Mar 4, 2009

Andainya Tiada peralihan PM selepas Mac ini.

Lewat tengahari tadi 3 . 3.2009 ketika membaca berita terkini dari laman web kegemaran, terbaca satu berita bertajuk :Perintah injunksi jika pemilihan Umno tidak ditangguh .Berita ini agak menggemparkan juga kerana sehingga semalam Perdana Menteri Abdullah Badawi masih mengesahkan akan ada peralihan kuasa pada mac tahun ini.(walaupun tarikh sebenar belum ditetapkan).
Sehari sebelum itu juga ahli Parlimen Besut, Datuk Dr Abdullah Md Zin telah dilantik sebagai penasihat Agama kepada Perdana Menteri.Dr Abdullah Md Zin sebelum PRU 12 adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Apa yang menjadi tandatanya( mungkin hanya saya) kenapa dalam tempoh tidak sampai sebulan tarikh perhimpunan agong Umno yang dijangka kan pada tarikh tersebutlah Pak Lah akan serahkan jawatan PM kepada Mohd Najib Razak, Pak lah boleh melantik seorang Penasihat Agama yang baru?Kenapa tidak ditunggu 3 minggu sahaja lagi, untuk diserahkan kepada PM baru bertindak memilih pengganti Penasihat Agama PM yang lebih sesuai dgn diri beliau.

Semestinya dan umum sedia maklum, sekiranya perhimpunan agung umno ini berjaya ditangguhkan sudah pasti pelan peralihan kuasa antara PM dan TPM juga tertangguh dengan sedirinya.
Kalau ini berlaku alangkah kecewanya para individu yang sudah merancang, menyusun arahtuju kedudukan kabinet serta kepimpinan peneraju negara ini nanti.
Mohd Najib sudah tentulah merupakan insan yang paling kecewa.Rancangan beliau mengelirukan rakyat Perak dengan penuh hina juga tidak membuahkan sesuatu yang baik, malah menyerlahkan lagi tembelang dan temberang seorang bakal Perdana Menteri.

Kini Mohd Najib sekiranya berhajat sangat untuk menjadi PM dan sememangnya beliau sangat berhajat.Apa yang pasti jika pelan peralihan ini tidak berlaku pada mac 2009 ini, ruang dan peluang Najib untuk untuk mendiami Sri Perdana amat tipis atau semacam sudah tertutup terus maka hanya ada satu lagi tindakan yang boleh diambil oleh Najib untuk merealisasikan hasrat besar beliau itu.Najib mestilah menggunakan panduan yang sama seperti yang telah beliau laksanakan di negeri Perak.Mungkin nampak hina dan lucu, tapi inilah cara terbaik buat beliau.



Beliau memastikan ahli Parlimen BN sudah cukup untuk menyokong beliau, kalau tidak cukup beliau boleh merancang sepertimana yang berlaku terhadap Adun Cangkat Jering dan Adun Behrang.Setelah proses tersebut selesai dan beliau yakin dengan sokongan ahli Parlimen BN yang ada berpihak kepada beliau dan jika masih juga tidak cukup Najib boleh lakukan juga seperti Adun Bota dengan mempelawa ahli Parlimen Pasir Mas Datuk K.Ibrahim Ali untuk menambahkuat lagi sokongan terhadap beliau.

Setelah beliau yakin dengan sokongan tersebut, beliau boleh lah memohon mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan mempersembahkan bahawa beliau sudah mendapat sokongan dari majoriti ahli Parlimen dan telah bersedia untuk mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri Malaysia ke 6.Beliau boleh lah menjadi PM sekiranya DYMM Agong memperkenan persembahan beliau itu walaupun dalam keadaan PAk Lah masih tidak melepaskan jawatan PM . Ini lah jalan yang terbaik bagi Najib, jalan dan langkah yang sama beliau lakukan di Perak.Sementara itu Muhyiddin Yassin yang sudah mengaku bahawa beliau adalah pilihan Najib, boleh lah mengangkat Sumpah sebagai TPM bagi mengisi jawatan tersebut yang telah dikosongkan oleh Najib.

Selamat mengangkat sumpah Untuk Mohd Najib Razak sebagai PM Malaysia yang baru.

6 comments:

Anonymous said...

kesianyer xde pengomen artikel taraf tadika nie,.

xpe,..biar aku komen,.

"KEPALA BAPAK HANG"

Anonymous said...

Padam dah dengan umno yang berfikiran tahap tadika.
Tindakan yang dibuat di Perak pun kelas tadika juga...hehehe....

Anonymous said...

Kenapa ya....laman web pembangkang memang best dibaca..sebab kita akan mudah terpengaruh dengan benda-benda yang best...cthnya kalau kuliah mmg susah orang nak dengar sebab boring tapi benda tuu mmg berguna...satu lagii...banyak sangat la kutuk mengutuk kalau nak dibandingkan dengan laman web umno..mungkin orang umno tak reti nak mengata kot..kenapa bloggers ni tk menonjolkan diri? misti bloggers ni dikalngan guru...takut ditukarkan sekolah ke? Jenis nii cari makan menyorok2..nabi berdakwah rahsia hanya diperingkat awal....ni apa kes....so tepuk dahi tanya kat tempat bertanya..posting ya komen saya nii....

Anonymous said...

Kenapa ya....laman web pembangkang memang best dibaca..sebab kita akan mudah terpengaruh dengan benda-benda yang best...cthnya kalau kuliah mmg susah orang nak dengar sebab boring tapi benda tuu mmg berguna...satu lagii...banyak sangat la kutuk mengutuk kalau nak dibandingkan dengan laman web umno..mungkin orang umno tak reti nak mengata kot..kenapa bloggers ni tk menonjolkan diri? misti bloggers ni dikalngan guru...takut ditukarkan sekolah ke? Jenis nii cari makan menyorok2..nabi berdakwah rahsia hanya diperingkat awal....ni apa kes....so tepuk dahi tanya kat tempat bertanya..posting ya komen saya nii....

Anonymous said...

samalah juga macam awak tulis komen tak menonjolkan diri guna nama Anonymous...hehehe......he...he...
saya pun guna Anonymous...
Kalau nak dengar kuliah best sila ke
www.terengganukini.net

Anonymous said...

Guna anonymous sebab takderk blog lagi la...bukan tok reti tapi malas nak layan....baik pi semayang sunat ke apa ke...ada pekdah jugak...stu lagi tk ader ms nak blog2 nii...baik buat kerja utk pembangunan rkyat....tak sempat cik ct oii....satu lagi. lagi suka dia ( penawar rindu )kalu kita melayan blog dia ni..maknanya ader respons....buatlah blog yang boleh mmbangunkan ummah...cari formula macammana ummah kita ni boleh bersatu....idup aman macam zaman mak ayah kita tu....kalau penawar rindu ni seorang guru...at lest biarlah anak dia nanti jadi lebih dari seorang guru...anak2 kita pon tenang pikiran dia..dok gittu....misti anak2 kita pikir..org tua duk berbalah pasai politik sebab nak berebut harta..berserabut kepala mereka...kurang2 diaorang semua dapat merasa apa yang kita kecapi selama ini..awak semua ni mnjadikan keadaan tak adil untuk mereka...lu pikir la sendiri.....apa-apa hal pon takbirrr......hidup UMNO......Wassalam.