Jul 20, 2009

Sokongan makin tipis, penyokong tolak BN

KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu semakin menaruh keyakinan tinggi bahawa penyokong Barisan Nasional (BN) termasuk pemimpin mereka akan bertindak meninggalkan parti berkenaan pada bila-bila masa sahaja.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib percaya, penyokong BN, khususnya UMNO akan berbuat demikian sebaik sahaja Pas mendapat kedudukan terbaik dalam politik di negara ini.

Lebih jelas, katanya, sokongan dan keyakinan rakyat terhadap UMNO dilihat semakin tipis dan perkembangan ini akan mempengaruhi pengundi untuk memberi harapan baru kepada Pas.

“Bila-bila masa sahaja orang akan keluar UMNO, pemimpin UMNO pun nak keluar UMNO,” katanya kepada :Sinar Harian :ketika dihubungi, semalam.

Ditanya lanjut berhubung perkara itu, beliau memberitahu ada mende-ngar desas-desus berhubung perkara itu dan berkemungkinan besar berlaku peralihan politik di negeri ini selepas pilihan raya umum ke-13.:

Dalam perkembangan terbaru, Pas Terengganu terus memperkasa jentera parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan da-tang selepas meraikan kemenangan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan, Selasa lalu.

Beliau berkata, pihaknya memberi tumpuan kepada pembangunan insan teru-tama dari aspek kesedaran bagi memastikan orang Melayu mengetahui tanggungjawab mereka sebagai orang Islam.

Usaha itu diteruskan dengan turun ke setiap kawasan pada setiap minggu bagi merapatkan jurang antara pemimpin dan rakyat di samping mendengar luahan masyarakat setempat secara terus.

“Kita sudah pun memulakan pendekatan ini sejak tiga minggu lalu dan sudah melawat tiga kawasan di Parlimen Kuala Terengganu, Besut dan Kemaman,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Pas tidak menjanjikan aspek material kepada masyarakat atau ‘menggula-gulakan’ dengan wang, sebaliknya menawarkan perjuangan dalam menegakkan dasar Islam.

“Perjuangan kita adalah perjuangan bersama dan kita melihat semua terlibat dalam perjuangan ini sama ada golongan profesional, orang tua, orang muda, akil baligh dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, Harun juga memberitahu, Pas turut memberi tumpuan terhadap golongan muda di negeri ini bagi memastikan mereka tidak diabaikan.

Sumber : Sinar Harian Edisi Terengganu.

4 comments:

Ramli Abdul Halim (Melikapakjangak) said...

USTAZAH!
Kalau Pas tidak ambil tindakan bercampur gaul bagaikan ayam yang disembeli secara halal dengan ayam yang mapus pulas tengkok macam sekarang, saya yakin Pas mampu menjadi parti yang akan dipilih bagi menggantikan Umno, lambat atau bangat, Pas pasti berjaya.
Tetapi bila dikotori oleh konsep PR, apa bezanya lagi Pas dengan Umno. Babi kalau walaupun disembeli macam lembu, bukan dikatak mampus sebelum dilapah tetap haram dimakan.
Saya agak lama lama jadi pejuang kecil Pas, terutama melalui mata pena, tetapi bila Pas sertai APU dan kini PR, saya hilang kecenderungan untuk terus meminati Pas. Saya mahu Pas bergerak sendiri, soal mustahil boleh berjaya dengan cara itu tidak patut timbul kerana Allah dan Rasul akan bersama Pas. Tapi kalau ambil lankah seperti sekarang (umpama ayam yang disembelih secara halal dengan ayam yang mampus pulas tengkok macam sekarang) saya minta maaf, lebih baik saya tidak berparti politik macam sekarang. Bagi saya Pas mampu bergerak sendiri, tapi kerana kurang sabar dan kurang yakin dengan janji Allah bahawa kemenangan ttap milik Islam, maka sanggup diterima konsep PR yang bagi saya kalau BN tumbang, negara akan ditimpa petaka kerana kerajaan yang akan dibentuk tidak sebagaimana yang dimahukan oleh Pas.
Selamat berjuang, sesungguhnya tangan yang menghayung buian mampu menggoncangkan dunia, yang meneima kemuliaan syahid pertama dalam Islam adalah wanita (Sumaiyyah), yang terima Islam pertama, seruan Rasulullah s.a.w. adalah wanita (Siti Khadijah bint Khuwailid). Wanita patut bangga dan syukur kerana dilahirkan sebagai wanita!

Anonymous said...

Dok napok2 lagi ke demer benda nii...orang luor tunggu masa aja nak masuk....jadikan sejarah sebagai pedoman mcmmana jepun masuk...igt Jepun lagi bagus dari british rupanya2....potong kapla...

mekkeling said...

Jepun ke Umno ke british ke sper saper yang jahat-jahat kita tolakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Anonymous said...

Kalu kita ngaku kita ni baik...something wronglah jawabnya......