Aug 23, 2009

Kenapa hanya PKR dan DAP yang bermasalah?

Awal februari 2009, selepas baharu sahaja meraikan kemenangan Pilihanraya Raya kecil Kuala Terengganu, 2 wakil rakyat PKR yang juga merupakan exco kerjaan negeri telah bertindak keluar dari PKR dan mengumunkan menjadi wakil bebas.Maka kerjaan Pakatan yang dipimpin oleh MB daripada PAS jatuh tersungkur angkara Wakil Rakyat dari Parti yang PKR yang dipimpin oleh Datok Seri Anwar Ibrahim.

Kehebatan DS anwar Ibrahim di kacamata Rakyat Malaysia dan antarabangsa tidak mampu menghalang anak buah nya yang dipilih dalam PRU ke-12 melompat meinggalkan parti.

Kemudian semasa PAS sedang gentir di medan menghadapi pilihanraya kecil Manek Urai, sekali lagi rakan PAKATAN dari DAP membuat onal dan bertindak keluar dari PAKATAN negeri Kedah.

Hari ini Sekali lagi Ustaz Azizan Razak di uji. YB Adun PKR lagi yang lompat, yang tidak ada intergriti dalam perjuangan.Dalam keadaan PAS menghadapi pilihanraya kecil Permatang Pasir, sekali lagi anak buah Datok Seri Anwar Ibrahim bertindak menikam Kerajaan PAS. Kenapa hanya PKR dan DAP yang bermasalah dalam PKR?

Perlu di jelaskan bahawa sepertimana ditegaskan oleh Presiden PAS bahawa setiap calon yang dipilih oleh PAS untuk bertanding samada Pilihanraya umum atau kecil mestilah berbai'ah taat setia melaksanakan amanah ini.Kita tidak pasti pula dalam PKR adakah ada ikrar atau sumpah lompat parti.

Semoga kepimpinan Parti PR dapat mendidik dan mengajar semua peringkat pimpinan masing masing.

6 comments:

Anonymous said...

Kerajaan d Kedah bukan kerajaan PAS. Ianya kerajaan Pakatan Rakyat. Harap jelas dalam hal ini.

Saat sebegini seharusnya ahli Pakatan Rakyat memahami seluk beluk politik. Ancaman, serangan dan pelbagai taktik musuh dalam mewarnai persepsi umum tentang Pakatan Rakyat.

Jangan pula kita terlalu naif dalam sepak terajang politik sampai terikut sama rentak musuh.

Ini yang d tanam oleh musuh.

Tak dapat DSAI, d serang TGNA. Tak dapat TGNA, YB Pakatan d serang.

Semuanya untuk menjatuhkan maruah pimpinan Pakatan Rakyat dan mewarnai Pakatan Rakyat sebagai sama saja.

Rajawali said...

Masalahnya ketika PAS memerintah Terengganu, kelantan tiada pun yang lompat dan didakwa oleh BPR nah sekarang di Perak tiada Adun PAS di dakwa di Pulau Pinang tiada di Selangor tiada adun PAS di siasat SPRM, betul ada usaha serangan musuh, akan tetapi kenapa kita membuka ruang kepada musuh untuk menyerang?
Salah guna kuasa sememangnya berlaku, perlukah didedah satu persatu? yang pastinya setakat ini PAS tidak terlibat..bersabarlah

Anonymous said...

Pada 15 Februari 2009, Raja Petra menulis tentang serangan BN terhadap Perak, Kedah dan Selangor. (disini). Lima ADUN Pakatan Rakyat diKedah telah pun berjumpa dengan pemimpin tinggi Umno dan berjanji akan melompat keluar Pakatan Rakyat sebaik saja Barisan Nasional mempunyai jumlah yang cukup untuk mengambil alih kerajaan di Kedah.RM 100 juta telah diperuntukkan untuk ‘Projek Tawan Kedah” ini dan mereka yang melompat akan mendapat ganjaran yang lumayan.

Di Selangor, Hassan Ali telahpun dijanjikan jawatan Menteri Besar sekiranya dia dapat meyakinkan cukup ADUN untuk menyeberang. Tidak diketahui berapa juta pula yang telah dijanjikan. Setakat ini, dia mempunyai hanya dua dari Pas dan dua lagi dari PKR yang bersetuju menyertainya. Dan dia memerlukan beberapa ADUN lagi untuk menjayakan perancangannya.

