Jul 20, 2009

Unit Amal nafi program kebajikan untuk ahli

KAMPUNG GAUNG - Unit Amal Negeri menafikan dakwaan khidmat sosial masyarakat yang dilaksanakan mereka hanya untuk ahli-ahli Pas, sebaliknya ia program kebajikan untuk semua tanpa mengira fahaman politik.

Pengarah Unit Amal Negeri, Mohd Shaiful Ambia Darusa[gambar] berkata, wa-laupun penubuhannya ‘dibayangi’ parti politik tetapi pelaksanaan kerja-kerja sukarela Unit Amal tidak me-letakkan ia sebagai halangan bagi membolehkan khidmat masyarakat dihulurkan.

“Tidak dinafikan Unit Amal ini di bawah Pas, tetapi kerja-kerja sukarela yang kita jalankan tidak hanya terhad kepada kawasan atau penyokong Pas semata-mata, ia adalah untuk semua.

“Paling penting ialah kita dapat menabur bakti secara sukarela kepada masyarakat kerana jalinan kemua-fakatan sebenarnya lebih ber�nilai.

“Berkonsepkan kemasyarakatan, Unit Amal menolong mereka yang memerlukan dari aspek tenaga se-perti membantu mangsa-mangsa banjir di Johor beberapa tahun lalu. Jelas di sini, Unit Amal bukan bergerak melakukan kerja-kerja sukarela dalam ruang lingkup politik semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian sempena Jambori Amal Peringkat Terengganu yang berlangsung di sini selama tiga hari, berakhir kelmarin dan disertai kira-kira 250 ahli Unit Amal dari seluruh Terengganu.

Menurutnya, program tersebut adalah acara tahunan anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri di bawah Jabatan Amal Terengganu bagi memberi peluang kepada setiap ahli turun padang secara langsung berbakti kepada masyarakat.

Gambar dipetik dari blog jabatan Amal

“Tahun lalu kita adakan di Merchang, Marang dan kali ini selain mengadakan perkhemahan di sini, terdapat juga beberapa aktiviti sam-pingan melibatkan khidmat sosial di beberapa kampung dalam Dewan Undangan Negeri Kuala Berang iaitu Kampung Tajin, Tanjung Putat dan Telaga.

“Selain aktiviti sukaneka, kita juga menjalankan program gotong-royong membersihkan tanah perkuburan, menjalankan kerja-kerja mengecat, membina surau dan menziarahi rumah-rumah golongan fakir miskin,” katanya.

No comments: