Tidakan mengejut yang beliau ambil dengan menggantung permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan sama sekali tidak mendapat tempat dihati perwakilan.
Sebelum ini mungkin beliau beranggapan kononya dengan berbuat demikian, perwakilan akan berpihak dan memberi undi kepada beliau.
Beliau mengharapkan dengan menggantung permit kedua-dua akhbar milik pembangkang itu para perwakilan akan bersetuju dan menyokong dengan tindakan tersebut dan sekali gus akan mengundi beliau untuk jawatan Naib Presiden umno.
Namun nyata perancangan dan tindakan tersebut langsung tidak mendapat sokongan dihati perwakilan dan akhirnya beliau kecundang ditangan Ahmad Zahidi Hamidi, Hishamuddin Hussein dan Shafei Afdal.
Tidak tahu pula Datuk Syed Hamid Albar berada ditangga ke berapa.
Sebagai rekod sebelum ini, Datok Syed Hamid Albar juga pernah tewas ketika merebut jawatan Ketua Pemuda Umno dizaman Tun Mahathir.
2 comments:
Habib dari Johor ni merupakan salah seorang pelawak serkas dalam UMNO.Allahyarham bapanya disegani dan bergelar "Singa UMNO" - salah seorang yang kuat memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu.Habib yang ini diKota Tinggi pun dia tak ada tempat,inikan pulak nak jawatan Naib Presiden.Tunjuk taring tak bertempat.Memang dasar pelawak sarkas -bolih peluk belon sahaja.
Assalamualaikum w.b.t
Amnder gokk mung dok carrer tepi kaing orang....carrer arr ker parti mung...sekgi kater nok ambik alih malaysia..susung strategi dari lening camner nok jager maleysia kalu diizinkang allah mung buleh ambik alih pemerintahang (kalu buleh arr)....sekgi muler arr kelang kabuk....jaddi macng perok dengang pular pinang......abih timbalang meteri melayu lari sebak dok rok nok layang ketua meteri....sapar sambung blajor sapar....ok ahh deh...aku nok gi nyapuh tannoh skejak...kucing aku dok gi beri makang agii...ader gok pekdohh dari layang blog mung ning....
Post a Comment