Apr 14, 2010

Wine, Undi dan PRK Hulu Selangor.

Posting saya semalam nampaknya telah menarik minat banyak pihak untuk membaca dan sebahagianya pula meninggalkan komen. Saya tidak bercadang untuk mengulas komen yang ditinggalkan kerana komen tersebut tidak bernama dan komen seperti itu saya anggap sebagai orang berak di tepi jalan sahaja.

Melilih calon samada dalam pilihanraya kecil atau pilihanraya umum adalah satu amanah yang dipertanggujawab kepada pengundi.Semesti apa yang diundi akan dihitung diakhirat kelak. Ianya bukanlah sekadar main-main atau seronok-seronok begitu sahaja.

Setiap pengundi yang mengundi calon pilihan mereka tentu sekali ada hujah dan terbaik buat mereka ketika memangkah itu, kecuali undi-undi yang telah dibeli tanpa maruah.

Bagi saya, sekiranya ada pilihan didalam memilih dua calon yang bertanding, iaitu satu yang ketagih arak tegar dengan satu yang nampak baik tetapi hakikatnya bersama kerajaan yang melulusan kilang arak itu sendiri maka saya lebih berminat untuk memilih yang peminun tegar itu tadi. Pun begitu saya tetap berdoa situasi tersebut tidak berlaku keatas diri saya didalam membuat pilihan.

Peminun arak itu tetap ber dosa keatas diri beliau seorang kerana kesalahan meminum araka, beliau tidak mengajak atau membuka ruang kepada orang lain untuk bersama-sama mentekedarah minuman haram itu. Sementara seoarang lagi calon yang bersekongkol bersama-sama dengan kerajaan yang meluluskan pembinaan kilang dan mengeluarkan lesen mengimpot arak dari luar negeri.

Apabila membuka kilang untuk mengeluarkan arak sudah semesti menghasilkan arak yang banyak untuk minuman orang ramai. Maka ianya telah membuka ruang, bersubahat didalam menghasilakan arak itu sendiri. Hasil undi yang kita pangkah dengan tangan kita yang memagang pensil itulah calon yang menang telah bersama-sama kerajaan yang meluluskan lesen arak. Kita subahat sama didalam membuka ruang pembinaan kilang arak tersebut.

Sedangkan sekiranya memilih peminum tegar tadi, beliau dibuka hidayah oleh Allah untuk bertaubat maka selesailah untuk diri beliau. Namun bagi pembina kilang tadi ianya telah menyediakan atau menyajikan minuman haram tersebut kepada orang ramai. Menggalakan rakyat dengan membuka kilang dan mengimpot arak dari luar itu lebih besar mudaratnya.




Dalam bab ini sebenarnya jauh sekali melangkaui soal anak tempatan atau orang luar.
Fikirlah, renunglah...
Sebenarnya ketika saya menulis ini saya belum mengetahui secara sah siapakah calon yang menjadi pilihan PKR untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor.

* Kalau dalam posting yang lalu ada pengendali blog yang berani menampal tulisan saya di dalam blognya, kali ini juga saya harap beliau tetap berbuat demikian.

Selamat Maju Jaya, berusahalah untuk mencari Redha Allah.

Selamat brtugas kepada semua pertugas PR Di Hulu Selangor. Buatlah yang terbaik .

33 comments:

Anonymous said...

patutnya pemerintah yang memerintah negeri yang ada kilang arak skang tu dah tutup kilang arak tu...
tapi semua orang tertipu, itu hanyalah kempen semata-mata...

Anonymous said...

Lesaen tu kerjaan pusat lah, jgn nak belit-belit dan tipu...tuhan tahu dosa siapa...

duluPas said...

Kebenaran menjalankan kilang arak dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat dan tertakluk kepada syarat2 termasuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan

Setelah mendapat kebenaran, Pengilang perlu memohon lesen premis dan lesen perniagaan dari pihak berkuasa tempatan yang harus diperbaharui setiap tahun.

