Jul 18, 2008

Inilah Perjuangan Kita


Dalam suasana kemelut politik tanahair yang sangat tidak menentu, PAS kelihatan agak tenang, berbanding dengan parti-parti lain yang kelihatan agak kalut dan kelibut.

Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, PAS tidak terikut-ikut rentak suasana kerana dasar PAS iaitu Islam tetap sentiasa relevan sehingga hari kiamat.
Parti-parti yang memperjuangkan dasar dasar yang lahir dari teori dan pemikiran pasti akan menemui kehancuran suatu hari nanti.Ketenangan PAS hari ini tidak lain tidak bukan kerana sandaran panduannya adalah Al-Quraan.Setiap tindakan yang diambil sentiasa disyurakan terlebih dahulu berpandukan AlQuraan.


Sikap PAS adalah sangat jelas, meruntuhkan jahiliah dan mendirikan Islam.Ini dipertegaskan lagi oleh Presiden PAS Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang, didalam dua wawancara yang disiarkan oleh akhbar Harakah dan Siasah.

Dalam apajua keadaan PAS sentiasa membuka pintu untuk meneruskan kerja dakwah ini.Samada melalui Pakatan Rakyat atau apa apa badan yang sudi dan bersedia menerima dakwah Islam hatta Umno sekalipun.


Walaupun mungkin sepintas lalu ada yang tidak setuju dengan apa yang diluahkan oleh Presiden, apabila menyatakan kesediaan PAS untuk berunding( berbincang) dengan Umno demi masa depan umat di Malaysia.namum perlu kita ingat, inilah kerja dakwah yang telah ditinggalkan oleh para Rasol dan sahabat.Pas meneruskan kerja-kerja ini, kalau tidak PAS siapa lagi yang hendak diharapkan untuk meneruskan kerja-kerja tersebut di Malaysia.


Islam adalah agama perdamaian.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Dia Amat Mendengar, lagi Amat Mengetahui”. (Al-Anfal (8): 61)


Seperti kata Tuan Guru Presiden, " Kalau kita tidak berbincang dengan mereka( Umno) macamana kita nak perjelaskan ( Islam) kepada mereka".


Sememangnya umno sedang sakit tenat, lalu apa salahnya Pas mencadangkan kepada umno satu ubat yang sangat mujarab iaitu Islam.Orang yang dalam keadaan sakit sudah pasti sentiasa sahaja mencari apajua ubat untuk menyembuhkan penyakitnya.Kini Pas telah mencadangkan suatu ubat yang telah disah dan dibuktikan sangat mujarab serta menjamin keselamatan dunia dan akhirat.Seandainya umno tidak dapat menerima ubat yang disyorkan oleh PAS, apalah daya kita.Kita serah urusan itu kepada Allah.


Parti-Parti lain tidak perlu bimbang dan gusar dengan perkara ini.Mereka sepatutnya memahami bahawa PAS adalah sebuah Gerakan Islam.Objektif utama PAS adalah untuk mendaulatkan Islam.Islam itu amat adil semua kaum.Matlamat utama PAS ialah Islam, PAS rela tidak berkuasa sekiranya Islam itu dipinggirkan.


Sirah Rasullah telah mengajar kita bagaimana Baginda telah ditawarkan pelbagai habuan termasuk menjadi Raja ketika di Kota Mekah dengan syarat beliau meinggalkan Islam.Oleh itu parti-parti lain perlu sedar itulah juga pegangan dan pendirian PAS.


Juga perlu diingatkan bahawa PAS akan terus menentang kepada sesiapa juga yang bertindak menghalang kedaulatan Islam.


Ingat-ingatlah.....

2 comments:

Anonymous said...

layarilah kutupintartrg.blogspot.com

bebas said...

LAYARI www.hidupharapan.blogspot.com ada cerita PAS di sana