Oct 26, 2008

Strategi Alias Abdullah tumbangkan Man Bakar


Pertandingan /perebutan jawatan tertinggi umno Marang telah berlalu.The Giant Killer senator Datuk Abdul Rahman Bakar kecundang juga akhirnya.Itulah hakikat dalam umno, dulu Man Bakar tewaskan Datuk Muda Mamat, kini beliau ditewaskan oleh exco kerajaan negeri yang juga muka baru dalam umno Marang, YB Yahya Khatib.

Kedua-duanya adalah orang MB Dato' Ahmad Said, namum dalam krisis perlantikkan MB Terengganu Datuk Rahman Bakar di lihat berada dibelakang Ahmad Said.Ini kerana dendam Rahman Bakar kepada Idris Jusoh selepas beliau tidak dicalonkan semula dalam PRU ke-12 untuk kerusi Parlimen Marang.


Namum Ahmad Said ketika itu tiada pilihan lain terpaksa juga menawarkan jawatan exco kepada Yahaya Khatib kerana hanya beliau sahaja agak boleh dipercayai selepas Alias Abdullah bersama-sama Rosol Wahid bermati-matian mempertahankan Idris Jusoh sebagai MB.


Kini, Yahya Khatib telah memenangi kerusi ketua Bahagian marang, Yahya menang hasil strategi yang baik disusun bersama Alias.Kesannya Man bakar The Giant Killer tersungkur dengan majoriti 198 mereka berdua mendapat angka yang sama Yahya dapat 412 undi sementara Man Bakar dapat 214.


Pemecatan Alias Abdullah sebagai Pengerusi ladang Rakyat Berhad, sebuah anak syarikat kerjaan negeri disaat saat kempen pemilihan umno Marang sangat rancak yang menyebabkan

telah bertekad untuk mengalahkan Rahman Bakar sekali gus melemahkan kedudukan MB ahmad Said itu sendiri.


Lantas mengambil jalan bijak dengan mengistiharkan gencatan senjata terhadap Yahya dan mengerahkan semua hulubalang serta senjata wang ringgit yang ada menyertai Batalion Yahya dan seterusnya menghalakan mucung senapang terus kepada Rahman Bakar.

Itu lah antara punca tumbangnya Rahman Bakar di Marang.

Mac 2008 Rahman terlepas kerusi Parlimen, angkara pengkhianatan Idris Jusoh, kini sekali lagi hulubalang Idris Jusoh mengesahkan bahawa Rahman tidak lagi bergelar Ketua Bahagian Marang.

2 comments:

Anonymous said...

Aku dah kata dulu - masa mung dak dicalonkan utk Parlimen Marang. Mung ada 2 alternatif sahaja - jatuhkan Lias dlm Pr 2008 atau diam dan sokong Mat Said - tapi itulah bila sokong Mat Said hanya dapat nyahkan Deris dari MB dan kedudukan mung sendiri dak selesai.

Aku masih pertahankan alternatif pertama - jatuhkan Lias. Itupun sepatutnya sewaktu PR2008 dulu. Tapi sekarang tidak lagi menjadi sebab mung kena lawang Lias dan anak tok khatib tu lagi.

Awi. Umur mung dah 56 tahun. Sepatutnya mung tidak dimangsakan oleh puak-puak mung sendiri.

Awi. Mitak maaf kerana aku dak dapat hadhir pada majlis kahwin anak baru ning. Wassalam

Awang Dolah said...

Jangan risau Dato Man Bakar.. Anda adalah pejuang sebenar di Marang. Rakyat Marang sepatutnya lebih menghargai jasa dan pengorbanan Dato Man Bakar.

Kami mendoakan Dato Man Bakar menjadi Menteri penuh apabila Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri nanti.. Amin..

Datuk Najib jangan lupa Dato Man Bakar kita ni.. kami sayang Dato Man Bakar.. Tuan Guru Abdul Hadi pun kami sayang.. kami sayang kedua-dua pemimpin berjiwa besar ini. Orang seperti Yahya dan Lias tak akan kekal lama.