Jul 5, 2008

Pelajar Tadika Khatam Quraan, Terbongkar!!!!!

Ini satu khabar yang diterima melalui email dari Putrajaya.
Baru-baru Kementerian pelajaran menerima lapuran dari semua negeri berhubung dengan sistem pendidikan J-Qaf.
Semua negeri diminta menghantar lapuran status pelajar tahun satu.
Antara lapuran yang dikemukakan ialah bilangan pelajar tahun satu telah khatam Al-Quraan.Semua negeri dikehendaki menghantar jumlah pelajar tahun satu yang telah khatam Al-Quraan.

Difahamkan lapuran pelajar tahun satu yang telah khatam Al-Quraan oleh Terengganu tidak sampaipun 50 orang.Ketika sessi pembentangan, timbalan menteri Pelajaran terperasan dengan jumlah itu.Beliau lalu mempertikaikan angka tersebut, kerana sebelum (tahun lepas) ini kerajaan Terengganu mendakwa lebih 700 pelajar tadika telah khatam Al-Quraan, bukan itu saja malah beratus-ratus papantanda memamparkan dakwaan tersebut."Kemanakah perginya pelajar Tadika yang berumur 6 tahun yang khatam Quraan melalui Tadika Yayasan Islam tahun lepas?"soal timbalan Menteri itu.

Dimaklumkan tiada sebarang jawapan kepada soalan timbalan Menteri itu.Semua yang hadir dalam majlis itu juga terpinga-pinga.

Persoalannya sekarang, ya kemana pelajar-pelajar tersebut menyambung pelajaran mereka di tahun satu, apakah pelajar Tadika Yayasan Islam yang seramai 700 telah khatam Al-Quraan itu tidak menyambung di sekolah Kebangsaan di Terengganu atau mereka ini meneruskan pelajaran tahun satu mereka di sekolah swasta yang tidak didaftar melalui Jabatan Pendidikan Terengganu?

Secara pribadinya, bagi saya dengan terdedahnya perkara ini, menjelaskan dan membongkarkan lagi pembohongan yang dilakukan oleh Kerajaan Terengganu melalui Yayasan Islam.

Projek ini adalah idea bekas MB Idris Jusoh bersama bekas Exco Islam Hadhari.
Namum begitu pembohongan dan penipuan ini nampak semacam hendak diteruskan juga oleh MB Baru ini, kerana sekarang ini dinaikan pula papantanda yang menyatakan lebih 3000 pula pelajar Tadika yayasan Islam yang khatam Quraan.

Kita semua maklum semenjak MB baru Dato' Ahmad Said menduduki kerusi tingkat 16 Wisma Darul Iman, tiada perkara baru yang dibuat walaupun telah melepasi edah 100 hari memegang jawatan tersebut.Tidak boleh tidak mungkin itulah sebabnya beliau terpaksa meneruskan ideal tersebut walaupun terpaksa menghadapi situasi yang tidak benar itu.



Kata Sahabat " Dunia kalau nak tipu,tipulah orang lain jangan tipu aku"


"Ingat-ingatlah"

13 comments:

Anonymous said...

saya rasa notebook awak rosak pulak nanti. anak murid awak semua dah khatam ke?.. Abis apa PAS buat semasa perintah TRG? berapa orang kanak2 yg khatam? tolong jelas sikit.

primo said...

kepala hotak kau yang da rosak..taye la org terengganu ape yg pas da buat...nak cari mane 3000 budak tadika khatam quran kalau perangai mak bapak dia mcam kau ni,,mengamalkan ajaran islam hadhari

Anonymous said...

nape nk ungkit brp org dh khatam masa PAS perintah? yg pentingnya penghayatan isi Al Quran, bukan macam UMNO khatam Quran cuma utk riak dan takbur..setakat khatam tapi takde pengisian tu yg timbul Islam Hadari yg sikit pun x bole pakai..

