Aug 5, 2009

Muslimat Dilokap bersama pelacurr......!!!!

Banyak peristiwa yang tentunya "gugusan pengalaman" (ada yang tanya apakah pengalaman menarik duduk di dalam lokap? saya katakan entah...yang pastinya peristiwa itu banyak tapi nak golongkan menarik... itu seolah kita "suka" melaluinya. Apa yang saya lalui, saya tidak akan pernah suka tapi insyaAllah tetap redha akan ketentuanNya memilih saya sebagai salah seorang yang melalui "gugusan pengalaman itu)...saya sambung..."gugusan pengalaman" yang telah saya dan teman-teman lalui sejak detik-detik awal penahanan sehinggalah ke saat akhir urusan ikat jamin di bangunan Mahkamah Jalan Duta, KL.

Saya tidak akan menceritakan semuanya mengikut kronologi lantaran pelbagai faktor khususnya ia melibatkan suatu kes yang kini didakwa di mahkamah. Saya akan hidangkan satu per satu dan nantinya barangkali ada yang sengaja dimulakan tanpa awal cerita dan diakhiri begitu saja....namun intipatinya sampai.

Nah...saya nak kongsi dan luahkan "keperitan jiwa"ini dengan pertanyaan awal begini...kira-kira apa rasanya jika kita dilokap bersama para pelacur luar dan dalam negara?...

Iya...apa rasanya? Dan apa pula tujuan mereka yang membuat angkara itu? 16 OKT Muslimat (daripada pelbagai pertubuhan termasuk Muslimat PAS 3 orang) telah dilokap bersama dengan Pelacur, Penagih Dadah, Pencuri,Pelbagai Kesalahan TERMASUKLAH PONDAN PELACUR!

Lebih serius ialah bila mana kebanyakan Pelacur ini dibiarkan oleh pihak pengurusan lokap berada dalam keadaan bogel dan separuh bogel! Siang malam sama sahaja. Ada masa diadakan pula pesta "tarian bogel" dan hiruk pikuk lah lokap dengan ketawa hilai mereka yang seronok, termasuklah Polis-Polis Perempuan (Warden Lokap) yang sifat mereka "macho man" ! OKT Pelacur juga "bermain daun terup"...sehingga ada masa saya termanggu lama...emosi dan mental saya "dicederakan".

Saya percaya Regim BN mahu membuat serangan pemikiran dan perasaan kepada saya dan teman-teman. Iya, periksalah fizikal kami...tidak kelihatan sebarang kecederaan. Tapi periksa pula lah emosi dan mental kami...saya percaya kami melalui kecederaan yang sangat serius dan Shahrizat, para Mufti, Menteri dan Timbalan Menteri yang menjaga agama dan semualah yang bertanggungjawab wajib ambil pendirian!

Negara Islam konon, tapi kod etika berpakaian dalam lokap pun gagal diurus dengan baik. Saya tegaskan siapa sahaja yang mengundi Regim BN punya saham atas apa sahaja yang berlaku dan dilakukan dalam negara ini atas arahan mahupun kelemahan pemerintah BN! Apa yang berlaku di dalam lokap seperti saya cerita tadi... itu cuma sekelumit namun cukup untuk membaling BN dan sekutu-sekutunya ke lubuk api neraka jahannam!

Saya tegas menyatakan.."3 hari 2 malam" dalam lokap polis itu dengan keadaan yang saya ceritakan tadi ibaratnya kami "dipaksa menonton filem lucah" yang mendapat kelulusan PDRM khususnya Lokap Wanita, Pusat Tahanan Bukit Jalil! Maruah dan harga diri kami dirobek teruk sebenarnya bila kami diletakkan bersama-sama dengan para pelacur ini. Jahatnya Regim BN dan saya akan terus menggunakan istilah TGNA .."pi jahannam lah dengan UMNO dan BN"!

Tolong, saudara-saudara kita yang masih bersama dengan UBN ini...tinggalkan lah UBN....tinggalkanlah demi Allah dan Rasul.

