Sep 5, 2009

Waspada dengan BN dalam PRK Bagan Pinang.

Nampaknya UBN akan bekerja untuk mempertahankan kemenangan mereka di DUN Bagan Pinang dan PR pula sudah pasti akan bermati-matian bergerak untuk merampas kerusi tersebut bagi mengesahkan lagi bahawa rata-rata rakyat sememangnya menolak UBN.

Dalam keghairahan tersebut nanti, pertugas PR mesti berwaspada dengan kenyataan Najib Razak hari ini apabila beliau mengulas tindakan yang akan dilakukan oleh UBN untuk mempertahankan kerusi tersebut.

“Kita dah ada banyak pengalaman dan pada kali ini, kerusi ini kerusi kita (BN), kerusi yang kita pertahankan, kita jadi juara bertahan dan kita akan buat segala-gala yang perlu untuk mencapai kejayaan.

Anda semua boleh faham bukan dengan apa yang dimaksudkan kita akan buat segala-galanya? bayangkan lah segala-galanya boleh dibuat untuk memastikan kemenangan tersebut.Disini bermakna tidak ada benda yang tidak akan dibuat demi untuk mencapai kemenangan tersebut.

-Waspadalah-

3 comments:

Anonymous said...

YA SALAM..

KAK CT,
JANGAN FANATIK SANGAT!!!!
KITA MANUSIA BIASA.
AMBIK IKTIBAR PERISTIWA PEPERANGAN SAIDINA ALI DENGAN MUAWIYYAH..
AKAK TAU KAN???
SIAPA MERANA??
KITA ORANG ISLAM AKHIR ZAMAN.....
INGAT TU AKAK>>
MEMANG IDEOLOGI BERBEZA AKAK.
TP KITA MENUJU DESTINASI YANG SAMA!!!
KERANA DIA RABBI...

FITNAH ITU LEBIH BURUK DRPD MEMBUNUH....
KITA SAMA-SAMA ORANG ISLAM AKAK..
SAYA ORANG ULU GANU JUGAK...

p/s:YANG BAIK DIJADIKAN TELADAN,YANG BURUK DIAMBIL PENGAJARAN...

Anonymous said...

Anta sokong pandangan ente....politik mesia ni mcm anta suka makan ikan laut ente plak suka makan ikan sungai...tapi tu lauk aja dan asasnya tetap ada nasik....kalau pembangkang keadilan dn dap yg hmpir sama peranannya dgn MIC, MCA dan UMNO...bezanya depa takleh memerintah lagi sekarang ini..Dgn isu pemindahan kuil hindu, penjualan arak dsb dilihat pembangkang pon takleh buat. Takderlah nk diperbesarkan isu dlm blog ni...saya suka baca komen bekas mufti perak ( Dr.Asri ). Parti politik ni trlalu fanatik kepada parti masing2 hingga apa yang salah jika dia duduk bawah parti itu, dia lebeh pro kpd partinya sahaja..wlaupun benda tu salah dia akan cuba membetulkannya...Wallahhualam

putrarahman said...

Rakyat kita asyik bergaduh sesama sendiri. Negara jadi kucar kacir kerana nak berebut kuasa. Pihak PR kata BN tak betul dan piohak BN pulak kata PR tak betul. Ini bermakna kedua-dua pihak tak betul. Semuanya angkara pemimpin. Rakyat yang bodoh pun terikut-ikut apa yang pemimpin mereka kata. Walau pun pemimpin mereka terjun ke lubang biawak pun, mereka ikut.

Jangan anggap pemimpin kamu tu betul semuanya, kerana mereka pun manusia jugak.