Aug 7, 2009

Mari renungi Hadith ini....

Nabi bersabda bermaksud:

"Dua golongan ahli neraka yang belum pernahaku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembuyang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanitayang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan jugakepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurgadan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat diciumdaripada jarak yang jauh."


(Hadis riwayat Muslim)
Dengar pula disini
.
.

6 comments:

putrarahman said...

Kerajaan Selangor kekal peratuan jualan minuman keras di Shah Alam


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini menolak draf penjualan minuman keras yang dicadangkan Pas dan mengarahkan premis yang terbabit menguatkuasakan peraturan jualan sedia ada.

Ini bermakna penjualan minuman keras tidak akan diharamkan di Shah Alam.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang akhbarnya di sini, sebentar tadi.

Ulasan: Berita ini diambil daripada Berita Harian. Apa yang disarankan oleh PAS iaitu sebuah parti yang menjunjung tinggi kemuliaan Islam nampaknya tidak dilayan oleh sahabat mereka yang sama-sama memerintah. Ini adalah gambaran awal kepada pihak PAS jika ditakdirkan memerintah negara dalam PRU 13 nanti, apa yang dicita-cita kan oleh mereka untuk menegakkan syariah Islam di Malaysia terutama hukum Hudud akan berhadapan rintangan yang hebat daripada sahabat-sahabat mereka dalam PR. Akhirnya mereka terpakssa membuat pilihan samada bersikap sebagai seorang yang munafik ataupun keluar daripada PR sebagai seorang pejuang Islam yang sejati dan Hamba yang berimam. Sekarang ini pun telah menjadi WAJIB kepada pemimpin PAS di Selangor untuk keluar daripada PR dan menjadi pemimpin pembangkang iaitu status yang selayaknya kepada mereka sejak dahulu, kini dan selamanya selagi tidak bergabung dengan UMNO.

Anonymous said...

4 mesti dijaga
1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah

Anonymous said...

Dalam Islam, erti kata Jihad (جهاد) ialah berjuang dengan bersungguh-sungguh. Mereka yang berjihad digelar Mujahid.

Jihad dilaksanakan untuk menjalankan misi utama manusia yaitu menegakkan Din (agama) Allah atau menjaga Din tetap tegak, dengan cara-cara sesuai dengan garis perjuangan para Rasul dan al-Quran. Jihad yang dilaksanakan Rasul adalah berdakwah agar manusia meninggalkan kemusyrikan dan kembali kepada aturan Allah, menyucikan hati, memberikan pengajaran kepada umat dan mendidik manusia agar sesuai dengan tujuan penciptaan mereka yaitu menjadi khalifah Allah di bumi.

Anonymous said...

Pelaksanaan jihad

Pelaksanaan jihad dapat dirumuskan sebagai berikut:

* Pada konteks diri peribadi - berusaha membersihkan fikiran dari pengaruh-pengaruh ajaran selain Allah dengan perjuangan spiritual di dalam diri, mengerjakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

* Komuniti - Berusaha agar Din pada masyarakat sekitar mahupun keluarga tetap tegak dengan dakwah dan membersihkan mereka dari kemusyrikan.

* Kedaulatan - Berusaha menjaga kedaulatan dari serangan luar, mahupun pengkhianatan dari dalam agar ketertiban dan ketenangan beribadah pada rakyat di negara tersebut tetap terjaga termasuk di dalamnya pelaksanaan Amar Ma'ruf Nahi Munkar. Jihad ini hanya berlaku pada negara yang menggunakan Din Islam secara menyeluruh (Kaffah).

Jihad dan perang

Istilah jihad sering disalahfahami oleh yang tidak mengenal prinsip-prinsip Din Islam sebagai 'perang suci' (holy war); istilah untuk perang adalah Qital, bukan Jihad.

Jihad dalam bentuk perang dilaksanakan jika terjadi fitnah yang membahayakan kewujudan umat (contohnya serangan dari luar). Jihad tidak boleh dilaksanakan kepada orang-orang yang tunduk kepada aturan Allah atau mengadakan perjanjian damai ataupun ketaatan.

Anonymous said...

Jihad dan keganasan

Keganasan tidak boleh dikategorikan sebagai jihad; Jihad dalam bentuk perang harus jelas pihak mana yang terlibat dalam peperangan, seperti halnya perang yang dilakukan Nabi Muhammad s.a.w. yang mewakili Madinah melawan Makkah dan sekutu-sekutunya. Alasan perang tersebut terutama adalah kezaliman kaum Quraisy yang melanggar hak hidup kaum Muslimin yang berada di Makkah (termasuk merampas harta kekayaan kaum Muslimin serta pengusiran).

Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa : "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau !".(QS 4:75)

Perang yang mendakwa menegakkan Islam namun tidak mengikuti Sunnah Rasul tidak boleh disebut Jihad. Sunnah Rasul untuk penegakkan Islam bermula dari dakwah tanpa kekerasan, hijrah ke wilayah yang aman dan menerima dakwah Rasul, kemudian merealisasikan suatu masyarakat Islam (Ummah) yang bertujuan menegakkan Kekuasaan Allah di muka bumi.

Mereka yang diserang berhak berjihad untuk mempertahankan diri dengan apa cara sekalipun.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Dibimbangi juga apa yang dikatakan oleh ustaz tersebut didalangi oleh orang yang zalim kerana penganjuran tersebut mendatangkan kezaliman kepada pengikutnya. Zalim juga kepada masyarakat disekelilingnya yakni banyak urusan2 harian terganggu asbab dari perhimpunan tersebut.Dibimbangi juga dengan pemakaian pakaian protes ISA tersebut adalah bersama2 dengan orang yang zalim iaitu mengganggu ketenteraman orang ramai. Mungkin juga 2x2 pihak adalah zalim disebabkan terjadinya peristiwa tersebut. Ketua pengajuran jelas terbukti menzalimkan pengikutnya dengan membiarkan mereka berada dipanas terik dan ketua penganjur sudah sedia maklum bahawa asbab dari perhimpunan tersebut akan terjadi perkara yang sedemikian ). Tindakan yang bijak dan bagus adalah dengan tidak menyertainya dan tinggal bersama ahli keluarga menikmati suasana kekeluargaan serta membuat kerja-kerja berfaedah( Tidak bertindak zalim kepada mana-mana pihak samaada pihak kerajaan ataupun pembangkang bahkan dpt pahala lagi kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga ataupun membuat kerja-kerja yang boleh mendatangkan paedah)......pikir-pikirkanlah...wallahhualam