Dec 27, 2008

Wajarkah PAS umum calon di Stadium Negeri?


Salam hormat,

Sekian lama menyepi diri tanpa sebarang tulisan,ct terpanggil untuk mengajak semua pembaca budiman sama-sama membaca, menrenung dan menilai kewajaran bagi PAS Terengganu menggunakan dewan Stadium Negeri Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu didalam mengumumkan calon nya dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.


Pada mulanya saya merasakan bahawa ianya merupakan satu strategi PAS apabila ada ura-ura yang YAB Menteri Besar Terengganu secara lisannya telah berjanji memberikan Stadium Untuk dijadikan tempat untuk mengumumkan calon PAS pada 1 Januari 2009 nanti.


Selepas mendengar sidang akhbar oleh YB tuan Guru Presiden PAS pada 21 Disember 2008, beliau dengan rasminya telah mengesahkan bahawa PAS akan mengumumkan calonnya pada 1 januari 2009 di Stadium negeri.


Apakah kewajaranya? apakah keperluannya? Stadium negeri....Hebat sangatkah PAS bila dapat menggunakan stadium negeri?Memuncak kah mood petugas PAS bila dapat buat ceramah di Stadium negeri? hebat benarkah pimpinan PAS yang berjaya menawan hati Mat Said?


Saya difahamkan bahawa Kelulusan penggunaan Stadium tersebut tanpa sebarang syarat.Ye...macamana dengan Dewan Dato' Amar Diraja di Bandar Cukai Kemaman tempohhari semasa kita mengadakan injima' Kepimpinan negeri, juga tanpa syarat, tapi kemudian Pas tidak dibernarkan memasang sebarang bentuk bendera lambang bulan diluar dan di pagar Dewan.Namu ada kawan-kawan di Kemaman yang jenis 'keras Keng' bertindak sendirian menggantungkan bendera PAS di pintu masuk utama dewan, walaupun pada mula terpaksa bertegang leher dengan pemimpin PAS Kemaman yang berusaha mendapat kelulusan dewan.

Itu tak mengapa kerana dalam mood dan suasana biasa.


Macamana dengan sekarang? dalam mood dan suasana pilihanraya, malah seorang teman saya orang kuat Nisa' negeri menyebut dalam mood perang.Seni perang itu mengharapkan selangkah sahaja untuk merebahkan lawan. Tidak perlu 2 atau 3 langkah, langkah pertama kalau kena caranya sudah boleh meranapkan lawan, atau paling tidak mengurangkan dayajuang lawan.


Pekerja PAS bahawan yang ditemui sebahagian besar sangat kecewa dengan fenomena ini.Mereka sangat kecewa dengan kejadian 'Hidung Tak Mancung pipi tersorong-sorong ' Untung seringgit , ruginya 100 ringgit.

Hanya sekadar kerana musim hujan?ah, penyokong pas sudah bertahun-tahun mendengar ceramah dibawah hujan dan ribut pemimpin tetap juga dibawah khemah.


Penyokong sudah biasa dengan bahaw pohon kelapa, bawah pohon mempelam diatas hujan mencurah dibawah embun membasah.Kami penyokong tidak minta stadium, ingatlah kalau ceramah dibaruh, dipadang, dibendang, di paya pemimpin dan penceramah masih lagi juga dibawah khemah dan diatas pentas.


Janganlah dikambinghitamkan kami pengikut bahawan ini, kononnya untuk menyelematkan kami dri hujan ribut.Kami tidak pernah minta itu semua..Kami masih bersedia dibawah hujan dan diatas rumput.Kami seronok dengan itu semua, kami di tarbiah supaya lebih mempelajari kesusahan dari bermewahan dan kesenangan.Apabila sentiasa dengan keselesaan yakinlah ahli-ahli jamaah yang dilahirkan itu tidak berkualiti walaupun mungkin ia sangat berkauntiti.


Wahai pemimpinku, berapa sewa Stadium tersebut?elok jumlah sewa yang dibayar kepada MBKT itu diberi kepada UPU[unit peti undi] Pas yang masih memerlukan duit walaupun mungkin sudah diberi,

Andainya sewa Stadium berjumlah RM5000.00 iani telah boleh diagihkan kepada setiap Dun RM 1200.00, jumlah ini sudah mampu membeli sebuah Komputer biasa untuk kegunaan Pilihanraya kecil ini.


Akhiranya, mewakili keluhan kawan-kawan yang tidak bersetuju dengan langkah PAS Terengganu menyewa Stadium Tertutup tersebut mengharapkan supaya PAS Terengganu membatalkan semula hasrat untuk menyewa Stadium tersebut pada 1 Jan.2009


Ct - sejujurnya tawar hati dan semestinya tidak akan hadir pada pada 1 jan 2009 sekiranya di buat di Stadium. Maaf!



8 comments:

Anonymous said...

CIk CT,

Itulah seni politik.

Memang ada buruk dan baiknya.

Buruk kerana kita akan termakan budi Ahmad Said dan UMNO khususnya

Baiknya kerana disebalik itu Umno Terengganu ada sedikit pergeseran sesama sendiri khususnya Ahmad Said (MB Sekarang) dengan Idris Jusoh (Bekasan MB)

Orang Idris Jusoh - Wan Ahmad Farid sah dah dijadikan calon.. BN kali ini.

Sepekara lagi Ahmad Said terhutang hudi pada Tok Guru Hj. Hadi kerana selain daripada 10 eXCO yang dilantinya, YB UMNO yang lain orang Idris Jusoh, bukan orang Mad Said. Mad Said hanya dapat sokongan tambahan dari YB PAS.

Lihat soalah-soalan yang kerkumandang dalam sidang DUN sekarang banyak mendedahkan kelemahan dan keburukan Idris Jusoh masa MB Terengganu.

muadzam said...

assalamualaikum...terima kasih atas pandangan ct...pandangan sebegitu memang ada betulnya...tapi setiap perkara ada hikmahnya...kita anggapla apa yang berlaku itu satu hikmah yg terselindung...demi perjuangan islam kita sama2 turut berjuang...

mdyasin said...

Tidak hadirnya puan pada acara perisytiharan calon menambahkan rasa lesu saya terhadap PRK ini dari sudut kecenderungan saya. Apa lagi dgn pencalunan YB Wahid yang saya rasa kurang menyengat dari sudut langkah perang yang puan sebutkan. Apa pendapat puan ketika ini. Wassalam

faisal said...

salam, ape pon bersyukurlah

Faqih's Politician said...

Salam. Marilah sama-sama menyebarkan maklumat mengenai ISLAM & POLITIK!, http://faqihpolitician.blogspot.com

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah

Faqih's Politician said...

Salam. Marilah sama-sama menyebarkan maklumat mengenai ISLAM & POLITIK!, http://faqihpolitician.blogspot.com

Anonymous said...

LAUNCHING!

Ketahui trik manajemen spektakuler dalam beberapa menit…

http://ceritakan.wordpress.com

Salam sukses,
Fahrudin