semata-mata!

Abdullah Penegak Kebenaran