Apr 27, 2008

Terengganu Bakal Terima nasib seperti Zaman PAS ?

Menteri Besar Terengganu , YAB Dato' Hj Ahmad Said beberapa hari lepas merayu dan melawan arus dengan meminta supaya kerjaan pusat mengembalikan royalti petrolium sejumlah 5% yang ditarik pada tahun 2000 semasa pemerintahan di Terengganu.

Kalau dilihat pada cara Dato' Ahmad Said meminta semula ( merayu) seolah-olah beliau agak menungkah arus.Mungkin selepas hampir sebulan menerajui kerjaan Terengganu, beliau sudah merasai bertapa peritnya mentadbir Terengganu tanpa kehadiran lambakan wang hasil royalti tersebut.

Secara peribadi, saya merasakan ini merupakan satu tekanan Pak Lah terhadap YAB Dato'Ahmad Said kerana beliau juga telah menungkah arus menentang kehendak Pak Lah didalam krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu tempoh hari.

MB Terengganu itu berkemungkinan besar akan menerima nasib seperti Kerajaan Terengganu semasa pemerintahan PAS dahulu.

Penarikan royalti ini adalah merupakan kerja jahat Umno Terengganu itu sendiri.Ini kerana usul penariakan royalti ini telah dibawa oleh Awang Jabar , ketua Umno Bahagian Dungun ketika itu didalam perhimpunan Agung Umno 2000.

Pada tahun 1975, kerajaan negeri Terengganu menandatangani perjanjian dengan Petronas dan Terengganu akan mendapat royalti lima peratus dari hasil minyak yang dikeluarkan.
Pada tahun 1987, satu lagi perjanjian ditandatangani antara kerajaan negeri Terengganu dan Petronas dan sekali lagi ditegaskan dengan jelas dalam perjanjian itu, Terengganu akan menerima royalti lima peratus dari Petronas.

Namum atas rasa dengki dan khianat maka umno Terengganu telah membawa usul tersebut, akhirnya royalti Petrolium tersebut telah di tarik balik dan dinamakan dengan wang ihsan yang belanjakan melalui saluran pusat.Ketika itu saluran wang ihsan sebahagian besarnya disalur melalui Idris Jusoh selaku pengerusi KETENGAH yang juga ketua perhubungan Umno Terengganu.

Melihat kepada suasana hari ini, tidak mustahil sekali lagi Idris Jusoh akan dilantik sebagai pengerusi sebuah agensi kerajaan pusat dan beliau terus dikekalkan sebagai pengerusi perhubungan Umno Terengganu.

Menyedari hakikat itulah maka pada hari semalam, Ahmad Said telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau kini bersedia untuk menerajui Umno Terengganu dengan mengambil alih jawatan Pengerusi Umno Terengganu.Namum, adakah Pak Lah akan menyerakah jawatan itu kepada Ahmad Said, walaupun secara tradisinya Jawatan Ketua Umno negeri dipegang oleh MB yang memerintah negeri tersebut.Pak Lah juga manusia biasa, beliau juga boleh bertaklik "Secara tradisinya MB sesebuah negeri yang diperintah dipilih oleh Presiden Parti"

Isu rayuan royaltipun sudah diulas oleh Pak Lah yang menunjukkan reaksi seolah-seolah royalti petrolium Terengganu akan kekal dengan keadaan sekarang.

Dipihak PAS Terengganu pula, jelas kelihatan keikhlasan mereka apabila Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Hj Mustaffa Ali memberi respon segera bersetuju supaya hak royalti tersebut dikembalikan kepada rakyat Terengganu.Mungkin pengalaman memerintah Terengganu 1999-2004 memerlukan Terengganu kepada wang itu, walaupun sekarang Terengganu diperintah Oleh Umno/BN.

Atau mungkin hikmat Allah tidak memberi kemenangan kepada Parti Islam di Terengganu pada PRU ke-12,selepas ini Ahmad Said berjaya mendapat semula royalti dari pusat dan akhirnya pada PRU ke-13 Parti Islam itu dapat menawan Terengganu, seterusnya mengurus negeri dengan selesa.
Sama-sama kita tunggu,lihat dan doakan.


Tuan Guru Hj Abdul,ketika solat hajat isu perampasan royalti Petrolium Terengganu 2000Di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah Kuala Terengganu

4 comments:

orang darat gelugor said...

Asalamualaikum Ustazah.

Jika dah ada perjanjian, bermakna perjanjian dimungkir. Tidak perlukah kes ini di bawa kemahkamah. Bagaimana kedudukan sekarang saman permula yang dilakukan oleh kerajaan PAS Terengganu dulu.

Anonymous said...

dulu org umeno serah royalti kerana dengki dan sekarang terpaksa meminta sedekah balik akibat kebodohan mereka sendiri.....Allah itu maha adil....kemungkinan besar kerajaan pusat tak akan bagi kerana takut next pru, pas yang memerintah....kalau di salur terus ke derih....tak mustahil org trg/umeno akan celik mata.....bagi undi ke PR pada next pru

Anonymous said...

inilah kezaliman yang telah dilakukan oleh orang umeno dulu kepada pas. pada hal orang pas juga berkulit sawo matang sama dengan orang umeno, tapi oleh kerana hati tu hitam maka disyorkan supaya kerajaan pusat tarik balik. sekarang ni nok jilat pulak hok dia ludoh dulu. basa bodo sombong

anonymus said...

Ustazah rupanya.Patutlah macam tu.