Pihak berkuasa tempatan atas nasihat atau arahan Kerajaan Negeri berhak menyambung atau membatalkan lesen tahunan berkenaan, misalnya atas jika polisi baru kerajaan tidak membenarkan kilang arak dijalankan di negeri berkenaan. Pengilang akan diberi tempoh yang munasabah untuk menghentikan operasi atau memindahkan operasi ke lokasi lain.

Dalam hal kilang arak Calsberg atau Guiness misalnya, Kerajaan Negeri Selangor berhak dan berkuasa untuk menghentikan/mengarah ditutup kilang berkenaan dengan memberi notis yang munasabah.

Jadi Puan CTkay, adakah puan bermaksud Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri selangor sebagai pemberi lesen menjalankan operasi kilang arak adalah leburuk daripada Zaid Ibrahim peminum arak tegar, lantaran Puan lebih berminat memilih peminum arak tegar tersebut sebagai wakil Pemimpin Pakatan yang mengeluarkan lesen operasi?

harap maklum, apabila kerajaan Negeri Pakatan Rakyat membatalkan lesen berkenaan, kebenaran yang diberi oleh kerajaan Pusat adalah tidak boleh diteruskan.

Kuasa ditangan Kerajaan pakatan, jadi mengapa tidak dibatalkan dan tidak disambung sahaja lesen2 operasi kilang arak tersebut.


Sebelum menyalak, lihat lah dahulu ke kiri dan ke kanan....jika tidak, pendapat puan amat memalukan umat Islam, mencari2 apa sahaja alasan demi menghalalkan pencalonan seorang peminum tegar.

Apa pun, apakah semua ahli2 parlimen BN bersetuju dengan kilang arak dan sebaliknya apakah semua ahli2 parlimen PR tidak bersetuju dengannya?

Calon yang menang nanti, sama ada dari PKR atau BN tidak semestinya seorang yang akan mendokong atau bersetuju dengan kilang arak. jadi alasan puan hendak memuliakan peminum arak tegar berasaskan hujah begini amatlah memalu dan dangkal sama sekali.

Cekik said...

Cik Puan oi,

Kalau pun Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri (termasuk negeri Selangor lah) membenarkan kilang arak, ia bukanlah untuk dijual kepada orang2 Islam sebaliknya negara kita juga merangkumi rakyat bukan Islam yang meminum arak.

Walaupun ada 1000 kilang arak sekalipun, umat Islam bukan sahaja ditegah meminum arak malah mempunyai pilihan jelas untuk tidak meminumnya.

Lebih2 lagi seseorang yang ingin menjadi pemimpin dari kalangan Islam wajib bersih dari amalan arak, judi dan sebagainya. Beliau seharusnya seorang yang sudah jelas dengan hukum haram halal agama.

Zaid Ibrahim boleh memilih untuk tidak berjudi, meminum arak sebagai seorang yang berpendidikan untuk menjadi pemimpin. Sebaliknya, Zaid memilih untuk menjadi peminum wine, wisky dan beer tegar, apakah ini sepatutnya oleh seorang pemimpin Islam yang ingin didahulukan oleh puan? Masyallah.

Apakah puan yakin peminum arak tegar ini akan menyokong diharamkan kilang Carlsberg selepas dipilih nanti, berbanding misalnya seorang Ahli Parlimen BN Islam yang tidak minum arak? Atau seorang calon PKR/MIC yang bukan Islam tetapi tidak minum arak berbanding Zaid? Tidak semua orang bukan Islam minum arak.

Jadi pandangan Puan bukan sahaja memperlihatkan ketidakmatangan puan malah merendahkan mertabat ciri2 pemilihan seseorang pemimpin berugama Islam.


Tidak kira parti apa seseorang itu berada, samada UMNO, PAS, PKR atau lain2 parti, seandainya semua pemimpin2 Islam bersatu padu membentuk sebuah kerajaan berlandaskan Islam, nescaya umat Islam akan patuh dengan hukum2 Islam walaupun ada kilang2 arak didirikan untuk bukan Islam.