Entah...saya tak tahu lah kalau pejuang-pejuang wanita/ muslimat masih boleh berdiam dengan apa yang saya ketengahkan ini. Lebih teruk bila ada pula yang bercakap dalam laras bahasa UBN (UMNO-BN) dan proksi mereka, senada je...kononnya kami provok polis sebab itu ditahan! Saya ingatkan kepada individu ini, berubah sebelum kami mendoakan laknat dan kecelakaan yang sama sepertimana laknat dan kecelakaan ke atas musuh-musuh Allah. (Maaf,memang kasar bahasanya tapi enough is enough..).

Hakikatnya..isu peristiwa lokap ini perlukan tindakan tegas semua. Kami para OKT akan menyuarakan hal ini sampai kami dipanggil pulang oleh Allah Ta'ala....

Hidup pejuang dan perjuangan! Allahu Akbar!

Aiman Athirah
.
.

20 comments:

Anonymous said...

dia wat salah kena tahan salah ke orang

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Untuk pengetahuan semua...setiap kali solat jumaat ada dibacakan doa mengenai laknat kaum musyrik...bayangkanlah berapa juta orang yang bersolat jumaat. Saya bimbanglah jika perkara ini terjadi keatas pengikut2 tuan. Disamping menyusahkan orang untuk urusan kerja disana. Berapa ramai yang tidak dapat melalui jalan yang saudara madsudkan untuk membuat urusan yang kita mungkin tidak tahu peri pentingnya urusan tersebut. Berapa ramai juga anggota keselamatan yang terpaksa bertugas hari tu. Mungkin pada hari tersebut angota tersebut dapat berehat bersama ahli keluarga untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Berapa ramai penyangak-penyangak yang terpaksa dilepaspandangkan akibat agihan anggota polis yang terpaksa bertugas hari itu. Berapa banyak duit rakyat yang terpaksa dibelanjakan untuk urusan mengawal perajurit-perajurit yang dakwaan mereka menegakkan kebenaran. Dan berapa banyak benda lagi dan lagi dan lagi dan lagi yang boleh dielakkan sekiranya tidak menyertai perhimpunan tersebut. Solutionnya alangkah baiknya jika duit tambang untuk kesana di agihkan kepada mereka yang layak. Kalau kalian semua duduk dirumah atau bersama keluarga dan menikmati suasana yang damai sejahtera tanpa menimbulkan apa-apa kekecohan bukankah bagus. Alangkah bagusnya jika mereka-mereka ini dapat mentarbiahkan pelacur-pelacur tersebut yang mana sudah pasti pejuang-pejuang ini yang pada pandangan kalian mempunyai ilmu yang banyak tentang keagamaan. Alangkah bagusnya masjid2 kita diisi dengan lautan manusia yang begitu dengan kalian semua dan seribu satu macam kebagusan lagi tanpa pergi kesana. Sedih melihat bangsa sendiri dimasukkan kepenjara oleh bangsa sendiri juga. Tak ramai pon kelibat bangsa lain kelihatan disana melainkan bangsa kita sendiri. Kesimpulannya adalah penyakit yang dicari. Wallahhualam.

Anonymous said...

dok payah cite panjang2.. saje je... dok reti jugak.. jenis ken tembaga..

Anonymous said...

kenapa? hina ke pelacur? bagi yang buat salah ianya sama je... tak ada bezanya.. salah tetap salah.. tempatnya dalam lokap...

Wak Labu Farm said...

Ada ke lokap untuk VIP?

Kan ke ke dua2 kaum hawa ni dah buat salah langgar undang2?

Anonymous said...

depa berdemo dan berjuang utk anak cucu kita jugak.moga Allah merahmati kalian dan yakinlah..kebenaran akan tiba jua.

Anonymous said...

berjuang untuk memusnahkan negara? sedarlah.. anwar tu nak tutup kes nya di mahkamah je... jangan pulak kita ikut telunjuk dia..

Anonymous said...

