Apr 24, 2008

Surat terbuka untuk YB Dato' Rosol Wahid

Assalamualaikum,

YB Dato', semoga YB dato' didalam kesejahteraan dan berada dalam suasana ketenangan yang memuncak hendaknya.

Maafkan saya kerana menjenguk Dato' dengan surat ini.Bukan lah niat saya untuk menyerabutkan dato' dengan peristiwa-peristiwa lepas yang semestinya dato' sendiri tidak selesa untuk memperingatinya kembali.


Dato' tentu masih ingat semasa seawal zaman reformasi ditahun 1998. Ketika itu Dato' bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, selepas sebelum itu dato' bertugas di Sek Men Matang, Hulu Terengganu.

Dato' semasa itu adalah penyokong dan pendokong Dato' Seri Anwar Ibrahim,mati-mati Dato' pertahankan DSAI.Tak sudah sudah Dato' mengutuk Tun Mahathir ketika itu.Sementara Dato' membuat salinan bahan reformasi di laman web, salinan itu pula di bawa oleh isteri Dato' ke Pejabat Pertanian Kuala Berang untuk edaran teman-teman sepejabat beliau.Saya amat yakin tentu sekali Dato' Masih Ingat....Masihkah Kau Ingat....

Dato' YB,

Tapi reformasi Dato' telah dihidu oleh Dato' Tg Putera yang ketika itu telah menjadi ketua umno Hulu Terengganu.Kebetulan semasa hampir PRU 10 Nov 1999 Di Dun Ajil itu sendiri memerlukan BN menonjolkan satu muka baru selepas YB Othman Daud ketika itu dilihat tidak berfungsi dengan baik untuk berkhidmat kepada rakyat.Lalu ketika itu Dato' Tg Putera telah mencadangkan Dato' sebagai calon untuk Dewan Undangan Negeri Ajil.Maka jadilah Dato' sebagai ADUN Ajil,yang ketika itu menjadi pembangkang di Terengganu bersama 3 yang lain termasuk Dato' Tg Putera itu sendiri.

Dato' sangat lantang bersuara, dato' menjadi jaguh, sebagai Adun baru yang berkebetulan dato'lah satu-satunya Adun BN yang boleh membaca Quraan dan hadith( walaupun lintang pukang dan seringkali ditegur oleh speaker ketika itu)Dato' sanggup menyewa helikopter melalui KETENGAH dan menggunkan duit dana khas untuk mengajak beberapa pemberita akhbar mengambil gambar udara kawasan balak di Tasik Kenyir yang gondol akibat pembalakan ketika itu.Dato' samggup berbohong, sedangkan dato' sendiri tahu, pulau di Tasik kenyir yang berhampiran muara sungai Kerbat itu gondol akibat dari telah dilaksana perlombongan yang diluluskan lesenya dizaman Wan Mokhtar Ahmad, sanggup dato' jadi penipu dan pembohong.


Pilihanraya ke-11 2004 nasib dato' agak baik selepas dato' berjaya mempengaruhi DS Idris Jusoh supaya menukarkan Tg Putera ke Parlimen, maka dengan itu Dato'lah calon BN dari Hulu Terengganu yang layak menjadi exco.Ketika itu DUN Telemung dan Kuala Berang adalah muka baru iaitu cikgu Rozi dan dan Cik gu Komaroddin.Selepas hampir 4 bulan sebagai YB cik gu Komaruddin meninggal di Genting Highland, sekali lagi dato' berjaya mempengaruhi Idris jusoh supaya mencalonkan Cik gu Zawawi sebagai calon BN.Ketika itu dato' sudah menjadi SU Perhubungan Umno Terengganu. Kini 3 wakil Rakyat di Hulu Terengganu adalah cik gu-cikgu termasuk dato' sendiri.

Selepas itu suara dato' mula berbisik-bisik untuk merampas jawatan Ketua bahagian Hulu Terengganu.Dato' tidak sabar, dato' gelojoh dalam politik, kerana dato' naik dengan cepat lalu dato' merasakan dato' sangat hebat.Itu lah kesilapan dato' dan juga kesilapan tokoh-tokoh yang berjiwa besar dalam umno.


Apabila dato' telah menjadi exco dan selaku SU umno negeri sudah tentu dato' sangat rapat dengan MB yang juga ketua perhubungan berbanding Tg Putera yang cuma timbalan Ketua Perhubungan .Dato' telah menggunakan kesempatan ini dengan menguasai dan membelakangi Dato' Tg Putera Awang didalam majlis Parti dan Kerajaan di daerah dan Parlimen Hulu Terengganu.
Akhirnya kemuncak pengkhianatan Dato' terhadap YM dato' Tg Putera Awang ialah apabila dato' merancang bersama-sama Idris Jusoh untuk menggugurkan YM Tg Putera Awang sebagai calon dalam PRU Ke-12, dan sekali lagi Dato' mencadangkan seorang guru Pencen Mohd Nor Otman sebagai calon MP Hulu Terengganu.

Tujuan Dato berbuat demikian suapaya nanti senang dato' untuk menang merebuat jawatan Ketua Umno Hulu Terengganu,kerana dato' ketika itu turun sebagai calon Ketua Bahagian dengan tittle Exco kanan, sedangkan YM Tg Putera hanya sebagai bekas Ahli Parlimen.Cik gu Zawawi dan cik gu Mohd Nor sudah sah bersama dato', tapi cikgu Rozi masih dibayangi oleh YM Tg Putera,( Ruzi dok derake raje).


Semasa kemelut perlantikkan MB Terengganu, dato' juga lah yang merancang supaya seseorang menawarkan rasuah kepada cikgu Zawawi untuk bersama Dato' Ahmad Said, nak kata licik dato' ni tapi ramai orang tahu.Dengan dakwaan itu kononya tawaran tersebut datang dari puak puak Ahmad Said, Dato' mengharapkan agar Ahmad Said di benci oleh rakyat dan di siasat BPR.


Ketika itu Dato' menjadi jaguh dan jurucakap kepada Idris Jusoh, dan disatu pihak yang lagi satu YM Tg Putera pula dilihat sebagai mewakili 6 Ketua bahagian yang menyokong perlantikan Ahmad Said.Dato' sangat lantang dan sudah berpatah arang dengan istana,setiap hari wajah dan kenyataan dato' keluar di berita utama stesen TV.

Lihat petikan berita internet dibawah :

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini,

setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata Ahmad terlucut keahlian dalam Umno kerana menerima watikah pelantikan tersebut pagi tadi.Menurut Rosol lagi, surat rasmi pemecatan Ahmad akan dikeluarkan oleh pihak Umno Malaysia.Tambahnya, pagi tadi, beliau mewakili 22 Adun BN - tidak termasuk Idris - telah menyerahkan memorandum kepada MPPR, membantah pelantikan Ahmad sebagai menteri besar.


Rosol berkata, beliau juga turut menyerahkan surat daripada badan perhubungan Umno Terengganu kepada Ahmad, mengingatkan bahawa beliau akan dipecat daripada Umno jika menerima pelantikan menteri besar.Katanya, surat peringatan tersebut dikeluarkan dengan restu presiden Umno.Kedua-dua memorandum dan surat tersebut diserahkan melalui setiausaha MPPR, Shafie Ali pada kira-kira jam 7.55 pagi.


Ditanya mengenai bagaimana sekiranya pihak istana meneruskan upacara mengangkat sumpah Ahmad sebagai menteri besar, Rosol menjawab: "Itu anda kena rujuk kepada pegawai undang-undang negeri".


dan lagi petikan akhbar


KUALA LUMPUR: Kesemua 23 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu tidak menolak kemungkinan untuk melepaskan jawatan masing-masing sekiranya Adun Kijal, Datuk Ahmad Said tetap memegang jawatan Menteri Besar negeri itu.


Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Rosol Wahid dalam satu sidang akhbar di ibu negara malam ini, berkata tidak mustahil perkara seumpama itu berlaku memandangkan pelantikan tersebut tidak mendapat sokongan kesemua Adun berkenaan.


Katanya kesemua mereka telah berikrar untuk berdiri teguh di belakang bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh bagi memberikan sokongan padu terhadap beliau.


"Kami menyatakan sokongan penuh semua wakil rakyat kecuali Kijal (Ahmad Said) atas keputusan presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memilih Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu. Maksudnya tidak ada calon lain yang dicadangkan untuk jawatan tersebut," katanya.


Menurut beliau, tidak ada sebab untuk Idris tidak dipilih berdasarkan kepada reputasi dan pencapaian cemerlang beliau dalam mentadbir negeri berkenaan sejak empat tahun lepas."Apa yang berlaku pagi tadi di Istana Tetamu sebenarnya tidak mendapat persetujuan kami semua dan ini berbeza dengan apa yang berlaku di Perlis. Ertinya Adun Kijal berseorangan dalam perkara ini," katanya.