Zaid Ibrahim minum arak tegar, tapi yang disalahkan ialah pembinaan kilang2 arak. Zaid tak boleh fikir ke sendiri arak dan judi itu haraaaaaaaaaammmmmmm?

Anonymous said...

Pandangan puan amat mengejut dan memalukan umat Islam

Anonymous said...

yang AJK Pemuda umno pusat menjamukan arak sambutan ulangtahun perkahwinannya tu apa ke jaddah?

Anonymous said...

Jangan belit, lesen yang awak sebut melalui pihak berkuasa tempatan adalah lesen menjual.

Ok sekarang tanah dah milik syt, tersebut,,syarat tanah Kilang minuman keras. Yang sambung lesen kebenaran mengilang tu zaman pakatan ke zaman BN? Lesen tu pulak disambung beraopa tahun? cuba check...baru tahu...jangan belit2...arak tu tetap haram...beza tak antara minum sorang dan buat kilang untuk org ramai...tak kan sama pulak...malaung betul kamu ni

duluPas said...

Pihak Berkuasa Tempatan mengeluarkan pelbagai lesen, termasuk lesen papantanda premis arak, lesen menjalankan perusahaan membotol arak, lesen premis kilang, lesen mengsetor, dan macam2 lagi. lesen2 ini boleh diperbaharui setahun sekali. sekiranya Kerajaan Negeri sekarang (Pakatan Rakyat) membuat dasar/polisi baru iaitu mengharamkan kilang arak, mengharamkan perniagaan rumah urut, saya ulang RUMAH URUT yang semakin tumbuh bak cendawan di negeri Selangor, maka perusahaan dan perniagaan ini hendaklah ditutup/berhenti operasi.

Tetapi Kerajaan Peminum Arak Tegar ini masih mahu meneruskan bukan sahaja operasi kilang arak malah penjualan arak di 7-Eleven dan menambahbiak rumah2 urut dan refleksoloji dan urut batin di seluruh negeri Selangor.

Syabas Ronnie Lau dan DAP, dengan sokongan padu PAS, hinggakan Hassan Ali pun kena terajang dan ditutup mulut sekarang.

Apa bezanya, kilang arak, judi kuda empat ekor, jual arak, rumah urut?

duluPas said...

anon 8.41 kata ...beza tak antara minum sorang dan buat kilang untuk org ramai...tak kan sama pulak.

Bodohnya jawapan malaun ooi!

Yang minum "seorang" itu ialah seorang yang beragama Islam, kononnya pemimpin Islam, mengkedarah arak tapi seorang Islam, apakah nasihat kepimpinan dan nasihat agama yang malauun boleh dapat dari seorang pemabok atau boozer?

Buat kilang untuk orang ramai, tapi bukan untuk orang Islam wahai malaun. Undang2 negara ini mengharamkan penjualan arak kepada orang Islam, tetapi tidak kepada orang ramai yang bukan Islam. Jangan le twist dan spin, kau yang tersungkur.

Tapi bila kilang arak di negeri pakatan rakyat Selangor masih beroperasi, yang memilih untuk minum berbotol2 arak ialah Zaid Ibrahim (disahkan oleh puan Ctkay). Kerajaan tak suruh pun dia minum arak.

Jadi, kau nampak sekarang perbezaannya? kecualilah kau berfikir dengan kepala lutut!!!

duluPas said...

Syarat tanah kilang minuman keras? Atau perindustrian? Adakah pegangan tanah selama2nya atau pajakan. kerajaan negeri Selangor sekarang berkuasa menaikkan cukai tanah berlipat ganda bagi discourage kilang itu beroperasi. kerajaan negeri juga boleh tidak menyambung geran pajakan 60 atau 99 tahun yang diluluskan nanti, jadi kilang kena tutup.

