Dec 3, 2008

PRK Kuala Terengganu satu kajian buat renungan

Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan selewat-lewatnya 27 Jan 2009, iaitu tarikh terakhir 60 hari selepas ianya kosong kerana kematian Ahli Parlimen tersebut Dato’ Razali Ismail pada 28 Nov 2008.

Parlimen Kuala Terengganu yang mempunyai empat Dewan Undangan Negeri iaitu N13 Wakaf Mempelam, N14 Ladang, N15 bandar dan N16 Batu Buruk.
Dalam piliharaya umum ke-12 pada 21 mac 2008 PAS telah memenangi 3 dari 4 Dun tersebut.

Secara lojik akalnya atau secara teori sepatutnya dengan memenagi 3 dari empat Dun di Parlimen Kuala Terengganu Hj Mohamad Sabu sebagai calon Pas P036 telah memenangi Parlimen tersebut.Namum hakikatnya semua sudah maklum.
Disini dapat dilihat pengundi di Parlimen Kuala Terengganu hanya sedia menerima Pas di peringkat Dewan undangan Negeri sahaja, sebaliknya mereka telah menolak Pas atau mengundi BN diperingkat Parlimen.

Walaupun ada yang menyatakan bahawa Mohamad Sabu tewas kerana undi Pos, namum hakikat atau realiti pengundi pos bukan penentu utama dalam keputusan tersebut.Teori tersebut mungkin berasasakan kepada angka sebelum peti undi pos dikira.

PAS 31,881
BN l 31,566
Majoriti 315.

Namum selepas undi pos dikira , keputusan telah berpihak lepada BN dengan mendapat 32,562 dan PAS 31,934 dengan majoriti 628 .

Mari pula kita sama-sama melihat angka keputusan 4 Dun Dalam Parlimen tersebut itu:

N13 - WAKAF MEMPELAM
PAS...........9,645
BN ............7,452
Maj.............................................+2,193

N14 - BANDAR
BN .............7,831
PKR............6,689
Maj.............................................-1,142

N15 - LADANG
PAS............6,723
BN..............6,692
MAJ................................................+31


N16 - BATU BURUK
PAS...........10,672
BN.............. 9,511
MAJ..............................................1,161

Keseluruhan dari majoriti Dun diatas sepatutnya PAS memenangi parlimen tersebut dengan majoriti 2243 undi.

Angka diatas menunjukkan bahawa 1615 pengundi di keseluruhan 4 Dun diatas telah mengundi BN di Parlimen dan PAS/PKR di peringkat DUN.
Untuk memastikan angka sebenar dari Dun Mana yang mengundi sedemikian perlu dilihat kepada jumlah undi yang didapati oleh BN dan PAS menerusi keputusan Parlimen mengikut Dun.

Ada cakap-cakap yang menyatakan bahawa faktor ini adalah kerana Mohamad Sabu merupakan calon yang dimpot dari luar Terengganu, kerana rakyat Terengganu masih belum dapat menerima calon calon luar dari Terengganu sepertimana pengundi Kelantan yang boleh menerima 4 calon Parlimen dari luar iaitu Machang, Kuala Krai, Kubang Kerian dan Bachok.

Jika faktor diatas penyebab kepada keputusan Pru 12 di Kuala Terengganu, maka PAS perlulah mengemukakan calon anak tempatan didalam piliharaya Kecil yang akan ditentukan tarikhnya oleh SPR pada 5 Dis 2008 nanti.

Sementara sesetengah pendapat pula mendakwa populoriti dan keperibadian Calon BN di Parlimen yang telah mengubah mood pengundi untuk membahagikan undi mereka kepada BN di Parlimen dan PAS/PKR di DUN.
Jika benarlah pandangan kedua ini, maka Mohamad sabu masih relevan untuk dicalon didalam pilihanraya kecil itu nanti.

Namum keputusan sebenarnya terserahlah kepada pucuk pimpianan PAS untuk menentukan siapakah yang bakal di nobatkan sebagai calon untuk berdepan dengan umno/BN nanti.

1 comment:

cucu datok gaong said...

saya rasa perkara tu boleh berlaku kerana strategi rayu undi BN masa itu ialah melalui kaedah pengundian kasut vs selipar. DUN bagi ke PAS, Parlimen bagi ke arwah Datuk Razali Ismail (anak jati kelahiran Kuala Berang). Ini possible kerana faktor networking keluarga arwah di Kuala Terengganu. tapi bila tiba PRK nanti strategi ini soheh tak boleh pakai lagi. Rohok bagi BN, berat nanang...itu pendapat saya.