Apr 12, 2010

Ini mungkin PRK Pertama Kami tak Hadir.


Semenjak Pilihanraya umum ke 12 Mac 2008, sudah beberapa kali pilihanraya kecil diadakan. bermula dengan parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu,Penanti, Bukit gantang, Bukit Selambau, Permatang Pasir, manik Urai dan Bagan Pinang.


Kesemua pilihanraya kecil tersebut samada Dun atau parlimen kami sempat menjenguknya. Misalnya di Permatang Pauh, sebaik selesai Muktamar Pas ke-54 di Ipoh kami terus ke Permatang Pauh. Begitu juga di Bukit Selambau, walaupun semua pertugas Terengganu diarahkan ke Bukit Gantang, kami sempat menjenguk 2 hari di Bukit Selambau.

Sementara di Bagan Pinang, kami berada agak lama sedikit dari tempat lain dan gerakjerja juga lebih kuat dan tersusun.

Kini Pilihanraya Kecil datang lagi, ianya di parlimen Hulu Selangor, sempadan dengan Tanjung Malim Perak, dulu dikenali sebagai Parlimen Kelumpang. Kerusi ini adalah kerusi PKR, tidak boleh tidak ianya mestilah diserahkan kepada PKR. Kecuali ada seseuatu yang diluar jangka.

PKR sendiri dikahabrkan akan meletakkan Zaid Ibrahim sebagai calon. Saya bukanlah jenis yang berselindung-selindung. Terus terang secara jujur saya katakan bahawa mungkin inilah pilihanraya kecil selepas PRU 12 yang saya tidak akan hadir sekiranya sah Zaid Ibarhim sebagai calon PKR. Saya ada 3 sebab sendiri yang membuatkan saya tidak akan turut sama didalam PRK tersebut:

1. Zaid Ibarahim adalah berfahaman sekuler yang tegar.

2.Zaid Ibrahim pernah menyaman hudud kelantan dan Terengganu.

3. Zaid Ibrahim adalah peminum wain yang tegar.


Mungkin ada pengunjung dan pembaca yang tidak dapat menerima alasan saya, terserah kepada anda, saya juga tidak bercadang untuk mempengaruhi anda supaya sama sama tidak ke PRK tersebut, ini cumalah luahan saya.
Selamat maju jaya, Berjuanglah kerana untuk mencari redha Allah, bukannya redha manusia.
Selamat berPRK.

12 comments:

al-brangi Online said...

Salam,

Saya pun bermaklumat begitu (item no.3), cuma saya bersangka-baik dia telah bertaubat setelah dia menunaikan haji pada tahun lepas.

WALLAHU'ALAM

orang dalam said...

cuba pergi kerumah beliau di tingkat bawah dan atas ada mini bar.

Anonymous said...

peminum WAIN yang tegar????? boleh tak kemukakan buktinya di blog nie, supaya kita tidak dikatakan memfitnah. tq....

Anonymous said...

1) zaid ibrahim sekular? -namun dia sanggup tinggalkan jwtn menteri kerana ada isu yg dia tak puas hati dengan kerajaan. Dia bukan pelompat parti, atau keluar setelah dipecat atau hilang jawatan. Dia keluar sewaktu di puncak. Jadi, dia seorang berpirnsip

2) dia pernah menentang hudud. Ya, betul. Dan hal ini juga perlu dijustifikasi oleh PAS. Dan adakah penentangannya bersifat total atau klausa2 tertentu sahaja dalam Enakmen yang dilakar oleh PAS.

3) Peminum wain tegar? Masya Allah. Sedangkan NAbi dahulu apabila datang seorang sahabat yang mengaku berzina, nabi suruh dia balik dan bertaubat.
Dosa yang paling besar ialah apabila kita menyebarkan fitnah. Tapi, kalau mengumpat pun berdosa juga.

org sg petani

duluPas said...

PEMINUM ARAK TEGAR DAN PENENTANG HUKUM HUDUD SAH CALON PAKATAN RAKYAT DI HULU SELANGOR
************************************

Tahniah Pakatan Rakyat diatas pemilihan Zaid Ibrahim pemilik kuda2 lumba judi di Singapura dan Australia sebagai calon PKR di Hulu Selangor.