PBT juga boleh tidak memperbaharui lesen jual arak atas arahan kerajaan Negeri Gagap. Adakah Khalid Gagap sanggup melakukan dasar Islam ini dengan sokongan DAP? Tepok dada tanya selera, rumah urut bercambah2.

Ternyata lesen2 yang diperbaharui oleh kerajaan BN dahulu, terus menerus disambung pembaharuan oleh kerajaan Pakatan sekarang, pada 2008, 2009 dan 2010. So, apa bezanya zaman bn dan zaman pakatan?

Adaaaa bezanya malaun ooi, iaitu kita panggil itu MUNAFIK yakni menuduh orang membuat jahat sebaliknya diri sendiri pun melakukan kejahatan itu. Jadi, pakatan munafik ni lebih buruk dari barisan penjahat itu sendiri.

Ada paham?

boleh cherita sikit tentang Hassan Ali dan penjualan arak di 7-Eleven?

Anonymous said...

Ajk pemuda umno pusat menjamu arak.....apa kejadah.

Samalah dengan Zaid Ibrahim minum wine, wiski, arak berbotol2...apa kejadah.

Sama lah tu, tapi kau sebut saja nama ajk tu, kami tetap kondem ajk tu sama seperti Zaid, tapi hang sanggup ka kondem Zaid...lebih2 lagi Zaid bukan level ajk pemuda malah Pemimpin Atasan PKR yang dijulang oleh Anwar, DAP dan kini PAS.

Ajk peminum itu kalau betul, alamat tak akan naik le ke atas sepertimana Zaid sanjungan kamu.

Anonymous said...

Anwar Ibrahim semasa jadi Menteri Kewangan dulu pun banyak meluluskan lesen2 empat ekor, judi magnum dan special ballots, hang sokong dia jugak ka?

Ada ka dia kata kalau di jadi PM nanti dia akan tutup semua kilang2 arak, judi2 empat ekor, dan rumah2 urut? Ada janji dia?

Kalau dia berkata macam tu, mai malam ni juga kita pakat2 skong dia....kehkehkeh, nak bersumpah pun dah tercirit, apalah nak berjanji macam tu....dah tentu kena terajang dengan Kapal Singah dan Kit Siang.

gapodio said...

ni semua nak menghalalkan yang haram je ni, nak menghalakan cara...
dulu bukan main lagi kempen, kalau pegang negeri kita tutup kilang arak yang besar tu. semua orang tertipu..
betul cakap duluPas, hujah anda memang tepat.dan saya sebagai seorang muslim malu dengan hujah ctKay yang nak menghalalkan cara asalkan matlamat tercapai.
pandai sangat dulu cakap yang ni salah yang nu salah tapi rupanya sama je...
dah terang terang the power is in your hand tapi tak guna n salahguna power yang ada...
yang kita dapat skang ni kilang arak dibiarkan beroperasi tapi pembinaan uitm dibatalkan sebab YBK tak setuju masukkan mb dan exco sebagai ahli lembaga amanah...
gile btul...

berukmatyeh said...

dah kita pakat sokong najib tu dia ada janji ke nak tutup kilang arak...tak payah cakap banyaklah...pas dah janji nak laksana islam..pun tak mau ikut..bila hati ebrkarat dan dah tertutup oleh makanan haram begitulah jadimya.

Anonymous said...

aku x heran pun dgn komen ko, dah ko tu beruk, 2 bukan salah ko, nk buat cmner kn.. mmgla kerajaan pusat meluluskn pembinaan benda2 2 sumer, diorang pun bknnyer bagus sgt, tp die bg pn sbb mempertimbangkn hak rakyat2 yg bkn beragama Islam, lgpn kilang 2 bknnyer ader kat seluruh Malaysia, kat Selangor ngan Penang ko x payah ckp la, mmgla nmpk byk kalo bende 2 jer yg ko nk tgk, kalo ko bandingkn dgn kilang2 dr industri2 yg lain, ader berape kerat jer kilang2 bende haram 2.. tp kalo ko nk kate kalo PR memerintah, PAS bleh menyuarakan untuk tutup semuer kilang2 2, mmg bs la, org Melayu dan org Islam ni jd hambe diorg jer, dan aku rase pas2 ader je la alasan2 atau fatwa2 untuk halalkn bende2 2, ak dulu respek jgk nik aziz ni sjk ak studi kat kelantan ni(still ongoing), tp kalo keje die asyik backup jer bangsa2 DAP dan PKR 2, mintak maaf la tuk guru.. dan pasal org Islam yg minum arak pulak, org Islam yg minum arak dan org x berakal jer yg xtau bezakn bende ni, tp kalo matlamat da menghalalkn ape jua care sekalipun, allahualam..