Petikan bernama pula:


KUALA TERENGGANU: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang mendakwa semua Ketua Umno Bahagian di Terengganu, kecuali Besut, menyokong pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar.


Tengku Putera berkata, mereka sebulat suara menyokong pemilihan Ahmad kerana percaya beliau mampu menerajui kepemimpinan negeri itu.


Selain Tengku Putera selaku Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, turut menyokong pelantikan Ahmad yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman, ialah Datuk Dr Rosli Mat Hassan (Dungun), Datuk Abdul Rahman Bakar (Marang), Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (Kuala Nerus) dan Datuk Mohd Jidin Shafee (Setiu).


“Saya tidak dapat menghubungi Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu (Datuk Wan Farid Wan Salleh), tetapi saya percaya beliau juga menyokong pelantikan Datuk Ahmad sebagai Menteri Besar.


“Kami Ketua Umno Bahagian memberi jaminan untuk memastikan beliau (Ahmad) mendapat sokongan daripada anggota Umno dan berharap rakyat turut memberi sokongan,” katanya kepada Bernama.


Itulah Dato' kerana terlalu yakin dengan perancangan dan pelan yang disusun bersama DS Idris Jusoh.dato' menerima padah.
Rata-rata sekarang rakyat Terengganu sedang menunggu apa tindakan Dato', kemana arahtuju Dato' selepas ini. Walaupun Dato' menganggap kemelut itu sebagai carik-carik bulu ayam, namum rakyat mengatakan Dato' sebagai hangat-hangat tahi ayam.



Keegoan Mengudang Padah (Gambar ini dirakam didalam DUN Dato' Sendiri, ketika perjalanan saya dari Pekan Ajil ke Bukit Besi)
Akhirnya pada kesempatan ini ,saya ingin mengingatkan Dato' yang "Langit tidak selalu Cerah" Semoga Dato' belajarlah bagaimana untuk menghormati orang lain sama ada kawan ataupun lawan dalam politik.

Sekian Terima Kasih
CtKay's
24 April 2008.

6 comments:

Anonymous said...

12334

Anonymous said...

Ye lah bila yb nak letak jawatan, nak ajak joint saya, kita niaga macam dulu,kita cari projek dengan khairy ok

Anonymous said...

salam, ni lagi satu pengalaman aku...rosol tu pada tahun 1998 mengajar aku tusyen BM kat Pusat Tuisyen Bestari under yayasan pembgnan islam trg...masa kelas pun ceramah politik pasal anuar..sokongan besar lagi siap kutuk2 Dr M..skrg apa2 jadi??

Anonymous said...

hmmmm.....bagus lah. kene beritahu kengkawan ni.

Ibnu Hasyim said...

Suatu pendedahan yang menarik dan berani, baik untuk orang ramai.

Syabas!

Abd Bashid Harun said...

Saya tak mengenali YB Dato' dan saya juga tidak mengenali Puan. Namun tulisan ini disandarkan atas tulisan Puan. Harapan saya, mudah-mudahan YB Dato' bersetia dengan perjuangannya dalam UMNO dan dapat mengesan mana musuh sebenar dan mana kawan. Semua orang Melayu itu kawan-kawan kita cuma pemahaman mereka tentang sesuatu dan seseorang yang membezakan mereka dengan kita.Tetapi perbezaan pandangan dan tafsiran jangan sampai menjadikan kita berpecah belah, apatah lagi mengajak orang berkonfran secara terbuka.Orang-orang Melayu memang tidak boleh untuk berpecah lagi.Perpecahan akan menjadikan kesatuan mereka semakin lemah. Jika ada perbezaan pandangan dan pendekatan, ia sewajarnya memperkayakan dan menjadikan seseorang lebih bersedia kepada keterbukaan. Jika benar suatu ketika dahulu YB Dato' begitu, itu dulu.Setiap orang ada sejarah silamnya termasuk Puan. Tak perlulah dilebarkan takut kita dijerat dengan fitnah ada "niat" atau "agenda tersembunyi". Jika disalurkan dengan cara yang kurang bijaksana, ia boleh sahaja menjadi fitnah di mana yang seinci akan menjadi sekaki.Musuh sebenar kita bukannya orang lain, tetapi hati dan rasa kita terhadap orang lain. Kita berdepan dengan semangat setiakawan yang sudah hancur dalam BN. Kita dipisahkan oleh UMNO, PAS dan PKR. Janganlah dalam UMNO kita menyisih dan memilih sesama sendiri.