Apr 20, 2010

Semua mantan PM kecuali Pak Lah minum arak

Tengok siapa yang kena - Sendiri Mau Fikir...


BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.

Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.

"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.

Bercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."

"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.

Bagaimanapun, Mustafa memberi jaminan, PAS tidak akan mengikut rentak parti lawan dengan mengambil pendekatan yang sama kerana strategi tersebut "orang PAS tidak pernah buat".

"Tidak, tidak, tidak. Maknanya nak beri tahu, kalau PAS nak main isu ini, dah lama dulu PAS boleh main. Tetapi PAS tak buat, kita jaga etika.

"Tetapi saya nak bagi tahu, kamu (Umno) main isu Zaid ini, kalau kita (PAS) hendak main, kita boleh sebut.

"Ini apa yang kamu buat dulu, sekarang pun kamu masih terus (terlibat)," katanya ketika disoal sama ada PAS akan mengikut rentak yang sama dengan Umno selepas ini.

Ditanya sama ada PAS mahu menjadikan isu tersebut sebagai "peluru terakhir" dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor kali ini, Mustafa sambil ketawa berkata:

"Tengoklah kalau (mereka) agas (sombong) sangat."

Katanya, isu melibatkan peribadi silam Zaid sengaja dimainkan Umno kerana parti itu tidak mempunyai sebarang lagi itu untuk "memukul" Zaid.

9 comments:

ahi4855 said...

Kak CT, PM Malaysia
1. Tunku Abdul Rahman Putra
2. Tun Abdul Razak Husin
3. Tun Hussein Onn
4. Tun Dr. Mahathir Mohamad
5. Tun Abdullah Ahmad Badawi
6. DS Mohd Najib Tun Abdul Razak

Apa yang cikgu pa royat, hanya PM no. 5 saja tak minum alkohol. Mak ooiiihhhh.....!

al-brangi Online said...

UMNO tak dok modal doh. Bila abih modal, maknanya apa?

said menerong said...

puan ctkay, mintok lalu sket. maaf banyok sebab lari dari topik. link ini sungguh cantiiikkkk.... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/4/20/mstar_berita/20100420121704&sec=mstar_berita

'Bung Moktar, Zizie Mengaku Berpoligami Tanpa Izin'

nok dengor gok tok al-brangi wi ulasan sket pasal orang gagoh saboh nih.....

Anonymous said...

Puan CT,

ingat ko dah insaf dengan segala keinsafan tak mahu lagi mengumpat pasal arak.....

rupa2nya dendam kesumat mu membara2, menghebah2kan segala keaiban orang bermula dari Zaid.


nak tanya sikit, kau pernah tengok ke tiap2 PM tu minum?

Anonymous said...

"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," Dato' Mustafa Ali

Anonymous said...

Hah!! Ini sudah cukup gempar! Semua mantan PM pernah minum arak kecuali Pak Lah? Suruh dia buktilah kerana CCZ yakin cukup ramai rakyat sedang mengepal-ngepal penumbuk bila dengar kenyataan Mustapa Ali.

Jangan cakap saja. Kena beza antara seloroh dengan bercakap benar. Dulu bukankah ada di kalangan PAS sendiri yang melemparkan fitnah kata Tun menonton vcd lucah dengan cucunya?


Dan sekarang Mustafa Ali pulak. Yang lebih palatnya, Mustapa telah memburuk-burukkan mantan-mantan PM yang telah meninggal dunia.Ini sudah lebih!


Tuah ayam ada di kaki
Sial manusia ada di ?

Anonymous said...

hihihihik......panas gelepor ke?!!

yam seng, yam seng, yam seng

dey thamby, ada mantan pm yang belum arwah, maa!

kepanasan, kepanasan, kepanasan

ustazJqaf said...

Betul ke...kita juga selalu cerita bagaimana kejahatan Omar Alkhatab sebelum dia memeluk Islam...dia pun dah mati...mcamana tu>?

Anonymous said...

begitu lah orang umno yer,,dia yg start dulu pasal arak..

bila dh trkena kepala sendiri..baru tahu..

memang umno ni jenis bodo sombong..

susah nak di ajar..tahu dh pemmpin peminum arak,tahu doh pmnpn rasuah,tahu dh pmnpn kaki betina,tahu dah pmmpn kaki mabuk,tahu dah pmmpn khianat bangsa..bla bla bla..

tp tetap sokong umno..jenis org melayu umno..