Aug 14, 2009

Ustaz Salleh Man : Calon Pas Permatang Pasir

Ustaz Mohd Saleh Man dilahirkan di Permatang Sungai Dua, Kepala Batas, Seberang Perai pada 16hb, Februari 1954. Kini beliau mempunyai seorang isteri, Puan Siti Fatimah Othman dan hasil perkongsian hidup mereka berdua beliau dianugerahkan lima orang cahaya mata.

Berpendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Permatang Buluh, Kepala Batas kemudian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas. Selepas belajar di situ, beliau beralih arah ke Madrasah Khariah Islamiah, Pokok Sena pada tahun 1970-78 untuk mendalami ilmu agama. Kemudian ke Maktab PGAS, Guar Perahu, Bukit Mertajam dan seterusnya ke Yayasan Pengajian Islam Nilam Puri, Kelantan dalam bidang Syariah. Selepas itu menyambung pelajaran ke Akademi Islam Univesiti Malaya (UM) dalam jurusan yang sama sehingga memperolehi ijazah.

Dalam karier politik pula beliau bermula sebagai Ketua Pemuda PAS Cawangan Sungai Dua setelah kembali dari belajar pada tahun 1986 dan seterusnya menjawat jawatan Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Tasek Gelugor. Selang beberapa penggal beliau diberikan kepercayaan pula menerajui PAS Tasek Gelugor sebagai Yang DiPertua (YDP). Beliau juga pernah diberikan amanah sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri dan seterusnya sebagai Timbalan Pesuruhjaya pada awal 1990 an.

Pengalaman menyertai pilihanrya bermula pada 1986 (Dun Sungai Dua), 1990 (Sungai Dua), 1996 (Parlimen Tasek Gelugor/Dun Permatang Berangan), 2004 (Pinang Tunggal) dan Dun Sungai Dua, Mac 2008.

1 comment:

Anonymous said...

Biodata bagus. Sekolah rendah sekolah kerajaan, masuk universiti pun universiti kerajaan....tapi cap lain dari parti kerajaan...boleh menang kot pilihanraya nanti....