Jul 2, 2009

Ini lah Suratku

AGIHAN SEPERTI DILAMPIRAN 'A'

Assalamualaikum,
Menemui kekandaku YB 10 Budak hitam.
Pertama-tama saya memohon kemaafan diatas kehadiran satu catatan yang tidak pernah diundang ini. Tidak kiralah apakah namanya surat ini samada surat terbuka, surat terdedah, surat melayang atau boleh juga dikenali sebagai surat maya.

Kekanda YB 10 budak hitam, tatakala ini mungkin YB sekelian mula balik ke pengkalan Parlimen masing-masing setelah hampir 3 minggu berada di persidangan Parlimen. Sudah berkira-kira siapakah dulu yang hendak ditemui dalam kawasan yang wakili oleh kekanda sekalian.

YB 10 Budak Hitam,
Saya tidak mahu lagi mengungkit-ungkit tentang surat yang ditandatangani oleh kekanda di parlimen tempohari. Biarlah ianya menjadi satu lipatan sejarah hitam dalam arkib perjuangan ini. Sebagaimana sebuah surat Ayahanda Hj Ismail Abdullah seorang pimpinan kanan PAS Kelantan kepada Datuk Asri Muda pada tahun 1977. Surat tersebut kini dicari dan dibaca semula.

YB,
Saya bukanlah ahli Parlimen sebagaimana kalian semua, usahkan kata memasuki Parlimen, jalan ke Parlimen pun saya sudah tidak pasti.
Saya bukan ahli Parlimen, bukan pimpinan pusat, bukan pimpinan Muslimat Pusat, bukan juga pimpinan negeri malahan tidak sekali-kali pimpinan kawasan atau Dun . Saya hanyalah seorang yang kerdil dalam sebuah cawangan yang terpencil di sebuah kampung di Hulu Terengganu.

YB 10 budak Hitam.
Saya mungkin sangat tidak bersetuju dengan surat tempohari yang diketuai oleh YB Kekanda dari Shah Alam, kekanda YB IR Khalid Samad.YB semua jangan terkejut kerana kali ini saya sungguh-sungguh pula mengharapkan agar kekanda YB 10 hitam untuk megeluarkan satu lagi surat rasa hati / luahan kalbu bagi membuktikan bahawa sokongan kekanda 10 budak hitam tidak pernah berbelah bagi dalam hal dan kes terbaru ini.

YB 10 Budak Hitam,
Saya yakin sudah tentu sekali ada didalam pengetahuan dan makluman YB dengan apa yang menimpa kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Kedah yang di pimpin oleh YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.Mustahil rasanya para YB tidak mendapat khabar tentang tindakan Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su yang telah membuat keputusan keluar dari Pakatan di Kedah.

Disaat-saat dan ketika inilah kami dibawah ini tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti sebuah surat yang ditandatangani oleh 10 YB menyatakan sokongan samada terhadap YAB MB atau sokongan kepada Pengerusi DAP Kedah.Bukan untuk mengajar jauh sekali untuk mengarah, siapalah saya ini, namun kekanda 10 budak sepatutnya perlu terkedepan untuk membuat satu kejutan baru, pujuk lah YB Khalid untuk mendraf surat dan mintalah YB Hatta untuk menjadi jurucakap, setelah draf surat siap, cetaklah ia lalu edarkan kepada semua YB 10 budak hitam.Lepas itu panggilah wartawan semua akhbar buatlah salinan surat tersebut sebanyak mungkin untuk edaran .

YB 10 budak Hitam,
Saya tidak ada hak untuk memaksa atau menentukan siapa yang harus disokong dalam kes di Kedah, cuma saya hanya saranan satu surat tandatangan tanda sokongan samada untuk MB atau DAP.

Kekanda YB,
Sedarlah kekanda semua adalah yang berpendidikan tinggi, semuanya memiliki pelbagai latarbelakang ijazah, kecuali kak Lah ( YB Zailah) saya tidak pasti beliau belajar dimana selepas beliau belajar di Sebuah pondok di Kelantan tempohari, kekanda bertindaklah mengikut kebijaksanaan sepertimana bijaknya tindakan YB kekanda di Parlimen tempohari.Mungkin kekanda YB tidak dapat membuat sidang media di Parlimen dalam kes terbaru ini, namun kesempatan berkampung di Manik Urai elok dan sangat sesuai untuk mengadakan sidang media khas YB 10 budak hitam, kebetulan pula kawasan tersebut diwakili oleh YB Hatta.
Yakinlah YB, kalau cerdik tindakan YB dulu maka cerdik juga tindakan kali ini.

Akhirnya sebelum saya mengundur diri sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa saya tetap mengharap sangat-sangat agar satu surat menjelaskan pendirian 10 YB budak hitam akan terpampar di media cetak dan media maya, janganlah mengambil masa terlalu lama untuk bertindak.

Sekian Terima Kasih.

"ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN"
t.t.


LAMPIRAN A

1. Dr Hatta Ramli (Kuala Krai),
2. Khalid Samad (Shah Alam),
3. Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor),
4.Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat),
5. Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang),
6. Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja),
7. Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa),
8. Dr Mohd Hayati Othman (Pendang),
9. Taib Azamuddin Md Taib (Baling),
10. Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

4 comments:

Anonymous said...

semoga kesemua pemimpin PAS yang menjadi harapan kepada rakyat lebih matang dalam memberi komen dan tindakan..walaupn ilmu dan pengalam anda tidak dinafikan..namun bkn sume tndkn kt btol..

colox said...

diharapakn para pemimpn PAS lebih bijak dalam setiap tndakan..keran apa jua yang anda lakukan akan memberi kesan kapada parti..kerana anda merupakan saf hdpn perjuangan..
jgn krn anda...parti mkin lemah...

wansaufee said...

hehehe jawabla 10budak itam.

Gedung Akal said...

Maaf bertanya..
Apa masalahnya di sini?
Apa kaitan pula antara surat itu dan babi?
Masalahnya sekarang kita ghairah berpolitik semata-mata atau kita gunakan akal untuk berpolitik.
Apakah masalah kandang babi di Alor Setar itu perlukan perhatian ahli-ahli parlimen kita untuk untuk membuktikan kelicikan pihak lawan.
Apakah surat itu membuktikan kelemahn pihak kita?