Demo ISA : Sedikit untung Tapi Banyak Rugi
Kosmo! Online - Negara: "KUALA LUMPUR - Tiga persatuan peniaga di Jalan Masjid India di sini menuntut ganti rugi RM10 juta daripada penganjur perhimpunan haram gerakan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Sabtu lepas.
Persatuan terbabit ialah Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman (LTAR).
Pengerusi Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Rosli Sulaiman berkata, ketiga-tiga persatuan peniaga bersetuju untuk mengemukakan tuntutan saman sebanyak RM10 juta yang melibatkan 1,000 orang peniaga."

*********************************
Nampaknya Demo Anti-ISA menyusahkan para peniaga. Tetapi ada setengah daripada penyokong pembangkang mengatakan peniaga ada untung pada hari itu sebab orang yang pergi demo berbelanja besar di sana. Kalau untung, mengapa peniaga tuntut ganti rugi? Maknanya sedikit untung tapi banyak rugi.

Anonymous said...

Assalamualaikum...sahabat semua
Berjuang menegakkan kebenaran apa yang terkandung dalam AlQuran adalah mulia disisi Allah daripada hidup didunia tiada pedoman tanpa panduan arah tujuan...Allah turunkan Al-Quran untuk dijadikan panduan hidup untuk orang islam bukan untuk dilekeh-lekehkan oleh orang Islam sendiri..kalau hidup hanya berteraskan akal sebagai panduan hidup dengan bersongkol dengan pemerintah yang menolak/lelekehkan wahyu AlQuran bererti anda tidak beriman kepada apa yang terkandung dalam AlQuran...yakni anda menolak salah satu rukun iman kalau nak cakap tu berfikir dahulu..jagalah iman anda..ingatlah saudara/saudari hidup ini hanya sementara bukan kekal abadi...takutlah kamu akan Allah...sesunggunya Allah yang menjadikan kamu...adakah anda fikir anda ini tidak akan Mati...kalau anda berfikir sedemikian anda bolehler berkata kepada Allah..ya Tuhanku kenapa wahyu Mu menyusahkan ku menyusahkan manusia yang mahu hidup di dunia dengan aman damai berpandukan akal sebagai panduan mereka...

Anonymous said...

Alangkah bagusnya kalau 3 hari 2 malam dapat melayan suami2 dan anak-anak kalian dengan sebaik2nya...alangkah bagusnya dan bagus dan bagus dan bagus dan bagus tiadanya acara berdemo seperti itu bersama-sama merealisasikan sebuah negara..."Baldatan toyyiban wa ghabburrofur"...negara yang aman makmur dan diredoi.

Anonymous said...

Nak cari keredoannya rakyat dan kerajaan kena lah ikut apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarangnya... barulah negara itu aman makmur dan diredoi oleh Allah Suhanahu Wataala... nak aman damai tak nak ikut suruhan panduannya nak dapat keredoaan macammaner...hidup hang boleh aman ker...kemanisan hidup pn tak der wei..apa lagi rahmat dari tuhan Allah Azzawajalla

putrarahman said...

Pemilik Blog tak baca kot komen-komen yang diberikan kerana tak ada respon pun. Patutnya Pemilik Blog baca dan beri komen, dan tidak sepatutnya apa yang disuarakan oleh pembaca dibiarkan tanpa komen. Bukan senang nak suruh orang baca blog kita, jadi bila ada pembaca yang komen, bermakna mereka baca blog kita dan ucaplah terima kasih kepada mereka.

"Regim BN". kenapa guna perkataan ni. Tak Patut guna perkataan ini. kalau nak sokong parti mana sekalipun, janganlah pulak menngutuk parti BN ( UMNO ). Berapa banyak Masjid yang telah dibina oleh UMNO selama memerintah, berapa ramai ulamak-ulamak yang dilahirkan, berapa ramai yang telah hafis Quran dan banyak lagi kebaikan yang dilakukan untuk umat Islam. Adakah ini semua dilakukan oleh REGIM BN.

Kenapa benci sangat Puak-puak ni kepad BN. Cuna senaraikan dosa-dosa besar yang dilakukan oleh UMNO yang pada mata puak-puak ni. Kalau pasal tak laksana hudud, ini bukan salah UMNO. Kalau PR perintah pun aku berani jamin takkan ada hududnya. Pasal Rasuah menyebabkan mereka digelar REGIM. Rasuah itu adalah ujian kepada merka yang memegang kuasa, orang PR pun diuji dengan rasuah.

Kalau diberi demo secara amam, seluruh Malaya mereka datang. Nak hantar memo ke Istana tak perlu buat demonstrasi, hantar le pakai pos laju ke, yang susah pun mungkin sorang dua je. Hidup ni jangan menyusahkan orang, nanti susah nak mati.

Jawab jangan tak jawab.

Anonymous said...

Kalau pelacur tu perempuan apa masalahnya pulak. Nak sama lokap dengan lelaki ker.

Pelacur tu juga boleh kata, kenapa kami satu lokap dengan perusuh. Kami nak lokap untuk pelacur saja.. Boleh.

Anonymous said...

kalau mati menegakkan kebenaran tak susah aih...
yang susah mati ni ..orang yang tak nak tegakkan kebenaran je..hanya orang yang bertakwa menjadikan Alquran panduan hidup dapat menolak/menghindar rasuah....orang yang tak bertakwa jer susah nak tolak rasuah..

Anonymous said...

AlQuran tu dah lengkap untuk menjamin keturunan / keharmonian / keselamatan /kemaslahatan manusaa...sbgai muslim dituntut menjadikan islam panduan hidup..ni dah lah tak ikut ..tidak menyokong yang melaksanakan..dihina pula..sesama muslim... habis tu ikut panduan sape ish ish..

Anonymous said...

setiap muslim harus menyokong perlaksaan undang-undang islam..jika dinilai betul betul ia bukanlah hukuman yang kejam ia lebih menghindar seseorang dari melakukan jenayah dan menjamin kehormanian dan keselamatan masyarakat..mempersenda/menghina hukum islam adalah dosa yang amat besar ..bleh menyebabkan akidah/iman terbatal...menghina hukum Islam bererti menghina/mempersenda Allah Rabbul Alamin...naudzubillah

Muslimat Berjilbab said...

Nampak macam megah pula kena gari. Suami izinkan ke tidak pergi berdemo atau kerana perintah parti, maka pergi berdemo walaupun suami tak izin. Kalau tak izin suami setiap langkah ke tempat demonstrasi adalah haram.

Pembela said...

Kalau tak silap aku la,le tuor de langkawi tuh masa diadakan awal-awal lagi polis dah tutup jalan,sampai langsung tak leh lalu.Jangan kata nak cepat,kalau nak beranak pun belum tentu lepas lalu lagi bila jalan tuh tutup.

Tak de plak peniaga merungut.

Kalau nak ikut hujah puak-puak pencacai ni,semua yang pakatan rakyat buat,mesti tak betul,yang betul bagi puak pencacai ni hanya apa yang dilakukan oleh puak kebulur dalam ameno.

Rakyat thai pun kerajaan siam buat masjid,patutnya rakyat siam semua kena patuh la pada kerajaan siam sebab kerajaan dia pun banyak bina masjid.

Kalau kira hujah puak pencacai,maka Nabi SAW tak perlu hijrah.

Wanita berpurdah said...

Iskkkkkkkkkkkk.....Isteri yang mana pulak suami tak izin ni, jangan pakai tembak-tembak je.Buktikan, dakwalah dimahkamah Syariah, jangan sedap-sedap tulis je....Nung disana masih ramai wanita tak menutup aurat nung, Big mama si isteri najib yang korang duk puja-puja apa ke jadah tak bertudung, tak menutup aurat, dosa tu, jelas dosanya...puak pencacai duk diam je...terkebil kebil mata....

Anonymous said...

Le tour sudah dibuat perancangan dgn bermesyuarat dengan pihak2 yang terlibat. Misti ada plan teratur dan ada jalan alternatif dsb. Suasananya aman dan tidak berlaku rusuhan. Berbezalah dgn riot. Riot dgn anjuran keraian tak samakan?. Itu pon dokleh nok pikir. Cammana nak prentah negara ni..kalu cakap tak berapa pandai marah...dah mmg gittu..faill.....