Aug 23, 2009

ADUN Kedah keluar Parti, kekalkan Jawatan Exco

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohammad Radzhi Salleh hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas.

Perkara itu diumumkan beliau dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Mohammad Radzhi yang juga Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia Kedah bagaimanapun tidak meletakkan jawatan Exco itu dan menganggap dirinya masih Exco dari parti Bebas.

Beliau berkata, pelantikannya memegang portfolio itu dibuat oleh Sultan Kedah dan bukannya oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Bagaimanapun katanya, jika Sultan Kedah menitahkan beliau untuk melepaskan jawatan itu, beliau akan patuh untuk berbuat demikian.

Selain itu, pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaluddin Abu Hassan turut mengumumkan bahagian PKR Padang Serai dibubarkan.

Ct : Apa lah malangnya PKR ni tak habis-habis buat hal, lepas satu-satu. Didalam kita berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat, tetiba ada je yang tikam kerajaan PAS dari belakang.
- Pastikan sandaran perjuangan adalah Aqidah.-

2 comments:

Anonymous said...

dalam masa sebegini kita sepatutnya menunjukkan sikap matang dalam mehnah perjuangan. bukan terus menerus mengherdik dan mencerca rakan.

memang mereka punya masalah d sebabkan latar belakang mereka.

kita juga seharusnya melihat ke dalam, apakah peranan PAS dalam membimbing parti rakan dalam hal ehwal/aqidah perjuangan.

apakah peranan proaktif PAS sebagai tulang belakang kerajaan dalam membentuk benteng ketahanan setiap exco kerajaan.

khabarnya pimpinan kerajaan Kedah sudah d maklum tentang masalah ini seawal lagi

Anonymous said...

mmm...kebanyakan org PKR adalah org UMNO, so ini dah biasa dan terbawak2..