Aug 11, 2009

Umno/BN Masuk Bukan Untuk Menang !!!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Umno/BN telah mengesahkan untuk menyertai pilihanraya kecil tersebut. Baguslah, ada perlawanan, tak lah nanti tawar hambar, poket orang UBN '0' seperti di Dun Penanti.

Adapun suka dijelaskan Umno/BN masuk pilihanraya kecil Permatang Pasir bukan untuk menang tetapi mereka meyertai pilihanraya tersebut hanyalah untuk menghabiskan wang, duit, pitis serta tidak lain dan tidak bukan untuk menabur projek.

umno/BN tidak perlu bekerja bersungguh-sungguh, janji inilah peluang untuk terus berbelanja seperti di Manek Urai.

Dengan majoriti 5,433 undi sebenarnya satu keadaan yang sangat baik untuk Umno/BN tidur selena-lenanya. Sebabnya semakin besar majoriti yang di perolehi oleh pembangkang maka akan besar dan banyak lagilah pitis dibelanjakan disitu, tidurlah selena-lenanya wahai Umno/Bn.Mimpilah dengan duit yang sebanyak-banyaknya.
.
.

6 comments:

Kebayalabuh said...

Banyaklah pitis kena cuah situ kekgi,,beh ah puak sonalll....huhuhuuu

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Teringat saya dgn seorang pensyarah bahasa inggeris yang menjadikan sebuah buku sebagai rujukan yang mengkisahkan politik bertajuk Animal Farm http://www.george-orwell.org/Animal_Farm/0.html walaupun buku tersebut ditulis oleh orang bukan islam tetapi cerita2 sinisnya memang betul-betul terjadi.

Anonymous said...

Jangan terlalu takbur dengan majoriti 5,433 itu. Hati manusia adalah anugerah Allah. Allah berkuasa mengubah hati manusia. Manalah tahu,kot-kot pada pilihan raya kali ini Allah mengubah hati para pengundi permatang pasir.
Menang dan kalah adalah adat perjuangan. Yang penting adalah pertandingan di situ tetap ada. PAS tidak akan menang secara mudah!

Hamzah Ngah said...

betul kata anti BN masuk perhabih duit rakyat je.... PAS tetap berwaspada kerana Pilihanraya Umum berbeza dgn Pilihanraya Kecil.. Yang penting kerjasama yang erat untuk menang disamping yang paling utama munajat kepada Allah Taala untuk kemenangan Parti Islam Se Malaysia... Takbir !!

abu muaz said...

Kalau tiada pilihanraya kecil umno akan mati pucuk. Kalau ada pilihanraya kecil penyakit tersebut hilang........

Ubat mati pucuk nak tau pende:
a.jalan raya turap baru
b.buka puasa ( katering makanan)
c.Solat terawih...
d.nyaho....boleh wat pitis lagi

Gedong Lalang said...

Salam sejahtera pembaca budiman.

Keputusan PRU 12 tidak sama dengan PRK yang akan datang. Dalam PRU 12 BN tidak dapat menumpu sepenuhnya tapi di PRK Umno/BN akan berbelanja habis habisan dengan projek mee segera dan berbagai bagai bantuan untuk menarik pengundi berpaling tadah.

Pas harus berwaspada dalam pemilehan calon untuk mewakili Pas patut dibuat dengan penuh berhati hati agar sejarah PRK Manek Urai tidak akan berulang.Dun Permatang Pasir mempunyai lebih 30% pengundi bukan melayu dan calon tersebut perlu berdamping dengan pengundi tersebut agar apa jua masalah dapat diselesaikan.

Permatang Pasir terletak dalam parlimen Permatang Pauh dan diharap pengaruh DSAI akan dapat memberikan kejayaan kepada Pas. Insya Allah.