Anonymous said...

aku rasa MB dulu salah faham dan tak reti makna khatam, bagi dia, budak-budak tu pandai baca alif, ba, ta, hingga ya pun ditafsirkan sudah khatam. harap maklum.

Anonymous said...

apa ke bende yang ko nak eksyen ngan khatam quran? Ko ingat bebudak tu tahu ke makna nye? Mak bapak dia pun ada yang tak tahu makna nye! KO sibuk nak buek khatam quran!

Lah nie dah dapat duit royalti..nak buek apo mat said..gi joli dah kan! Buek baju, kot yang berjenama..buek monsun cup lepaih tu buek nenek ko punya cup dah!

Alahai ganu..bile leer nak maju asyik harapkan duit royalti yang digunahabis oleh malaun kobau meno aje!

Unknown said...

Katalah betul masa PAS memerintah Terenganu tidak ada kanak2 yg khatam quran, tapi PAS tidak heboh seluruh dunia berbohong kata ramai kanak2 khatam quran. Tak macam UMNO heboh, macam ayam telur sebiji riuh sedunia.
Tolong jawab org yg tulis 2..

Unknown said...

Mana gi 3 billion pitih royalti Petronas tu ha Derih..Mat Said..?

Anonymous said...

bodoh betul puak pas (yg tulis komen kat ruang sini je), buat benda baik dok tau nak nilai. apa salahnya khatam Al Quran diperingkat kanank. Awak ingat org ngaji Quran Khatam sekali je? kan kena acap kali. Nak kata tak bodoh memang bodoh. Islam hadhari bukan satu ajaran, dia bermakna satu pendekatan pembangunan menurut Islam. Jika dah bodoh semua yang perkara kerajaan semua tak betul. Bodoh (azlan) !faham ke tak faham lagi. Azlan jika tak faham mu memang bodoh betul la,,

Anonymous said...

salam.... X perlu berbalah pasl Khatam quran ney... Lau Khatam sejuta kali sekalipun, tapi lau X mengikut Apa terkandung dlam Quran x guna jugak,, Tunggu lah balasan Allah.. Aku dah Bosan dengan UMNO ney.. Asyik2 Melayu... Ak nk Tanya UMNO, Berapa Harga Melayu d akhirat???? Tolong Jawab...

abduh said...

Apakah yang dikatakan makna khatam?Khatam ialah murid yang membaca Quran dengan gurunya sehingga tamat samaada lancar mahupun tersekat-sekat.Mungkin tahap pengukuran JQAF lain daripada pengukuran yang dibuat oleh YITR.

Anonymous said...

Org UMNO yg kata "Awak ingat org ngaji Quran Khatam sekali je? kan kena acap kali" tu dah mmg tak faham Islam..cuba bagi ayat mana/fatwa mana dari Quran/Hadis cakap gitu? sedap jari je menaip...bengong..

Anonymous said...

assalamualaikum ..... sedih saya baca ulasan anda semua ... anak saya belajar di Tadika YIT tahun 6 ... masuk bulan 4 dah hafal yassin dan terjemahan nya .... sebelum mengata sesama islam ni baik lah selidik dulu ... jangan kita jadi alat untuk orang lain menyebarkan fitnah .... cerita pasal timbalan menteri ni tu sendiri pun tak tepat .... kita sama2 islam tak lebih tak kurang tak umno tak pas ....hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI segalanya

Anonymous said...

Assalamualaikum,mulakn sesuatu dgn bismillah.tadika yit ni x bohong..ank sy bljr kt situ.alhamdulillah khatam quran umur 6thn,siap jd kbgaan keluarga lg sb blh tegur bacaan adik2.simpanlah fanatik politik anda,pas umno n keadilan bkn ukuran di sisi Allah,tp amalan kite sdri.x pnh Allah bfirman msk parti mane2 msk syurga.jgnlah kt sesama islam btelagah demi politik,islam sbnr x mgajar umatnya btelagah,memaki hamun n memutuskn silaturahim.yg baik dpd Allah n yg hina itu dpd dr sy sdri.amin.