gapodio said...

beruk matyeh,

ko jangan buat lawak la cakap pas nak laksana islam...pas hanya mempergunakan islam untuk kepentingan politik dan peribadi...parti je yang ada nama islam...
apa yang pas dah buat untuk memertabatkan islam???

Anonymous said...

Inilah namanya entry "bola tanggung". Tulis ikut nafsu.

Anonymous said...

Wah dasyat sekali puan Pas menghalalkan Peminum Arak Tegar (Islam pulak tu) menjadu calon pilihan puan Pas hanya dengan berhujahkan Kilang Arak Karlsberg!

Nak tanya puan, puan pasti ke Peminum Tegar ini akan bertaubat dan berjuang untuk menutup Kilang2 arak yang sedia ada di Selangor dan Pulau Pinang? Setuju kah Khalifah Guan Eng dan Ronnie Lau nanti?

Apapun, puan kata kerajaan menggalakkan pembinaan kilang2 arak. Boleh bagi statistik berapa kilang arak yang ada di Mesia berbanding kilang2 lain?

Kalau tutup semua kilang2 arak nanti, setuju ke puan jika Kerajaan Pakatan terpaksa mengeluarkan berlambak2 lagi lesen import untuk arak2 luar negeri bagi menampung keperluan penduduk bukan Islam?

Apa beza kalau lesen2 import arak ditambah dan kilang2 arak ditutup, kepada penjualan arak untuk orang ramai?

Puan dah silap kot, tak kan pulak kita nak mengharapkan seorang peminum arak tegar dan penjudi kuda lumba untuk menyeru supaya kilang2 arak ditutup dan lesen2 import diharamkan?

Nanti geng2 lawyer Zaid mesti marah punya kepada Haji Zaid.

dugo said...

Disarankan Puan padamkan sahaja topik penulisan ini. Saya khuatir jika dipaste ke blog2 lain akan mengaibkan Puan dan merosakkan imej PAS.

Penulisan puan dan setelah membaca komen2 ramai pembaca yang ada argumen-argumen serta kebenarannya tanpa disanggah oleh puan, mencerminkan tahap pendapat puan yang sangat janggal dan tidak konsisten.

Tolonglah puan padamkan tulisan ini kerana kita sesama Islam sedang berbalah akibat pandangan puan yang saya sendiri sangat sangsi.

Anonymous said...

Pendapat puan untuk mengiyakan seorang Islam tetapi peminum arak tegar sebagai Pemimpin amat memeranjatkan saya.

(puan sendiri telah menghebohkan sifat Zaid ini dalam topik terdahulu, bererti puan sudah mengumpat akan sifat Zaid Ibrahim).


Mengapa jadi begini?

Anonymous said...

Sebelum ini Puan tidak sokong Zaid Ibrahim jadi calon kerana peminum arak tegar.

Kemudian Puan letakkan gambar Kilang Carlsberg di Negeri Selangor dan menyokong pulak Zaid.

Membingungkan!

Kalaulah Puan mengesyorkan supaya pengundi Pas di Hulu Selangor membuat "undi protes" dalam situasi begini, alangkah indahnya pegangan Puan.

Puan telah merosakkan PAS.

Pas Bkt Sentosa said...

Pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon adalah kesilapan besar. Sepatutnya calon tempatan yang berkelayakan seperti Dr Halili yang diberi peluang kerana Zaid amat kontroversi terhadap PAS.

