Jul 24, 2008

Pertembungan sengit di 5 Bahagian Umno Terengganu - Bah.1

Gelombang melanda Umno Terengganu akibat krisis perlantikan Menteri Besar selepas Pru ke-12 rupanya masih belum reda, kocakan badai tersebut kini merebak kepada pemilihan Bahagian.
5 Bahagian dijangka setakat semacam sudah pasti ada pertandingan, keputusan Perhubungan Umno Terengganu melalui Pengerusinya yang baru dato' Ahmad Said sudah tidak dihirau lagi.

Mereka-mereka yang berdiam diri selama ini mula mengeluarkan kenyataan bersedia menjadi calon bertanding jawatan utama di peringkat bahagian selepas cawangan-cawangan umno mula bermesyuarat agong.

Di Bahagian Kuala Nerus, dijangka 3 calon akan menentang ketua bahagian sekarang yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Mohd Nasir Ibrahim Fikri.Beliau dijangka akan mendapat tentangan sengit dari bekas ketua Umno Bahagian tersebut Dato' Rahin Said yang juga merupakan exco kerajaan negeri.Selain itu, timbalan ketua bahagian yang digugurkan namanya sebagai oleh Idris Jusoh dalam pilihanraya ke-12 dulu Che Azmi abdul Rahman telah menyatakan kesediaanya untuk sama-sama mempetaruhkan nasib untuk merebut jawatan tertinggi bahagian tersebut.Sementara calon ketiga yang menawarkan diri ialah penyandang jawatan naib ketua bahagian sekarang Basir Ismail.Walaupun selama ini Basir Ismail telah diketahui umum merupakan mengikut setia Dato' Rahin Said, namum kali ini mereka akan bertembung untuk jawatan ketua Bahagian.Sebagai rekod, perlawan antara Rahin Said dan Mohd Nasir Ibrahim Fikri bermula semasa merebut jawatan Ketua Pemuda Bahagian lagi.Semasa itu bahagian ini diterajui oleh Dato' Rashid Ngah.Mereka berdua sering silih berganti memegang jawatan baik Ketua Pemuda mahupun ketua bahagian.



Sementara itu di Kuala Terengganu pula, ketua penerangan umno negeri yang baru dilantik oleh Ahmad Said Datuk Zuber Embong yang juga penyandang jawatan ketua penerangan bahagian sekarang sudah sangat bersedia untuk menentang Ketua bahagian sekarang senator Dato Wan Ahmad Farid Salleh yang juga merupakan timbalan Menteri dalam negeri.Zuber dilihat sebagai calon yang direstui oleh Ahmad said.Sementara jawatan timbalan ketua bahagian dijangka akan berlaku pertandingan 3 penjuru , dimana penyandang sekarang Dato' Che Mat Jusoh akan ditentang oleh Bendahari Umno Negeri dato' Roslan Awang Chik yang merupakan regu atau rakit kepada Zuber Embong.Sementara calon ketiga yang telah mengesahkan untuk bertanding ialah ketua pemuda umno negeri sdr Mohd Sabri Alwi @ Mat Kerak. Mat Kerak awal-awal lagi menyatakan bahawa beliau akan tetap setia bersama Dato' Wan Ahmad Farid.Namum begitu, menurut perkembangan terbaru, Penyandang jawatan ini sekarang Che Mat Jusoh dikatakan akan menarik diri selepas melihat percalonan beliau diperingkat cawangan tidak menyeronokkan beliau.

Di Hulu Terengganu, kenyataan ketua bahagian sekarang Dato' Tengku Putera Awang " gerakan sulit, tikam dari belakang" apabila hanya 2 cawangan dari 30 cawangan dalam Dun Ajil yang mencalonkan beliau untuk terus kekal sebagai ketua bahagian.28 cawangan selebihnya telah mencalonkan seorang pendatang baru dalam politik Hulu Terengganu yang dibawa oleh Idris Jusoh sebagai calon Parlimen Hulu Terengganu dalam PRU ke-12, Mohd Nor@Alias bin Othman.Suka dingatkan Dun Ajil sekarang diwakili oleh seorang Adun bekas exco yang merupakan ketua kumpulan penyokong Idris Jusoh.Sementara Mohd Noor @ Alias dijangka juga akan mendapat percalonan yang baik juga dari dun Kuala Berang, faktor ini dijangka berlaku kerana sebelum ini beliau aktif dan bergerak cergas dalam Dun Kuala Berang.Beliau mula meyertai umno dalam cawangan Kg.Buloh.Sehinggalah beliau ,menetap di kg.Bukit Perah Ajil, barulah beliau dilihat aktif di cawangan dalam Dun Ajil.Sehingga ini, Mohd Noor@Alias tidak lah merupakan AJK Bahagian.Sementara itu, adun bekas exco yang nak mempertahankan jawatannya selaku timbalan akan ditentang oleh ketua pemuda Umno Bahagian yang juga exco kerajaan negeri, Rozi mamat.Pertembungan regu Tg Putra&Rozi lawan Mohd Nor & Adun Bekas Exco, merupakan pertembungan kalah mati dalam politik.Mohd Nor menyedari, seandainya beliau tidak merampas jawatan ketua bahagian sudah tentu beliau tidak akan dicalonkan semula di Hulu Terengganu dalam Pru Ke-13 nanti.Begitu juga dengan Adun Ajil yang ada sekarang, sekiranya Ketua Bahagian kekal ditangan Tengku Putera, sudah pasti beliau akan dicantas dengan teruknya.Mohd Nor Othman ini walaupun baru dalam politik umno, namum usia beliau telah tua, beliau telah pencen sebagai penjawat awam,"ayam Tua" itulah antara slogan kempen yang akan digunakan oleh pihak bertentangan dengan beliau.Sementara team beliau sendiri akan menggunakan slogan " kuku besi,kuasa veto"sebagai motto untuk menjatuhkan lawan beliau.

Besambung ke bah.2....

No comments: