"Sembilan orang wakil rakyat Terengganu mahu tuntutan mereka ditunaikan sekiranya Umno mahu mengelakkan mereka melompat kepada PKR.
ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata wakil-wakil rakyat berkenaan perlu dilantik sebagai pengerusi penyelaras DUN masing-masing dan juga kuasa untuk menamakan anggota-anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Kedua-dua tuntutan ini, sekiranya ditunaikan, boleh memulihkan semula hubungan antara pemimpin-pemimpin Umno di Terengganu, katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Wakil rakyat Umno kini berpecah dua susulan pelantikan mengejut Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar, menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh, selepas pilihan raya umum 2008."
Ini perangai ugut mengugut macam budak-budak.Kalau tak ikut kehendak mereka, mereka nak lompat PKR, mustahil lompatnya.Dasar penakut.Mana ada pemimpin umno Terengganu yang berani? mana ada?
Rosol Wahid - Dulu ugut nak letak jawatan adun kalau tak lantik deri sebagai MB, sampai hari ni tak letak-letak pun.
Mat Said- Nak pecat exco kalau lawan ketua bahagian, sampai hari ni tak pecat pun yahya khatib.
Mana ada yang beranai? kalau mereka semua berani sudah tentu Umno bukan wadahnya.Umno adalah wadah bagi penakut.
Nawi ugut nak lompat? iskkkk orang kampung dia tersengeh senyum, mereka kenal siapa nawi, mereka tahu rahsia Nawi, mereka ada senjata melemahkan Nawi, orang umno(penakut) yakin tak lompatnya....
--Berani bukanlah sifat dalam umno--
3 comments:
Guana ni, rumah kawang dok sapa lagi kerma ni, jkkk tipu ke mat Said tipu?
Lompat bendaa, ingat senang ke nak tolak projek dari UMNO. Mana ada orang UMNO tolak tuah cari bala.
Post a Comment