Kami kecewa yang amat sangat. Zaid bukan pun rakyat negri Selangor, dan tidak pernah menjejak kaki ke Hulu Selangor sebelum ini.

Di peringkat bawah, kami sungguh kesal dan sudah bertekad untuk memboikot calon PKR kali ini. Kami nekad.

Sentimen kami tak sama seperti di Kelantan atau Terengganu. Rata2 kami mahukan isu2 seperti YBK dan rumah2 pangsa diselesaikan.


Sepatutnya Pas Pusat mempengaruhi DS Anwar untuk tidak memilih Zaid. Kali ini peluang PR amat tipis.

Anonymous said...

Dah semakin lingkup PKR ni. Seorang lagi Adun dah lompat keluar! Dulu Syed Husin kata PKR dah bersih dari segala sampah.

Rupa2 masih banyak sampah di dalam.

TukarTiub said...

Ada sekor lagi MP PKR nak keluar parti, khabarnya MP dari Selangor dan akan umum beberapa hari sebelum hari pengundian.

Minta2 ini cuma kabar angin.

Anonymous said...

Takde calon lain ke selain Zaid. Bodoh sangat ke orang kat Selangor?

Anonymous said...

Rosaklah Pas kalau menyokong peminum arak tegar jadi pemimpin. Ke mana prinsip dan tuntutan agama dicampakkan?

GuruPASti said...

Dangkal sungguh pemikiran puan. Memalukan.

Otak Biul said...

PKR = Peminum Arak Tegar
MIC = Kilang Carlsberg
Bebas = Bukan kedua2 di atas

Tapi pilihan puan ialah Peminum Arak Tegar. Kenapa tidak "Bebas"? Lebih2 lagi jika calon Bebas itu seorang Islam.

Puan telah mempersendakan prinsip agama dan intelektual puan sendiri.


Kenapa tidak Bebas? Saya yakin puan akan cuba memulas otak untuk menidakkan pulak calon bebas dengan faktwa baru nanti agar Peminum Arak Tegar dijustifikasikan.

Otak Biul

Anonymous said...

1. KITAR SEMULA! Itulah gelaran yang diberikan oleh pemimpin dan penyokong PAS, PKR dan DAP kepada calon-calon BN sekiranya meletakkan calon yang pernah kalah atau digugurkan untuk bertanding semula di dalam sesuatu pilihan raya. Tan Sri Isa Samad contohnya (sini, sini dan sini), ketika bertanding di Bagan Pinang dihumbarkan kata cercaan sedemikian tanpa henti. Malah sekiranya G. Palanivel dicalonkan semula oleh BN di Hulu Selangor, maka gelaran itu juga akan turut dicanang kepadanya.

Anonymous said...

2. Menariknya di Hulu Selangor, PKR lebih pantas berbanding BN dalam meletakkan calon kitar semula malah uniknya ialah calon berkenaan juga merupakan katak (dari satu parti ke satu parti yang lain) yang terbuang (dipecat! sini) dalam arena politik.

Anonymous said...

Bodohnya Anwar letakkan Zaid si penentang hudud terang-terangan.

Bodohnya Pas kalau menyokong Zaid.

Anonymous said...

Mek,
Mung pernoh tengok ke dia (DZaid) minum arak? Hok mula start kata DZaid sebagai peminum arak tegar klu dok silap aku blogger sangkelembai, habih sekawang deru ikut dengor kata/cakap sangkelembai! Mung kenal ke sapa dia sangkelembai tu? Cakap siang kena pandang2.....malam kena dengor2. Aku harap sunggoh DZaid kaloh di PRK Hulu Selangor kali nih sebab mung ngan keluarga mung mek dok turun bantu!!!!!

ahi4855
cheras

Anonymous said...

tak kan berhenti dah komen....jom ah ramai ramai komen puan ni, ayuh komen guna akal je...menampakan tiadanya ilmu....bodoh.