Semua ini berkaitan dengan wang dan kuasa. Hasan Ali mahu menjadi Menteri Besar Selangor sejak tahun 1999 lagi. Masalahnya, pada tahun 1999, pembangkang tidak menang di Selangor. Dia masih mahu menjadi Menteri Besar dan kalau diperlukan menyeberang ke Barisan Nasional dengan penyokong yang cukup untuk menubuhkan kerajaan baru, dia akan melakukannya asalkan dia menjadi Menteri Besar.

Malah, Hee Yit Foong, ADUN Jelapang yang berada dalam DAP sejak 20 tahun lalu, melompat kerana wang. Setakat ini, dia telah menerima RM15 juta dari Vincent Tan. RM10 juta lagi akan dibayar apabila semuanya selesai. Dia memerlukan wang untuk membayar kembali hutang-hutang suaminya kerana judi.

Keadaan ini juga berlaku terhadap Lee Lam Thye yang dipaksa meninggalkan DAP supaya dia dapat melangsaikan hutang isterinya kerana judi. Barisan Nasional membantu membayar hutang isterinya, sebaik saja dia meninggalkan kem pembangkang dan mula menyokong kerajaan.

Apabila kami memberitahu Pakatan Rakyat Perak akan tumbang, mereka memberitahu bahawa keadaan terkawal. Sekarang kami memberitahu mereka bahawa Kedah dan Selangor juga berada dalam keadaan kritikal dan mereka perlu melakukan sesuatu. Jangan beritahu kami, bahawa semuanya dalam keadaan terkawal…kemudian dalam beberapa minggu kemudian, dua negeri ini jatuh seperti Perak.

Barisan Nasional telah memperuntukkan RM 200 juta untuk menawan kembali Kedah dan Selangor. Dan mereka akan berbuat apa saja..hatta melanggar undang-undang atau perlembagaan. “Kejayaan” mereka menawan kembali Perak dengan bantuan polis, mahkamah dan segala jentera kerajaan, menyebabkan mereka semakin ghairah untuk menawan Kedah dan Selangor.

Sekarang, Radhi sudah menjadi calon ADUN Bebas, Lim Soo Nee juga sudah hilang. Kalau Lim Soo Nee juga menjadi ADUN Bebas, BN hanya memerlukan tiga lagi untuk menumbangkan kerajaan PR Kedah. Adakah ini mustahil? Tidak.

Tiga ADUN tersebut sudahpun dikenalpasti. Kepimpinan Negeri pun dah tahu. Tetapi, kadang-kadang pemimpin tak mahu percaya. Tambahan pula kalau dikatakan ADUN Pas yang akan melompat, sudah pasti ramai orang Pas akan melompat mengatakan mereka sudah dididik sepenuhnya. Tak mungkin ADUN Pas akan melompat.

Mampuih pi la.

perakexpress.com

Rajakapoor said...

Ini kira macam projek 16 Sept 2008 lah ye tapi terbalik..ye terbalik macam kita tengok cermin tu kan?

Anonymous said...

Kerajaan ini bukan kita yang rancang tapi Allah yang rancang semuanya. Di sini Allah nak jelaskan kepada kita siapa yang setia dan siapa yang derhaka. Tapi Usah risau Insaallah jika kita berjuang untuk agama, bangsa dan negara..pasti Allah akan menolong. Sekiranya kita berjuang hanya untuk perut kita saja ...pasti Allah akan menurunkan bala...kepadanya. Usah risau..Ini cuma dunia. Yang Penting ..lakukan tugas kerana Allah..dan jangan kita niatkan untuk Parti dan lain--lain yang akan mengalihkan pandangan Allah kepada Kita. Kita..bukannya hidup lama...mungkin esok, lusa, minggu depan, tahun depan kita berdepan dengan Allah. Sekiranya Allah mahukan kemenangan menyebelahi kita Insaallah...Allah akan makbulkan. Biarlah Si...pengkhianat ini melompat..sekurang - kurangnya kita dapat bersihkan pengkhianat dari dalam parti.

Sufi_an said...

salam...
pembersihan diri dalam kerajaan pakatan.mana2 YB pakatan yang ada kes rasuah,salah guna kuasa dia orang memang tak senang duduk dalam PR,sebab sprm asyik intai saja.
jadi jalan terbaik ialah keluar bebas atau UMNO
sama mcm kes YB Lunas tu la,sebelum ni heboh pasal YB ni seleweng,orang tak tau lagi siapa,jadi bila dah keluar baru jelas dia la sebenarnya