Tulisan ini adalah email dari seorang pengunjung yang mendakwa sebagai anak Kuala Krai di Perantauan.
لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْفَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُدْبِرِينَ
Sesungguhnya Allah swt telah menolong kamu dalam banyak medan peperangan dan hari peperangan Hunain ketika kamu dijangkiti penyakit ujub [ kagum diri / rasa diri hebat ] dengan sebab ramainya jumlah bilangan bala tentera kamu , maka ia ia sebenarnya tidak boleh mendatangkan apa - apa faedah ( keistemewaan/kemenangan ) kepada kamu di medan perang itu sehingga bumi yang luas dirasakan sempit oleh kamu kemudian kamu berpaling undur melarikan diri .
-Surah At-Taubah ayat 25.
-Surah At-Taubah ayat 25.
Keputusan Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai amat mengejutkan bagi semua pendokong PAS. Ini kerana Manek Urai merupakan kubu PAS. Sejarah kekalahan PAS di Kelantan tahun 1978 tetap menyaksikan Manek Urai dimenangi oleh PAS selain sebuah lagi DUN di Parlimen Pengkalan Chepa.
Kemenangan hanya dengan majoriti 65 sudah semestinya amat memeranjatkan.Walaupun mungkin PAS akan menyediakan pelbagai alasan semasa bedah siasat nanti.Suka disarankan agar selain daripada Jabatan Pilihanraya negeri Kelantan dibawah YB Fatah Harun membuat bedah siasat tersebut, elok juga rasanya Jabatan Pilihanraya PAS Pusat melalui ketua Pengarahnya YB Dato' Halim Abdul Rahman juga membuat satu bedah siasat bebas yang berasingan untuk mengkaji punca sebenar keputusan tersebut.
Bagi PAS Kelantan pula hendaklah berlapang dada dan lebih melihat kedalam didalam membuat bedah siasat itu nanti.
Beberapa insiden dalaman yang tidak berlaku di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang juga perlu di suluh.Walaupun mungkin serangan UBN itu sangat hebat, namun seandainya kita mempunyai jentera yang mantap dan hebat sepatutnya kita mampu untuk hadapi.Di Bukit Gantang dan Di Kuala Terengganu juga demikian.Itu lah sebabnya kita perlu melihat kelemahan dalaman kita.
Peranan Pemuda Pas pusat seolah-olah terpinggir dalam PRK Manek Urai. Dua program besar yang cuma dilaksanakan oleh DPPP masih juga dibayangi oleh pimpinan PAS Kelantan.Sedangkan sebelum ini sebarang pelancaran gerakkerja Pemuda disetiap PRK ianya dirasmikan oleh Ketua Pemuda Pusat itu sendiri.lihat sahaja pelancaran Gerak Kerja Pemuda yang telah diadakan pada 19 jun 2009 di Air Terjun Lata Rek, telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Husam Musa. Begitu juga dengan Himpunan Pemuda Pakatan Rakyat yang diadakan pada 5 Julai 2009 di kampung Sungai Sok juga masih dibayangi oleh Dato Haji Husam Musa.Kenapa ini semua berlaku?

Program himpunan pemuda Pakatan Rakyat itu sepatutnya merupakan satu program yang sangat grand. Namun akhirnya ia hanya jadi ceramah pentas pemuda.Kerahan oleh Pemuda PAS Pusat supaya setiap negeri menghantar 1000 peserta telah dibatalkan disaat akhir. Paling menyedihkan apabila suara-suara sinis daripada pimpinan kanan Dewan Pemuda Kelantan (SU) mengeluarkan kata-kata yang tidak sanggup untuk ditulis bagi menghalang kehadiran Ketua Pemuda Pas Pusat dan exconya ke perhimpunan tersebut. Kenyataan bekas ketua pemuda PAS Kelantan YB Mohd Zaki Ibrahim didalam mengulas kemenangan tipis di Manek Urai antaranya ialah pengundi muda telah berubah mengundi BN sudah cukup untuk membuktikan Peranan jentera Pemuda PAS gagal untuk dimanafaat sepenuhnya. Ketua Pemuda PAS yang baru mengambil alih jawatan ini, YB Ustaz Latif Abdul Rahman mesti mengambil satu tindakan untuk membetulkan dan memulihakan perakara ini. kebetulan pula beliau juga merupakan Yang Dipertua PAS Kuala Krai yang baru. Hanya tidak sampai 3 bulan beliau mengambil alih kedua-dua tugas dari penyandang asal, beliau sudah diuji dan diduga dengan Pilihanraya kecil.
Pengalaman di Pengkalan Pasir seolah-olah langsung tidak diambil iktibar di Manek Urai.
Pada tulisan ini, tidak bercadang untuk mengulas beberapa kelemahan JPN, bilik gerakan, jentera penerangan serta beberapa unit lain kerana sekiranya ada kesempatan akan diulas dalam email yang akan datang, InsyaAllah.

1 comment:
Ramai orang mahu menjadi pemimpin dan merasakan diri boleh memimpin dari pemimpin yang sedia ada. Tetapi bila jadi pemimpin barulah diketahui bahawa tidak mudah untuk jadi pemimpin.
Kerana itu Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. tidak melantik mana-mana individu yang mahukan sesuatu jawatan.
Al-Quran dan Hadis ada sebut orang macam mana yang patut dan idak patut jadi pemimpin.
Gilakan jawatan, sehingga sanggup berbuat apa sahaja, termasuk taktik dan teknik yang tidak dihalalkan oleh agama bukan pemimpin yang akan membawa laba, sebaliknya akan membawa laba.
Ustazah kena kita pikul tanggungjawab yang amat berat ini melalui hujung pena (papan kekunci komputer) untuk menyedarkan jamaah supaya terus berada di landasan Islam. Tugas ini terlalu berat dan perit. Saya sedang hadapinya.
Post a Comment