Kalau kuda2 lumba taruhan judi pun menjadi kegemaran Zaid ini, apatah lagi kegemaran minuman2 coca-cola, sarsi, F&N soda.....nak tahu lebih lanjut, tanyalah kawan2 di mana tempat lepak Zaid ini diwaktu malam, sudah tentu bukan di kelab2 di Kota Bharu atau Kuala Kubu Bharu.

Bab hukum hudud tu, tak apalah Nik Aziz dah ampunkan Zaid buat seketika ini.

Isu sekular ini pun, kan Nik Aziz dah kantoi dengan DAP jadi Zaid ini apalah bezanya.

Tapi pada geng2 yang hendak membela Zaid pasal coca-cola,....hmmm pikiq2 lah habis2.

Depa kata air ais krim soda itu sama color macam white wine, betui ka? saya pun nak bersangka baik, tapi apakan daya....

kelab, kuda dan ais soda....agak2 ada di restoran mamak atau di....?

tak apa, PAS sedia mengampunkan

Anonymous said...

Kalau dah bertaubat selepas haji, buat apa dia masih simpan kuda2 judi haram tu?

Haji Zaid, boleh tolong jawab?

Org sg petani, nampaknya saudara tidak begitu mengenali Haji Zaid ini. Rajin2 lah membuat research, dalam google pun senang.

Anonymous said...

kenapa kuda tu haram pulak? kuda tak haram, judi yang haram

Rizwan said...

hahaha...

politik punya pasal, manusia macam zahid pun sanggup terima.

PAS, takda tulang belakang ke? lembik kerana kuasa. mcm mana kami org atas pagar nak kosong?

dah ludah jilat balik.

kalau yg tak kenal zahid, he holds a law firm ZICO. setiap bulan lawyer-lawyer dia pegi pub, disco untuk 'networking' dan 'entertainment'. ini adalah fakta yg jelas. segenap org politik kat malaysia tahu siapa zahid, apa dia minum, apa dia makan...

a succesful corporate lawyer, they sacrifice a lot...

PAS, kene jadi macam UMNO.
Kuatkan bangsa melayu, kuatkan ekonomi orang melayu, tolong org melayu, tetapi tak sekular macam umno.

Baru boleh org sokong.

ini tak, demi kerana kuasa, dari nik aziz sampai ke nik zainuddin, semuanya lembik dan terima segala sampah sarap yang membelakangkan islam.

buang masa...

mamat Terengganu said...

Umno kuatkan ekonomi melayulah hingga pelajar melayu tak dapat biasiswa di IPTA, tiap tiap bulan terima notis dari PTPTN walaupun terus menganggur dan menganggur.

Cekik said...

Anonymous said...
kenapa kuda tu haram pulak? kuda tak haram, judi yang haram
14/4/10 12:22 PM


La bodohnya malaun anon ini. Yang dimaksudkan kuda2 judi haram ialah, memiliki kuda2 lumba untuk tujuan perlumbaan perjudian nombor ekor lah tu, sapa yang sebut pasal kuda tu haram.

bahasa yang simple pun hang nak spin. bodonya hang, cakap le pasal isu judi tu bukan pasal kuda belang atau kuda padi,

hai...lembab2 pemikiran

mamatrg said...

jangan marah...anda perlu sabar...
Tak baik marah...test sikit marah dah...kui...kui...kui...jenis ponggoh

Sokong Bebas said...

Zaid Ibrahim SANGAT TERCEMAR

Komen oleh Puan Penawarrindu;-

Apa yang cuba dikemukakan disini, Zaid sendiri mempunyai latarbelakang yang sangat tercemar. Selain dari pernah menyaman hudud banyak sangat perkara lain yang amat mengguris hati umat Islam sekiranya disebut disini. Apakah rasionalnya PKR ( jika benar) beria-ia sangat mahu meletakaakn beliau. Beliau bukanlah anak tempatan dan pertandingan di Hulu Selangor juga perlu cermat kerana kalau dikira pada keputusan pilihanraya Dun sepatutnya BN boleh menang lebih dari 6000 undi.


Bukan sahaja kilang Carlsberg yang tercemar, Zaid Ibrahim pun puan dah mengaku SANGAT TERCEMAR!

Jadi masih nak sokong calon tercemar ini?