Jul 30, 2009

Selamat berhimpun kepada GMI


Lebih kurang 50 jam dari sekarang sekali lagi kita akan sama-sama berhimpun dilokasi yang telah ditetapkan untuk sama-sama menyatakan sokongan kita terhadap Gerakan mansuhkan ISA.

Adalah pula seorang mufti menyatakan bahawa haram menghadiri perhimpunan ini sekiranya mendatangkan kemudaratan. Akan tetapi tidaklah pula si mufti ini menyatakan tetang ISA itu samada ianya menepati atau tidak dengan hukum Islam.




Anak kami yang sedang menuntut di utara tanah air sudah mula bergerak menaiki bas jam 9.00 mlm tadi. Dia sangat bersemangat dan bersungguh-sungguh mengaharapkan agar ummi sama-sama menyertai perhimpunan tersebut dan ingin sekali bertemu Ummi di perhimpunan tersebut.


InsyaAllah kami sekelurga akan mula bergerak menuju Ibu Negara sebaik sahaja selesai mendengar kuliah jumaat di Masjid Rusila.




Cuma sedikit teguran buat pimpinan Pakatan yang telah berikrar untuk sama-sama memimpin himpunan tersebut.Harapan suapaya tidak lagi berlaku seperti himpunan BERSIH 2007 dimana pada ketika itu, dimana kepimpinan utama Pakatan hanya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sahaja yang sama sama bergerak bersama rakyat dari Masjid negara menuju ke Istana negara, sedangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan En. Lim Kit Siang ketika itu hanya menaiki kenderaan menuju ke Istana Negara. Sangat-sangat diharapkan agar pada 1 Ogos nanti sama DSAI, TGHH ,LKS dan lain lain hendaknya bergerak bersama rakyat menuju ke Istana Negara.

Selamat berhimpun GMI

6 comments:

PAS-PKR-DAPigs said...

Kerajaan sepatutnya bertindak lebih tegas dalam membentras demonstrasi HARAMjadah ini.

Gunakan asid yang lebih dalam air water-cannon dan tembak dengan tepat gas pemedih mata pada sasaran nya.

Belasah seberapa banyak mereka yang degil dan keras kepala dengan cota atau belantan.

Tangkap dan tahan seberapa banyak petualang2 negara ini dan simpan dalam lock-up selama 1 minggu tanpa jaminan.

Sti Zubaidah said...

Muat ke lock-up yang ada tu?????
eeeeee....

Ayiem said...

Rakyat telah lama mengharapkan akta zalim ini dihapuskan.Desakan demi desakan dilakukan,namun suara rakyat tetap dinafikan.

Sekarang rakyat kembali ke jalan sekali lagi bagi menuntut supaya akta zalim ini dihapus.

Bukan hendak membuat huru hara tetapi hanya ini menyampaikan memorendum kepada KDYMM SPB Yang DiPertuan Agong.

Sekiranya pihak berkuasa tidak melakukan provokasi,tentu sahaja perarakan itu akan berjalan dengan aman.

Tetapi seperti biasa kita sudah menduga,pihak polis tentu sahaja akan melakukan provokasi supaya kekecohan berlaku.

Pencacai UM-no macam PAS-PKR-DAP tentu sahaja akan menyokong apa sahaja tindakan puak UM-no kerana dia memang jenis pencacai murahan yang akan menyokong semua kemungkaran.Tunggu sahajalah balasan,hidup didunia bukan boleh menongkat langit.

Anonymous said...

Lobang hidungmu tetapp menjadi pojaan hatikuu....

Anonymous said...

Ini ke yang diasuh oleh alamakkkkk....tataula nak kata apa...Jommm kita semua membanyakkkan amal sempena nisfu syaaban sebagai persediaan untuk menyambut ramadhan....jangan dilayan sangat alamakkk nii...tahun depan belum tentu lagi dapat berjumpa dengan ramadhan...meh2 jomm.........

Pembela said...

Andai Islam itu hanya tegak diatas ibadat semata-mata,maka Rasullullah tidak perlu berhijrah ke Madinah dan mendirikan kerajaan Islam disana.

Mencegah kemungkaran telah menyebabkan kaum Nabi sendiri telah menentang Baginda.