Mar 20, 2009

Fahami idea dan cadangan kerajaan perpaduan

Semalam Buletin utama menyiarkan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang tidak kononnya bersetuju dengan idea dan gagasan Unity Goverment Tuan Guru Abd Hadi Awang. Mengulas isu kerajaan perpaduan ini, Mursyidul Am meminta apa-apa pun keputusan mesti diputuskan dalam mukatamar yang akan datang.


Nik Aziz dilaporkan sebagai berkata "Namun apa yang penting perkara diputus dalam muktamar tahun lalu perlu dijaga. "Sebab itulah perlu kepada mesyuarat khas membincangkan perkara tersebut bagi menjaga kestabilan parti dan mencerminkan disiplin perjuangan parti yang berlandas Islam," katanya

Saya rasa kenyataan Tuan Guru Nik Aziz ini adalah betul dan tidak bercanggah pun dengan idea dan kehendak Tuan Guru Presiden.

Pagi ini, saya cuba membelek kembali surat Khabar siasah bilangan 0137 dan 0138 yang menjadi punca tercetusnya isu.

Isu ini timbul bermula daripada cadangan Siasah agar semua parti politik mengambil pendekatan politik damai dalam menghadapi krisis politik dan ekonomi yang semakin meruncing.

Siasah telah bertanyakan kepada beberapa orang tokoh pembangkang mengenai cadangan politik damai. Antara tokoh pembangkang yang memberikan pendapat selain daripada Tuan Guru Presiden ialah Tuan Hj Mohamad Sabu, Dr Dzulkifli Ahmad, Datuk Mahfuz Omar dan Shamsul Iskandar.

Cadangan ini ditimbulkan ekoran tindakan BN yang merampas kuasa di Perak dengan membelakangi perlembagaan. Tindakan ini seolah-olah membalas dendam amaran ketua umum PKR sebelum itu bahawa terdapat 40 ADUN BN yang akan melompat kepada Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan baru di pusat.

Oleh yang demikian perlu wujud persefahaman supaya kerajaan BN dan Pakatan Rakyat tidak menggangu gugat antara satu sama lain sehingga PRU 13. Demikian juga, hak rakyat untuk memilih dan demokrasi akan turut dihormati.

Dikhuatiri politik kotor ini akan berterusan dan kesannya rakyat yang terpaksa tanggung. Sementara itu Pakatan Rakyat juga perlukan ruang yang kondusif untuk membuktikan kebolehan mereka memerintah.

Selain itu kemelut ekonomi yang melanda negara juga akan dapat diatasi secara bersama.

Dalam wawancara bersama siasah, Tuan Guru Presiden sendiri menyatakan bahawa sebarang usaha pembentukan kerajaan perpaduan perlu melibatkan semua parti.

Oleh itu "unity government" memerlukan persetujuan rakan-rakan lain dalam pakatan dan ia tidak bertentangan pun dengan keputusan muktamar yang mahu kita terus bersama pakatan.

Apa yang penting sekali ia masih diperingkat cadangan dan bukannya suatu keputusan. Saya merasakan presiden tidak akan lupa mengenai hal itu. Jika ditolak pun, tidak menjadi masalah kepada presiden.

Lontaran ini juga perlu mendapatkan respon semua parti supaya masing-masing memikirkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan parti. Selepas itu ia dibawa untuk dibincang diperingkat parti masing-masing.

Dalam wawancara tersebut Presiden turut menegaskan bahawa penyertaan PAS ke dalam BN suatu masa dahulu satu sejarah hitam dan ia tidak akan diulangi.

Apabila ditanya kemungkinan PAS akan ditipu seperti dahulu, presiden menjawab " Kita diajar oleh Islam, kita tidak boleh disengat sebanyak dua kali dalam satu lubang. Penyertaan kita dalam BN suatu sejarah hitam, yang pahit, yang tidak akan diulangi InsyaAllah. Dan kita menganggap PAS mempunyai tanggungjawab dalam menegakkan Islam yang mempunyai akidah perjuangan kita. Tetapi dalam menangani isu negara yang bersifat majmuk kita dibenarkan bertahalluf dengan semua pihak.

Tahalluf ini bukan sahaja dalam konteks pembangkang ia termasuklah bertahalluf dalam konteks mentadbir sebuah negara yang lebih besar. Tanpa kita masuk BN dan tanpa BN masuk kita, dengan suasana yang lebih terbuka yang memberi ruang untuk memikul tanggungjawab bersama bukan untuk menghabiskan masa berbalah dalam hal-hal yang kecil-kecil"

Ahli PAS perlu memahami dan menghayati kata-kata Presiden dalam wawancara tersebut, "PAS sebuah parti Islam. Kita mesti berbalik kepada prinsip Islam yang tercatat dalam Al-Quran. Islam mendahulukan perundingan, mendahulukan perbincangan, mendahulukan kerjasama sebelum pertembungan. Sekiranya tidak ada jalan, untuk selesaikan masalah melainkan pertembungan maka terpaksa kita hadapi pertembungan itu. Tetapi cara pertembungan cara yang terakhir, bukan cara yang awal. Apa yang berlaku hari ini adalah sikap yang terlalu bermusuh sehingga benda yang perlu kita bincangkan pun tak boleh nak bincang. Ini merugikan masa kita sendiri dalam melayari perjuangan ini dan perbincangan ini bukan mesti dalam kerajaan bahkan boleh bincang antara kerajaan dan bukan kerajaan. Sebagai contoh isu Palestin dengan cara yang cepat boleh bersidang dan mengeluarkan keputusan sebulat suara. Ini bukan masalah Palestin, ini masalah negara kita, banyak hal lagi yang boleh dibincangkan.

Kalau takut nak buat kerajaan perpaduan boleh buat dialog yang boleh kita bekerjasama dalam titik perpaduan yang boleh selesaikan masalah secara bersama. Tetapi yang sebaik-baiknya kita sama-sama memikul tanggungjawab bersama. Bukan kerana gila pangkat, gila nak kan jawatan, ini adalah amanah yang sangat besar yang kita tak mahu mengambil sikap menebuk bahtera semata-mata kerana nak menyelamatkan diri dan kemudiannya menghancurkan semua".

Diharap kita semua memahaminya, dan perwakilan boleh membahaskan dengan masak lontaran dan idea tersebut dalam muktamar akan datang

http://rusli-islam.blogspot.com

2 comments:

yeop said...

Pas sedang manghadapi cabaran besar dalam PRK BG. So jangan cakap lagi pasal kerjaan perpaduan ni. Ini boleh meragukan pengundi. Pada saya idea ini tidak perlu. Ini kerana Pas bakal menjadi parti pilihan melayu. Berikutan Umno makin tenat So kenapa kita perlu bergabung dengan mereka. Mereka patut bergabung dengan kita. TG Hadi tlong jangan jadi bodoh, dan diperbodohkan Umno.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Sudoh-sudoh arr tu dok balloh nyerr.....oloh laa..kalu kawang molek2 kang bereh...pikir camna nok majukang teganu kiter....ning dok barring tgh jalang macang org palesting wak mnder....pikt la konongnyerr...baik duk barring sejjid niat iktikoh...ader gok pekdohh...kerajaang wak jalang bukang utk gi barring..dok kener tepak lasung....ser agi okk kiter dok balloh ikuk blog ning wak mnderr..aku rasser org yahudi buat blog ning supayer senang demer nok cek keadaang politik sesebuah negara tuu...dok payoh latik perisik supaya risik keadaang negara.....just bueker iternet..cari mana2 blog....tip top dapak maklumakk....kiter ning okk bodoo..update jugok..update jugok blogg...demer kener ingak..tuhang jadikang bangsa yahudi tu ader banyok kelebihang....wassalam....